Saturday, September 26, 2015

Ciri-ciri kontrak perkhidmatan/ pekerjaan.

Dua perkara asas dalam kontrak perkhidmatan ialah;
1. Gaji/ Upah
2. Kehadiran/ Hari berkerja.
Jika ada pihak yang mendakwa orang yang dibayar untuk melaksanakan tugas tertentu dibayar wang maka kemungkinan besar dia adalah seorang 'pekerja' jika dia perlu mematuhi hari-hari hadir yang telah ditetapkan. Ini merujuk kepada Akta Kerja 1955 yang mengiktiraf upah dan kehadiran sebagai punca suatu kontrak perkhidmatan boleh pecah (breach)

Selanjutnya soalan juga perlu ditanya kepada 'pekerja' itu. Adakah di mana-mana peringkat pihak satu lagi ('yang mendakwa bukan majikan') menerangkan dengan jelas dia tiada niat mengambil seorang 'pekerja' sebaliknya seorang kontraktor bebas, freelance, agen, lain-lain hubungan yang tidak berkaitan dengan hubungan 'master and servant' ini juga merujuk kepada tafsiran di bawah Akta Kerja 1955 yang mengkehendaki persetujuan pihak-pihak mengakui peranan masing-masing sebagai seorang majikan dan pekerja.

Suatu kontrak adalah perjanjian yang boleh dikuatkuasakan. Badan, agensi atau otoriti yang bakal menguatkuasakan kandungan perjanjian itu juga boleh menjadi petunjuk ia adalah hubungan majikan-pekerja atau lain-lain bentuk hubungan. Jika 'majikan' gagal namakan ke mana kes akan difailkan jika berlaku kemungkiran kontrak maka kemungkinan besar ia adalah kontrak perkhidmatan.

Kewujudan suatu kontrak bertulis yang dimeterai dengan setem hasil juga satu indikasi bentuk hubungan yang cuba dibentuk pihak-pihak. Malah perjanjian melibatkan satu syarikat dengan seorang individu, berbanding satu enterprise, perkongsian, satu syarikat sdn bhd lain juga cenderong mewujudkan suatu kontrak perkhidmatan atau hubungan majikan-pekerja. Adalah lucu sekiranya seorang pengusaha atau usahawan mengambil risiko perniagaan untuk mengikat perjanjian dengan seorang individu selain hubungan majikan-pekerja.

Ujian-ujian tertentu boleh dilaksanakan untuk mengenalpasti kewujudan hubungan majikan-pekerja. Namun jika tapisan asas berhubungan gaji/ upah dan hari-hari bekerja telah diperolehi maka hampir pasti wujud hubungan itu.

6 comments:

  1. Salam, saya bekerja sebagai kerani hr di sebuah kilang selama 1 tahun 8 Bulan.
    Pada, 30/10/15. Saya telah memberi notis 24jam perletakan jawatan atas alasan masalah keluarga dan perlu berhenti dgn segera melalui emel dan pihak majikan telahpun menerimanya. Walaupun sy tahu jika pekerja yang telah confirm perlu memberi notis selama sebulan.

    Pada 4/11/15 saya menerima surat Untuk hadir memberi notis 1bulan atau bayar gaji satu Bulan jika tidak sy akan dikenakan tindakan undang2.

    Masalah disini-
    * kenapa kena beri notis satu Bulan, kena kerja sebulan lg ke?
    * jika saya bayar sebulan gaji, perlukah sy bayar penuh, even baki cuti Untuk tahun 2015 masuk belum claim tahun depan. Dan saya bekerja selama, 5 hari tanpa gaji kerana punch card baru bermula setiap 25hb.
    *saya tak mahu berjumpa, bolehkah pembayaran dilakukan dalam cek?
    *jika pekerja di buli oleh atasan dan majikan tidak percaya, di mana perlu sy laporkan.

    ReplyDelete
  2. Salam, saya bekerja sebagai kerani hr di sebuah kilang selama 1 tahun 8 Bulan.
    Pada, 30/10/15. Saya telah memberi notis 24jam perletakan jawatan atas alasan masalah keluarga dan perlu berhenti dgn segera melalui emel dan pihak majikan telahpun menerimanya. Walaupun sy tahu jika pekerja yang telah confirm perlu memberi notis selama sebulan.

    Pada 4/11/15 saya menerima surat Untuk hadir memberi notis 1bulan atau bayar gaji satu Bulan jika tidak sy akan dikenakan tindakan undang2.

    Masalah disini-
    * kenapa kena beri notis satu Bulan, kena kerja sebulan lg ke?
    * jika saya bayar sebulan gaji, perlukah sy bayar penuh, even baki cuti Untuk tahun 2015 masuk belum claim tahun depan. Dan saya bekerja selama, 5 hari tanpa gaji kerana punch card baru bermula setiap 25hb.
    *saya tak mahu berjumpa, bolehkah pembayaran dilakukan dalam cek?
    *jika pekerja di buli oleh atasan dan majikan tidak percaya, di mana perlu sy laporkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila ke pejabat buroh berhampiran kerana kes anda melibatkan fakta2 yg perlu diteliti.

      Delete
  3. Assalam.
    Saya telah mmemberi notis 24jam setelah 8bulan bekerja dicompany lama. Majikan sy telah membuat tututan notis ganti gaji. Apa yg saya nak tahu adakah sy terikat dengan contract yg diberikan pada saya kerana saya tidak sign contract yg diberikan kerana tiada bahagian yg memerlukan tanda tangan saya.contract tersebut diberikan kepada saya selepas saya tamat 6 bulan tempoh percubaan. Jadi sy telah bekerja selama dia bulan tanpa contract yg dipersetujui saya kerana didalam contract tersebut majikan meminta dua bulan notis sedangkan dalam company manual book yg saya sign, jawatan exec hanya memerlukan satu bulan notis. Oleh itu saya tidak bersetuju dan todak tanda tangan. Sy hantar notis 24jam selepas 2bulan comtract itu diberikan kepada saya.

    Adakah saya terikat dengan contract yg diberikan? Dan adakah sy perlu membayar apa apa ganti rugi?

    Mohon bantu. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu tahu dan sedar wujud notis satu dan dua bulan, namun berhenti 24 jam dengan kepercayaan tidak terikat dengan kontrak yang tidak ditandatangani. Berkhidmat selama dua bulan memadai untuk memberi pemberat kepada majikan membuat tuntutan gaji ganti notis, selebihnya jika majikan failkan di mahkamah sibil atau pejabat buroh, mahkamah akan putuskan perlu atau tidak bayar ganti notis kepada bekas majikan.

      Delete
    2. kamu tahu dan sedar wujud notis satu dan dua bulan, namun berhenti 24 jam dengan kepercayaan tidak terikat dengan kontrak yang tidak ditandatangani. Berkhidmat selama dua bulan memadai untuk memberi pemberat kepada majikan membuat tuntutan gaji ganti notis, selebihnya jika majikan failkan di mahkamah sibil atau pejabat buroh, mahkamah akan putuskan perlu atau tidak bayar ganti notis kepada bekas majikan.

      Delete