Friday, July 5, 2013

Berhenti kerja tanpa notis di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265)

Akta Kerja 1955 (Akta 265) membenarkan pemberhentian tanpa notis dalam beberapa keadaan,
1. Oleh majikan kerana salahlaku
2. Oleh pekerja apabila berlaku bahaya atas diri atau tanggungan melainkan tugasan ada kaitan langsung dengan bahaya berkaitan.
3. Mana-mana pihak (pekerja atau majikan)
 a. dengan membayar gaji ganti notis
 b. kerana perlanggaran sengaja pihak satu lagi atas syarat-syarat perkhidmatan.

Mahkamah telah memutuskan jika majikan menggunakan hak di bawah Seksyen 13(2) dibaca berasama Seksyen 15 (1) maka pekerja tidak berhak atas gaji ganti notis dan faedah penamatan kerja sebaliknya jika pekerja menggunakan Seksyen 13(2) pekerja berhak atas faedah penamatan tapi tidak atas gaji ganti notis kerana tindakan di bawah Seksyen 13(2) adalah pemberhentian tanpa notis.

Kekecewaan Kontrak (frustration of contract)
Akta Kerja 1955 (Akta 265) tidak mempunyai peruntukan jelas berkaitan isu ini, walau bagaimana pun Seksyen 13, 14 dan 15 akta yang sama dipercayai bertujuan menjawab sebahagian persoalan kekecewaan kontrak ini.