Monday, February 19, 2018

MITOS : MUDAH MEMECAT PEKERJA TANPA KONTRAK PEKERJAAN BERTULIS

Secara umum ramai berpandangan memecat pekerja yang tidak diberikan kontrak pekerjaan bertulis adalah mudah.

Pendapat ini separa benar, walaupun tanpa kontrak pekerjaan bertulis, dengan perkembangan dan perhatian khusus diberikan kepada kebajikan pekerja, peruntukan undang-undang sedia ada dan bakal digubal memberikan perlindungan kepada pekerja walaupun tidak memiliki kontrak bertulis.

Undang-undang utama pekerjaan seperti Akta Kerja 1955 telah memberikan sifat kepada suatu kontrak pekerjaan yang boleh merupa dalam bentuk;
1. lisan
2. bertulis
3. nyata dan/ atau 
4. tersirat
malah ada undang-undang buruh yang baru digubal seperti Akta Umur Persaraan Minimum dan Gaji Minima juga menafsirkan kontrak pekerjaan dalam 4 bentuk di atas.

Kecenderungan memberi merit kepada individu yang mendakwa diri sebagai 'pekerja' oleh pihak berkuasa juga menyumbang kepada kelebihan pekerja dalam membentangkan kes mereka. Ini berpunca dari kuasa rundingan yang tidak setara yang wujud antara majikan dan pekerja. Jika syarat-syarat perjanjian lisan menjurus kepada kawalan atas;
1. apa, 
2. bagaimana, 
3 di mana dan 
4.bila
tugas dilaksana dikawal oleh satu pihak sahaja maka cenderunglah ia suatu kontrak pekerjaan.

Walaupun tidaklah muktamad perjanjian lisan melaksanakan suatu tugas adalah suatu kontrak pekerjaan. Keadaan perjanjian itu dibentuk dalam bentuk seringkas yang mungkin juga memberi isyarat bahawa pihak yang menguasai perjanjian itu walaupun cuba menghindari takrifan majikan dengan hanya mengikat satu pihak lagi dengan perjanjian lisan sebenarnya adalah orang yang mengawal perjanjian itu dan unsur kawalan inilah yang menjeratnya sebagai majikan.

Adalah disimpulkan perjanjian lisan yang membabitkan satu pihak mengawal jenis kerja, bagaimana ia dilaksanakan, di mana ia dilaksanakan dan bila ia perlu dilaksanakan ditambah elemen bayaran tunai adalah suatu kontrak pekerjaan. Penamatannya juga tidaklah semudah kontrak pekerjaan bertulis, kadang-kala memecat pekerja tanpa kontrak bertulis lebih merumitkan berbanding pekerja dengan syarat-syarat perkhidamatan yang nyata dan bertulis.

No comments:

Post a Comment