Bolehkah
pekerja menolak arahan pindah/ transfer
“Section
12 (3) ...(e) the employee has refused to accept his transfer to any
other place of employment, unless his contract of service requires
him to accept such transfer ...
...the
employee shall be entitled to, and the employer shall give to the
employee, notice of termination of service, and the length of such
notice shall be not less than that provided under paragraph (2)(a),
(b) or (c), as the case may be, regardless of anything to the
contrary contained in the contract of service.”
Berdasarkan
satu keputusan mahkamah, arahan pindah/ transfer adalah hak tersirat
majikan. Seperti kenaikan gaji dan bonus, pekerja tiada hak untuk
mempertikaikan. Perkara ini tidaklah mutlak bagi pekerja-pekerja di
bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955 (Akta 265)
Mahkamah
juga telah memutuskan dalam satu kes lain berkaitan tafsiran kepada
statut yang diluluskan parlimen dan menegaskan jika suatu keadaan
undang-undang yang menggunakan bahasa biasa maka tafsirannya secara
biasa perlu diberi untuk memberi kesan kepada peruntukan
undang-undang yang digubal oleh ahli-ahli dewan rakyat/ negara.
Kebenaran
hal ini boleh digunakan dalam menangani isu perpindahan pekerja yang
sering dibangkitkan oleh majikan dan pekerja.
Tiga
persoalan perlu dijawab untuk menentukan kedudukan arahan perpindahan
itu dan kaitan dengan hak pekerja untuk dibayar gaji ganti notis
sekiranya majikan memutuskan mana-mana pekerja yang ingkar arahan
perpindahan berhak dipecat oleh majikan. Soalan yang perlu dijawab
ialah;
- Pekerja di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1977(Akta 265) atau tidak,
- Wujud atau tidak dalam kontrak perkhidmatan terma berkaitan perpindahan,
- Adakah pekerja menolak arahan perpindahan itu
Sekiranya
pekerja menolak arahan perpindahan yang tidak terkandung dalam
kontrak perkhidmatannya, maka pekerja berhak kepada remidi gaji
ganti notis, tanpa mengira di bawah seksyen mana tindakan oleh
majikan.
Majikan
boleh menghukum pekerja di bawah seksyen 14(1)(a) setelah mengadakan
satu siasatan dalaman/ DI atau menggunakan seksyen 13 (2) kerana
pekerja melanggar dengan sengaja terma dalam kontrak perkhidmatannya.
Kedua-dua pemecatan ini jika dilakukan ke atas pekerja tanpa peruntukan perpindahan dalam kontrak pekerjaannya, menyebabkan peruntukan 12(3)(e) akan menjadi hujah pembelaan dan melayakkan pekerja di bayar gaji ganti notis. Sebaliknya jika dalam kontrak perkhidmatannya ada jelas menyatakan peruntukan/ klausa perpindahan, maka hukuman ke atas pekerja sama ada melalui seksyen 13(2) atau seksyen 14(1)(a) tidak boleh dicabar.
Kesimpulannya,
perlindungan diberi kepada pekerja di bawah Jadual Pertama, Akta
Kerja 1955 (Akta 265) dari dipindahkan sewenang-wenangnya oleh
majikan jika tidak pernah wujud peruntukan dalam kontrak
perkhidmatannya klausa berkaitan perpindahan/ transfer.