Friday, June 17, 2011

Cuti Tanpa Gaji

Akta Kerja 1955 (akta 265)hanya menyebut cuti tanpa gaji secara tidak langsung di bahagian cuti tahunan. Cuti tanpa gaji ialah kemudahan yang diberi kepada pekerja yang tidak mahu meletak jawatan dan majikan bersedia meneruskan kontrak perkhidmatan selepas pekerja kembali dari bercuti tanpa gaji itu.

Masalah yang sering dibangkitkan berkaitan cuti tanpa gaji ialah pembayaran hari cuti rehat mingguan untuk pekerja bergaji bulanan. Secara prinsip jika telah ditetapkan seperti pada hari Ahad dan memang majikan tidak menjalankan aktiviti perniagaan pada hari itu, majikan akan 'TERPAKSA' membayar hari-hari rehat mingguan itu atau secara mudah bayar hari Ahad itu. Ini kerana majikan dan pekerja telah bersetuju kerja Isnin hingga Sabtu dan hari Ahad pula majikan memang tidak beroperasi maka perlu membayar hari-hari ahad sekalipun pekerja bercuti tanpa gaji. Jika di nayatak dengan jelas didalam surat perlantikan "Hari berkerja : Isnin - Sabtu" sukar untuk menafikan pembayaran krpada pekerja.
Satu cara yang difikirkan sesuai untuk mengelak membayar hari-hari ahad ini ialah, semasa menerima atau meluluskan cuti tanpa gaji, majikan hendaklah meletakkan syarat cuti tanpa gaji meliputi semua hari di bulan itu termasuk ahad. Lebih mudah menulis cuti tanpa gaji anda diluluskan untuk hari Isnin hingga Ahad dan semua hari tidak dibayar gaji.

4 comments:

  1. as salam
    nak tanya
    saya nak apply cuti bulan depan selama 8 hari
    tapi HR cakap sehingga bulan 5 ni saya hanya layak untuk bercuti 11 hari
    yang mana hanya berbaki 6 hari kerana saya telah pun mengambil cuti selama 5 hari (sepanjang jan-apr)
    oleh itu HR memaklumkan bahawa saya akan dikenakan unpaid leave selama 2 hari
    perlu ke saya dikenakan cuti tanpa gaji sedangkan saya masih mempunyai baki cuti tahunan??
    harap tuan dapat membantu kemusykilan saya ini
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. 11-5=6, jika HR sudah maklumkan 6 hari sahaja baki cuti yang boleh diambil hingga Mei, kamu mohon 8 hari cuti bulan depan pada masa kelayakan 6 hari, maka 2 hari lagi adalah cuti tanpa gaji.
    Saya tidak dapat bantu, sila ke pejabat buroh berkaitan.

    ReplyDelete
  3. salam... sy ingin bertanya berkenaan cuti pekerja yang melibatkan ibadah seperti menunaikan ibadah haji. adalah cuti tanpa gaji nya termasuk cuti sabtu dan ahad sekiranya jadual kerja nya hanya dari hari isnin sehingga ahad. jumlah cuti tanpa gaji mengikut hari bekerja adalah sebanyak 13 hari. mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu cuti tanpa gaji tiada peruntukan undang-undang khusus, bergantung kepada rundingan majikan dan pekerja. jika tiada rundingan, apa-apa yang diputuskan majikan adalah betul.

      Delete