Sunday, September 28, 2014

(e) the employee has refused to accept his transfer to any other place of employment


Bolehkah pekerja menolak arahan pindah/ transfer
Section 12 (3) ...(e) the employee has refused to accept his transfer to any other place of employment, unless his contract of service requires him to accept such transfer ...

...the employee shall be entitled to, and the employer shall give to the employee, notice of termination of service, and the length of such notice shall be not less than that provided under paragraph (2)(a), (b) or (c), as the case may be, regardless of anything to the contrary contained in the contract of service.”

Berdasarkan satu keputusan mahkamah, arahan pindah/ transfer adalah hak tersirat majikan. Seperti kenaikan gaji dan bonus, pekerja tiada hak untuk mempertikaikan. Perkara ini tidaklah mutlak bagi pekerja-pekerja di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955 (Akta 265)

Mahkamah juga telah memutuskan dalam satu kes lain berkaitan tafsiran kepada statut yang diluluskan parlimen dan menegaskan jika suatu keadaan undang-undang yang menggunakan bahasa biasa maka tafsirannya secara biasa perlu diberi untuk memberi kesan kepada peruntukan undang-undang yang digubal oleh ahli-ahli dewan rakyat/ negara.

Kebenaran hal ini boleh digunakan dalam menangani isu perpindahan pekerja yang sering dibangkitkan oleh majikan dan pekerja.

Tiga persoalan perlu dijawab untuk menentukan kedudukan arahan perpindahan itu dan kaitan dengan hak pekerja untuk dibayar gaji ganti notis sekiranya majikan memutuskan mana-mana pekerja yang ingkar arahan perpindahan berhak dipecat oleh majikan. Soalan yang perlu dijawab ialah;
  1. Pekerja di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1977(Akta 265) atau tidak,
  2. Wujud atau tidak dalam kontrak perkhidmatan terma berkaitan perpindahan,
  3. Adakah pekerja menolak arahan perpindahan itu
    Sekiranya pekerja menolak arahan perpindahan yang tidak terkandung dalam kontrak perkhidmatannya, maka pekerja berhak kepada remidi gaji ganti notis, tanpa mengira di bawah seksyen mana tindakan oleh majikan.

Majikan boleh menghukum pekerja di bawah seksyen 14(1)(a) setelah mengadakan satu siasatan dalaman/ DI atau menggunakan seksyen 13 (2) kerana pekerja melanggar dengan sengaja terma dalam kontrak perkhidmatannya.

Kedua-dua pemecatan ini jika dilakukan ke atas pekerja tanpa peruntukan perpindahan dalam kontrak pekerjaannya, menyebabkan peruntukan 12(3)(e) akan menjadi hujah pembelaan dan melayakkan pekerja di bayar gaji ganti notis. Sebaliknya jika dalam kontrak perkhidmatannya ada jelas menyatakan peruntukan/ klausa perpindahan, maka hukuman ke atas pekerja sama ada melalui seksyen 13(2) atau seksyen 14(1)(a) tidak boleh dicabar.


Kesimpulannya, perlindungan diberi kepada pekerja di bawah Jadual Pertama, Akta Kerja 1955 (Akta 265) dari dipindahkan sewenang-wenangnya oleh majikan jika tidak pernah wujud peruntukan dalam kontrak perkhidmatannya klausa berkaitan perpindahan/ transfer.