Sunday, April 12, 2015

Tiada "Mahkamah Tuntutan Kecil"

Saya telah dimarahi oleh seorang pengadu yang mendakwa diarah memfailkan tuntutan di "mahkamah tuntutan kecil" oleh pejabat buroh.
Setelah menyelidik dan nasihat guaman percuma seorang rakan, barulah saya tahu tiada mahkamah tuntutan kecil.
Tuntutan kecil adalah, iaitu tuntutan yang difailkan di mahkamah sibil dan akan didengar seorang majisteret.
Had tuntutan hingga RM5,000.00, itulah yang ditafsirkan di bawah aturan 93 Kaedah Mahkamah 2012 sebagai "tuntutan kecil"
Perwakilan peguam dilarang dan kos hanya RM100.00 jika ada.

Thursday, April 9, 2015

Service Point

Adalah menjadi amalan bagi majikan perkhidmatan seperti restoren dan hotel mengenakan "service charges"
Adalah menjadi amalan juga pekerja di sektor-sektor ini dijanjikan bayaran selain gaji pokok dan elaun-elaun dalam bentuk service point@point. Tanpa mengambilkira mereka mempunyai perjanjian bersama atau collective agreement (CA) atau tidak.
Jika kutipan service charge dihentikan ada kemungkinan majikan akan menggunakan alasan ini untuk tidak lagi membayar service point seterusnya mengakibatkan kurangnya pendapatan dibawa pulang/ take home pay pekerja.

Pembelaan pekerja jika majikan membuat tuntutan Mahkamah Buroh

Saya menerima banyak pertanyaan di bawah posting tuntutan majikan di mahkamah buruh.
Terdapat dua alasan yang terkanun jika pekerja berhenti tanpa notis dan enggan membayar tuntutan gaji ganti notis oleh majikan.
Pertama seksyen 13(2) Akta Kerja 1955(Akta 265), perlanggaran sengaja syarat-syarat perkhidmatan oleh majikan seperti membayar gaji melebihi hari ketujuh, tidak mencarum KWSP dan/ atau PERKESO.
Kedua seksyen 14(3) akta yang sama, berkaitan bahaya yang wujud atas diri atau tanggungan yang bukan sebahagian kehendak pekerjaan asal pekerja dilantik. Contohnya seorang kerani diarah mengganti pengawal keselamatan. Tetapi jika seorang pengawal keselamatan berhenti tanpa notis dengan alasan kawasan jagaannya tidak selamat, seksyen ini tidak boleh digunakan.
Alasan-alasan ini walaupun dikanunkan, ia bukanlah mutlak dan masih perlu dihujahkan di mahkamah sebelum mahkamah boleh memutuskan tuntutan gaji ganti notis majikan dibuang.
Jalan terbaik ialah rundingan sebelum berhenti tanpa notis, memohon tempoh notis diluputkan atau dikurangkan majikan secara bertulis. Jika gagal sekurang-kurangnya mahkamah boleh mengambil maklum majikan ini JAHAT, kerana enggan berunding.
Sebaliknya pekerja yang berhenti tanpa notis pula secara asasnya adalah pihak engkar dalam suatu kontrak dan perlu menanggung akibat dari perlanggaran itu dan membayar gaji ganti notis.
Walaubagaimanapun sila rujuk Pejabat Buroh berhampiran sebelum memutuskan bernti tanpa notis.

Tuesday, April 7, 2015

Kontrak pekerjaan/ perkhidmatan lisan.

Secara asas suatu kontrak adalah perjanjian yang boleh dikuatkuasakan.
Maka suatu perjanjian bertulis adalah lebih mudah dikuatkuasakan.
Dua undang-undang utama pekerjaan di Malaysia ialah Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Kedua-duanya secara kanun telah mengiktiraf mana-mana perjanjian pekerjaan lisan sebagai satu kontrak.
Sepatutnya tidak timbul isu penafian majikan hanya dengan alasan kontrak pekerjaan dibuat secara lisan.