Tuesday, September 27, 2011

Tuntutan Majikan di Mahkamah Buruh

Undang-undang

Seksyen 69 (2)

The powers of the Director General under subsection (1) shall include the power to hear and decide, in accordance with the procedure laid down in this Part, any claim by— ... (iii) an employer against his employee in respect of indemnity due to such employer under subsection 13(1),...

Seksyen 69C 69C.

(1) In the exercise of his powers under subsection 69B(1),the Director General may inquire into and decide any claim concerning any indemnity due to the employer or employee where the contract of service is terminated by either party without notice, or if notice was given, without waiting for the expiry of that notice.
(2) The indemnity due to the employer or employee under subsection (1) shall be a sum equal to the amount of wages which would have accrued to the employee during the term of the notice or during the unexpired term of the notice.

Pemakaian

Satu-satu tuntutan oleh majikan ke atas pekerja yang boleh didengar oleh Mahkamah Buruh ialah tuntutan gaji ganti notis. Memakai pendekatan terhad, apa jua tuntutan lain hendaklah ditolak pada peringkat pemfailan lagi. Walaupun terbit isu-isu berkaitan Seksyen 24 mengenai potongan sah ke atas upah, untuk maksud kuasa-kuasa Ketua Pengarah dalam kes buruh, tiada tuntutan lain boleh disahkan oleh pegawai pendengar dan mengarah pekerja untuk membayar kepada majikan.

Ulasan

Mengambil kira prinsip 'unequal bargaining power' mana mungkin seorang pekerja berhutang apa-apa bayaran kepada majikannya. Kedudukannya sentiasa di aturgerak oleh majikan. Maka jika ada majikan berusaha menuntut selain gaji ganti notis, kewajaran menolak tuntutan majikan ini adalah tinggi.

Thursday, September 15, 2011

16 September (Hari Malaysia)

Sehingga nota ini ditulis (15.09.2011) undang-undang berkaitan belum dipinda berhubung isu Hari Malaysia atau 16 September setiap tahun.

Berdasarkan pemakaian undang-undang semasa berkaitan hak pekerja untuk Hari Kelepasan khususnya yang dilindungi Akta Kerja 1955(Akta 256) Hari Malaysia adalah tambahan kepada 10 hari minima yang wajib diberi kepada pekerja. Secara mudah sehingga undang-undang dipinda bagi mentafsirkan seksyen berkaitan Hari Kelepasan di bawah Akta Kerja 1955 ialah SEPULUH TAMBAH SATU. Mengambilkira tiada cuti bola, perlantikan sebagai ahli Majils Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Sukan Komanwel dan peristiwa seumpamanya di peringkat kerajaan persekutuan.

Walaubagaimana pun secara peribadi saya beranggapan Hari Malaysia sepatutnya sebahagian 6 (enam) hari yang boleh dipilih majikan kerana sebaik Menteri bertanggungjawab umumkan ia untuk setiap tahun mulai tahun diumumkan, ia sudah terkeluar dari maksud undang-undang dipinda bagi cuti seperti "cuti bola, perlantikan sebagai ahli Majils Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Sukan Komanwel dan peristiwa seumpamanya di peringkat kerajaan persekutuan" yang berlaku sekali-sekali atau atas dasar istimewa sekali sahaja dan bukan berulangan.(ini pendapat peribadi)

Secara rasminya tentulah masih SEPULUH TAMBAH SATU....