Thursday, January 7, 2016

Majikan dan Pekerja 1

Hubungan majikan dan pekerja wujud apabila seseorang tiba-tiba berniat menjadi majikan dan kemudian mencari seseorang yang bersetuju menjadi pekerjanya. Tertakluk kepada sekatan-sekatan undang-undang niat pihak-pihak adalah perkara utama dalam mewujudkan hubungan ini. Malaysia secara undang-undang bertulis mengiktiraf hubungan ini boleh wujud secara lisan atau bertulis, nyata atau tersirat.
Illustrasi : A berjumpa dengan B dan menawarkan akan membayar B, RM 900.00 sebulan dengan syarat A akan menetapkan;
1. di mana kerja perlu dilakukan (tempat pekerjaan),
2. bila kerja dilakukan (waktu kerja dan hari berkerja) dan
3. apa yang perlu dilakukan (jawatan dan deskripsi tugas)
maka secara asas telah wujud satu hubungan majikan pekerja, secara klasiknya dinamakan tuan dan abdi (master and servant)

Pekerja sebenarnya telah menyerahkan sebahagian kebebasan diri apabila bersetuju menerima tawaran majikan. Hubungan klasik tuan dan abdi ini kemudian berkembang dan untuk mengelakkan konotasi negatif  pemakaian istilah tuan dan abdi serta mengambilkira hubungan dibawah undang-undang maka terma kontrak perkhidmatan (contract of service) digunakan. Sesetengah pihak menggunakan terma kontrak pekerjaan (employment contract).

3 comments:

  1. Selamat petang. Majikan saya panggil gangster kacau dan ugut saya kerana saya tak nak kerja ot. Ot baru bagi saya x 1.1. Saya telah buat laporan polis untuk kejadian tersebut. Sebelum kejadian ini berlaku saya ada bagi surat perletakan jawatan 1 bulan notis. Sekarang saya buat tuntutan ot dan majikan juga buat tuntutan gaji ganti notis. Selepas berjumpa dengan pegawai pejabat buruh dia kata saya kena bayar RM 1238.70 kepada majikan. Saya berkata saya kena ugut dan orang nak pukul saya mana berani pergi kerja. Saya ada kemukakan laporan polis kepada pegawai tersebut. Pegawai kata saya kena kerja juga selepas buat laporan polis. Tapi polis suruh saya jangan pergi kerja. Jadi sekarang perbicaraan pun sudah ditetapkan tapi saya tak dapat cuti. Saya nak tahu pendapat tuan macam mana. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba guna 14(3) Akta Kerja sebagai pembelaan, cuba runding majikan baru utk hadir walaupun untuk cuti tanpa gaji.

      Delete
    2. Tuan,saya kena ambil peguam tidak. Pembelaan itu bagaimana saya nak buat. Boleh minta tunjuk ajar dari tuan tak. Terima kasih

      Delete