Friday, June 17, 2011

Cuti Tanpa Gaji

Akta Kerja 1955 (akta 265)hanya menyebut cuti tanpa gaji secara tidak langsung di bahagian cuti tahunan. Cuti tanpa gaji ialah kemudahan yang diberi kepada pekerja yang tidak mahu meletak jawatan dan majikan bersedia meneruskan kontrak perkhidmatan selepas pekerja kembali dari bercuti tanpa gaji itu.

Masalah yang sering dibangkitkan berkaitan cuti tanpa gaji ialah pembayaran hari cuti rehat mingguan untuk pekerja bergaji bulanan. Secara prinsip jika telah ditetapkan seperti pada hari Ahad dan memang majikan tidak menjalankan aktiviti perniagaan pada hari itu, majikan akan 'TERPAKSA' membayar hari-hari rehat mingguan itu atau secara mudah bayar hari Ahad itu. Ini kerana majikan dan pekerja telah bersetuju kerja Isnin hingga Sabtu dan hari Ahad pula majikan memang tidak beroperasi maka perlu membayar hari-hari ahad sekalipun pekerja bercuti tanpa gaji. Jika di nayatak dengan jelas didalam surat perlantikan "Hari berkerja : Isnin - Sabtu" sukar untuk menafikan pembayaran krpada pekerja.
Satu cara yang difikirkan sesuai untuk mengelak membayar hari-hari ahad ini ialah, semasa menerima atau meluluskan cuti tanpa gaji, majikan hendaklah meletakkan syarat cuti tanpa gaji meliputi semua hari di bulan itu termasuk ahad. Lebih mudah menulis cuti tanpa gaji anda diluluskan untuk hari Isnin hingga Ahad dan semua hari tidak dibayar gaji.