Monday, March 19, 2012

Pertindihan Prosiding/ Duplicity of Proceeding

Apabila satu set fakta yang sama didengar atau dipersembahkan kepada dua bidangkuasa berbeza untuk diputuskan, wujud pertindihan prosiding (Duplicity of proceeding).


Jabatan Tenaga Kerja di bawah Akta Kerja 1955 dan Jabatan Perhubungan Perusahaan/ Mahkamah Perusahaan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967, mempunyai bidangkuasanya berbeza tetapi mengadili isu yang sama iaitu pertikaian antara majikan dan pekerja, kedua-duanya mempunyai sebuah Tribunal Pentadbiran berfungsi khusus (Administrative Tribunal with special function) iaitu Mahkamah Buroh dan Mahkamah Perusahaan yang akan meneliti set fakta yang akan dikemukakan oleh pihak-pihak terbabit seterusnya memutuskan pertikaian.

Jila salah-satu bidangkuasa mempunyai halangan melalui undang-undang bertulis, maka bidangkuasa berkenaan harus menarik-diri dari mendengar seterusnya memutuskan set fakta berkaitan, terutama jika dipohon oleh salah satu pihak yang terbabit.

Pertindihan prosiding pula boleh mengakibatkan salahguna proses kehakiman @ abuse of judiaciary function/ court process.