Tuesday, April 19, 2011

Salahlaku/ Misconduct

Pengenalan
Salah satu alasan yang sering digunakan majikan untuk memecat pekerja ialah "misconduct". Surat amaran pertama, surat amaran kedua dan surat amaran ketiga/ terakhir maka majikan akan kata sudah ada tiga "Warning letter" yang terakhir jika tak ikut peraturan syarikat "boleh pecat macam tu sahaja"
Pekerja pun datang ke pejabat buruh dan memohon tiga bulan gaji kerana dipecat majikan.
Pendapat majikan dan pekerja kedua-duanya kurang tepat.

Pandangan Umum
Terdapat kecenderungan untuk memberikan pandangan berikut jika merujuk kepada salahlaku, suatu peraturan dan syarat umum yang dimaklumkan secara jelas kepada pekerja-pekerja dan secara jelas majikan boleh membuktikan pekerja telah melanggar secara sedar peraturan atau syarat berkenaan. Perkara ini mungkin ada kebenarannya, kerana bagaimana hendak dihukum atas kesalahan yang kita tidak ketahui. Begitu pun terdapat 'exception to the general rule'. Misalnya merokok dikawasan mudah terbakar. Tanpa dimaklumkan pun tidakan tegas boleh diambil jika pekerja berbuat perkara ini.

Kaedah menangani
Tiada kaedah menangani masalah ini, pemecatan adalah pilihan terbaik. Syaratnya siasatan sewajarnya telah dilakukan. Melalui dapatan dan bukti-bukti yang dikumpulkan majikan, sekiranya orang biasa yang tidak mengenali pekerja itu pun akan mengambil keputusan memecatnya.
Majikan tidak harus beremosi semasa melakukan siasatan sebaliknya menumpukan dapatan akhir, iaitu jika orang lain pun yang berdepan dengan masalah yang ditimbulkan pekerja yang sedang disiasat itu maka kesimpulanya ialah pemecatan.

...

Friday, April 1, 2011

Hak-hak pekerja

Jika kita berkerja dan dibayar wang, secara mudah kita menganggap diri kita seorang pekerja. Jika timbul masalah antara kita sebagai pekerja dengan majikan, pihak berkuasa yang dirujuk ialah Pejabat Buruh.

Sebahagian tenaga kerja mengetahui jika mereka bergaji melebihi RM 1,500.00 sebulan mereka tidak boleh membuat pengaduan di Pejabat Buruh dan perlu pergi ke IR (ringkasan untuk Jabatan Perhubungan Perusahaan). Majikan pula secara mudah mengatakan pekerja yang gajinya lebih RM 1,500.00 pula “tidak boleh claim OT”. Kedua-dua pendapat ini kurang tepat.

Saya akan ulas isu pekerja bergaji melebihi RM 1,500.00 diposting akan datang…