Sunday, February 13, 2011

Mahkamah Buruh (2)

Komposisi

Mahkamah buruh mengandungi
1. Pegawai pendengar
2. Pengadu
3. Defendan

Pegawai pendengar ialah pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja yang akan mendengar fakta-fakta yang dibentangkan oleh pihak-pihak berserta dokumen-dokumen sokongan. Setelah selesai pihak-pihak membentangkan kesnya, satu keputusan akan dikeluarkan seperti perintah bayar atau buang.

Pengadu boleh jadi pekerja atau majikan, bagi majikan hanya gaji ganti notis boleh dituntut. Pekerja pula akan menuntut gaji dan lain-lain faedah kewangan yang gagal dibayar oleh majikan walaupun sudah termaktub dalam syarat-syarat perkhidmatan.

Defendan ialah pihak yang diadukan, perlu membela kenapa pengadu tidak wajar dibayar berdasarkan alasan undang-undang.

3 comments:

  1. salam..sy ingin bertanya cket..
    adakah tuntutan gnti rugi ni di mnta oleh sykat sblum mahkamah buruh bersidang??

    ReplyDelete
  2. difailkan dahulu oleh majikan, mahkamah buruh bersidang setelan peringkat rundingan tiada penyelesaian

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum saya ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan struktur hierarki mahkamah perusahaan...

    ReplyDelete