Thursday, April 9, 2015

Pembelaan pekerja jika majikan membuat tuntutan Mahkamah Buroh

Saya menerima banyak pertanyaan di bawah posting tuntutan majikan di mahkamah buruh.
Terdapat dua alasan yang terkanun jika pekerja berhenti tanpa notis dan enggan membayar tuntutan gaji ganti notis oleh majikan.
Pertama seksyen 13(2) Akta Kerja 1955(Akta 265), perlanggaran sengaja syarat-syarat perkhidmatan oleh majikan seperti membayar gaji melebihi hari ketujuh, tidak mencarum KWSP dan/ atau PERKESO.
Kedua seksyen 14(3) akta yang sama, berkaitan bahaya yang wujud atas diri atau tanggungan yang bukan sebahagian kehendak pekerjaan asal pekerja dilantik. Contohnya seorang kerani diarah mengganti pengawal keselamatan. Tetapi jika seorang pengawal keselamatan berhenti tanpa notis dengan alasan kawasan jagaannya tidak selamat, seksyen ini tidak boleh digunakan.
Alasan-alasan ini walaupun dikanunkan, ia bukanlah mutlak dan masih perlu dihujahkan di mahkamah sebelum mahkamah boleh memutuskan tuntutan gaji ganti notis majikan dibuang.
Jalan terbaik ialah rundingan sebelum berhenti tanpa notis, memohon tempoh notis diluputkan atau dikurangkan majikan secara bertulis. Jika gagal sekurang-kurangnya mahkamah boleh mengambil maklum majikan ini JAHAT, kerana enggan berunding.
Sebaliknya pekerja yang berhenti tanpa notis pula secara asasnya adalah pihak engkar dalam suatu kontrak dan perlu menanggung akibat dari perlanggaran itu dan membayar gaji ganti notis.
Walaubagaimanapun sila rujuk Pejabat Buroh berhampiran sebelum memutuskan bernti tanpa notis.

7 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Saya pernah menghantar notis berhenti kerja sebulan kepada majikan tetapi atas desakan dan pujukan majikan saya tidak jadi berhenti tanpa menarik balik notis tersebut ataupun tidak memberi surat penarikkan notis berhenti kerja tersebut. Setelah beberapa bulan saya telah memberikan notis berhenti kerja 24jam kerana anak sakit dan tiada siapa nak jaga dan majikan telah membuat tuntutan berhenti tanpa notis sebulan di pejabat buruh. Soalannya, adakah notis berhenti kerja yg telah saya berikan dulu masih sah memandangkan tiada surat hitam putih mengatakan saya menarik balik notis berhenti kerja itu. Mohon saudara dapat memberi penjelasan terhadap masalah saya ini. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa penarikan bertulis tetapi masih bekerja selepas notis lama tamat tersirat kamu telah meluputkan kesan notis itu. Jika kamu berhenti 24 jam maka majikan berhak tuntut gaji ganti notis dari kamu.

      Delete
  2. Assalamualaikum, sekiranya saya bekerja sebagai technician tetapi diarah untuk menjaga keselamatan (menangkap pencuri) sekiranya ada. adakah akta ini membolehkan saya untuk berhenti kerja tanpa notis

    ReplyDelete
    Replies
    1. en rusli, kalau en tak keberatan saya teringin nak tanya pasal akta ni secara personal. sebab kes saya lebih meng-confused-kan. terima kasih

      Delete
    2. Sila hadir ke pejabat buroh berhampiran, jawapan yg bakal diberi setara dengan jawapan saya.

      Delete
  3. Salam encik rusli. Saya mempunyai masalah majikan menuntut gantirugi dua bulan gaji apabila saya berhenti kerja selepas 3 hari berkerja dengan mereka. Apa yang saya perlu lakukan? Saya amat memerlukan nasihat encik rusli. Email saya : clocks1026@yahoo.com

    ReplyDelete