Thursday, September 15, 2011

16 September (Hari Malaysia)

Sehingga nota ini ditulis (15.09.2011) undang-undang berkaitan belum dipinda berhubung isu Hari Malaysia atau 16 September setiap tahun.

Berdasarkan pemakaian undang-undang semasa berkaitan hak pekerja untuk Hari Kelepasan khususnya yang dilindungi Akta Kerja 1955(Akta 256) Hari Malaysia adalah tambahan kepada 10 hari minima yang wajib diberi kepada pekerja. Secara mudah sehingga undang-undang dipinda bagi mentafsirkan seksyen berkaitan Hari Kelepasan di bawah Akta Kerja 1955 ialah SEPULUH TAMBAH SATU. Mengambilkira tiada cuti bola, perlantikan sebagai ahli Majils Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Sukan Komanwel dan peristiwa seumpamanya di peringkat kerajaan persekutuan.

Walaubagaimana pun secara peribadi saya beranggapan Hari Malaysia sepatutnya sebahagian 6 (enam) hari yang boleh dipilih majikan kerana sebaik Menteri bertanggungjawab umumkan ia untuk setiap tahun mulai tahun diumumkan, ia sudah terkeluar dari maksud undang-undang dipinda bagi cuti seperti "cuti bola, perlantikan sebagai ahli Majils Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Sukan Komanwel dan peristiwa seumpamanya di peringkat kerajaan persekutuan" yang berlaku sekali-sekali atau atas dasar istimewa sekali sahaja dan bukan berulangan.(ini pendapat peribadi)

Secara rasminya tentulah masih SEPULUH TAMBAH SATU....

10 comments:

  1. Salam nak bertanya.. sy bekerja di syarikat swasta. Sudah bekerja 10 bulan tanpa sebarang surat tawaran bertulis. Saya nak berhenti sebab dapat tawaran kerja baru dgn jawatan lebih baik dan company yg kukuh.. tibe2 bos sy cakap sy kena bagi notis sebulan sedangkan sy x pernah sign ape2 surat tawaran. Boleh kah company buat tindakan terhadap sy jika saya berhenti juga tanpa tunggu sebulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika anda "pekerja" di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955(Google apa bendanya ini) notis anda 4 minggu jika tanpa notis kena bayar majikan 4 minggu gaji ganti notis walaupun tak pernah sign apa-apa dalam 10 bulan ni.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. notis sebulan, tapi beri 1 minggu. Kamu berhutang bayaran gaji ganti notis satu bulan dikurangkan seminggu kepada majikan. Jika gaji masih dalam tahanan majikan, kamu hanya berhak dibayar 7 hari gaji.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. majikan boleh tolak tetapi kamu boleh cabar di Mahkamah Buroh, kerana jika majikan tolak juga maka majikan ada alasan tertentu yang di luar pengetahuan admin.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. jika majikan sudah ada pengiraan 186.60 itu maknanya majikan sudah ada satu pandangan undang-undang. dalam keadaan ini mahkamah akan memutuskan. Jika tidak membayar majikan akan tuntut gaji ganti notis. Jika telah dipanggil pejabat buroh, bolehlah nyatakan pembelaan anda dan pihak mahkamah buroh akan memutuskan kes berdasarkan merit.

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Asslmkm.. saya nak tnya.. klau saya berhenti tanpa notis then company saya ada hantar surat ganti rugi..so kalau saya xbayar apa akan jadi? Adakah boleh jadi lebih teruk?

    ReplyDelete