Monday, January 11, 2016

Majikan dan pekerja 2 (tidak adil)

Rungutan majikan sering kedengaran, undang-undang menyebelahi pekerja, pejabat buroh menyebelahi pekerja. Tiada apa yang majikan boleh buat. Kenyataan ini adalah separuh benar, jika dilihat semasa pembentukan awal hubungan pekerja, tertakluk kepada sekatan undang-undang;
1. gaji,
2. tempat pekerjaan,
3. waktu dan hari berkerja,
4. pakaian (uniform)
dan senarainya tidak terhad adalah diputuskan oleh majikan. Hanya setelah bersetuju menjalin hubungan majikan-pekerja, hak-hak yang dilindungi undang-undang akan terbit. Hubungan yang dibina dari awal lagi adalah berat sebelah dan memihak kepada majikan. Adalah tidak menghairankan jika wujud usaha untuk mengimbangi perkara ini, di Malaysia khususnya akta-akta digubal untuk tujuan ini seperti Akta Kerja, Akta Perhubungan Perusahaan, Akta Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

3 comments:

  1. Salam tuan..boleh saya tanya pendapat@cara penyelesaian masalah dengan majikan saya secara private..??mailkan pada saya alamat email tuan di ' barclays_89@yahoo.com '. Terima kasih tuan..harap tuan dapat membantu saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadir ke pejabat buroh berhampiran. Walaupun saya, peguam atau mana-mana beri nasihat ia tiada kuatkuasa undang-undang. Hanya jabatan yang dipertanggungjawabkan dengan akta-akta tertentu ada otoriti. Saya sekadar berkongsi pandangan atas kapasiti orang awam yang kebetulan ada sedikit pengetahuan berkaitan akta kerja 1955.

      Delete
  2. salam encik, nak tanya. akak menjahit kecik dirumah dan akak takd lesen.akak pernah ada pekerja yg malas menjahit. akak pernah pecat dia kerna dia tak nak jahit baju client. sekarang ni pej buruh panggil akak utk bayar gaji dia. utk pengetahuan encik akak memang takd black n white pasal gaji basic semua. cuma cakap mulut je .apabila timbul issue mcmni sengaja mereka perbesarkan. sedangkan akak kata jumpa akak utk amik gaji jgn kaitkan pejabat buruh. but still. mcmna nak tangani isu mcmni?

    ReplyDelete