Thursday, October 6, 2016

BAHAGIAN II/ BAHAGIAN DUA AKTA KERJA 1955 : PENAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN SELAIN KERJA SIAP ATAU TEMPOH MATANG

Seksyen 12 : Penamatan semasa kontrak berjalan dengan memberi notis bertulis. Tempoh-tempoh notis mengikut berapa lama berkhidmat jika tiada diperuntukkan di bawah perjanjian bertulis.

Seksyen 13(1): Penamatan dengan membayar gaji ganti notis.

Seksyen 13(2): Penamatan tanpa notis, tanpa bayaran gaji ganti notis kerana pecah kontrak.

Seksyen 14(1): Penamatan tanpa notis oleh majikan sahaja atas salahlaku pekerja/ perlanggaran disiplin kerja.

Seksyen 14(3): Penamatan tanpa notis oleh pekerja sahaja kerana bahaya kepada diri dan/atau tanggungan kerana pekerjaan tetapi bahaya itu di luar skop kerja asal.

Sebahagian besar pengurusan pertikaian pekerja, berlegar berkaitan isu penamatan. Pelbagai variasi digunakan, pemecatan, tamat kontrak, pemberhentian, skim pemisahan sukarela (VSS). Semua merujuk kepada berakhirnya hubungan majikan pekerja.

Hubungan yang dimasuki, antara dua pihak untuk melaksanakan fungsi salah satu pihak dan diberi ganjaran dalam bentuk bayaran gaji dan lain-lain ganjaran bukan gaji seperti faedah kesihatan, perumahan dan lain-lain.

Lama mana tempoh hubungan ini bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak, atau atas alasan kenapa hubungan itu dibentuk. Adalah alami sebagai suatu kontrak pekerjaan, ia berkaitan perlaksanaan suatu kerja atau menyiapkan suatu tugasan atau kerja khusus dan tamat apabila kerja khusus itu siap.

Bagi kerja-kerja berulangan pula antara kaedah yang boleh digunakan ialah penetapan tempoh perkhidmatan tertentu, kerana sebagai majikan ada yang tidak mahu mengikat diri dengan seorang pekerja selama-lamanya. Matangnya tempoh yang dipersetujui (baca yang ditetapkan majikan) kontrak tamat dan hubungan majikan dan pekerja ditamatkan.

Persoalan timbul, berkaitan penamatan bersih (clean termination) kerana mana-mana tindakan penamatan oleh majikan kepada pekerja di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955, akan melayakkan pembayaran pampasan dalam bentuk faedah penamatan di bawah Peraturan-peraturan Kerja 1980 (Faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara).

Selain itu semua penamatan akan membuka peluang atau menerbitkan pekerja mengadukan pemanamatan kontrak perkhidmatan kepada tiga jenis pengaduan;

1. Mahkamah sivil untuk menguatkusakan syarat-syarat perkhidmatan yang gagal dipenuhi, pampasan dan lain-lain faedah suai-manfaat kerana penamatan itu.

2. Jabatan Tenaga Kerja untuk tuntutan baki gaji, notis, faedah penamatan dan lain-lain tuntutan membabitkan bayaran tunai.

3. Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk pemulihan jawatan di dengar di Mahkamah Perusahaan setelah proses rujukan menteri.

Kesimpulannya penamatan suatu kontrak perkhidmatan pekerja terjadual ditangani oleh bahagian dua, Akta Kerja 1955.