Monday, August 29, 2016

Seksyen 15(2), perlukah majikan mencari pekerja ponteng.

Ponteng kerja adalah suatu masalah yang sukar ditangani oleh majikan dan mengganggu operasi harian dan kadangkala keseluruhan perniagaan.

Majikan sering dibebani dan dihujani dengan persoalan adakah telah cuba mencari, menghubungi dan mencuba bersungguh-sungguh mengetahui kedudukan pekerja semasa ketidakhadirannya. Terpahat di kotak fikiran majikan dan menjadi tangkal azimat mentera pekerja, majikan tidak prihatin tidak ambil peduli, kejam dan pelbagai gelaran jika kelihatan tidak ambil peduli ketiadaan pekerjanya.

Merujuk peruntukan khusus seksyen 15(2) Akta Kerja 1955 (Akta 265), adalah menjadi tanggungjawab pekerja secara statutori (di bawah akta parlimen/ undang-undang) untuk memaklumkan kepada majikan kenapa ponteng kerja dengan alasan yang munasabah.

Hujahan pekerja berkaitan majikan tidak  prihatin tidaklah berasaskan undang-undang bertulis, sebaliknya berdasarkan tanggungjawab sosial, moral dan etika semata-mata.

1 comment:

  1. Assalammualaikum encik, saya salah.seorang majikan di malaysia.Saya sering kali berhadapan dgn masalah pekerja yang suka berhenti 24 jam..kemudian meminta gaji mereka di bulan terakhir, walaupun dalam surat tawaran telah dinyatakan perlu rwsign 4 minggu awal.Seolah tak diendah kan dan menjadi ikutan..resign 24jam kemudian mahu gaji.Saya rasa sebagai majikan saya tertindas dan terpaksa ikut kehendak pekerja.Adakah terdapat hak untuk majikan kecil yang tertindas mcam saya untuk berdepan dengan pekerja mcm ni?

    ReplyDelete