Friday, May 10, 2019

TIDAK DISAHKAN JAWATAN BOLEHKAH MENGADU KE PEJABAT BURUH DI SEBELAH RUMAH ANDA?

Walaupun topik tidak disahkan jawatan adalah antara perkara yang menjadi siulan anak muda zaman lalu dan kini, sebenarnya jika pekerja tidak disahkan jawatan tidaklah boleh mengadu ke pejabat buruh.

Bukankah ini satu bentuk penindasan? Jawapannya ya dan tidak. Tempoh percubaan adalah suatu proses mengenali hati budi kedua-dua pihak pekerja mahupun majikan.

Jika tempoh percubaan telah hampir tamat menjadi tanggungjawab majikan untuk memutuskan:
1. sahkan jawatan,
2. melanjutkan tempoh percubaan, atau
3. tamatkan kontrak pekerjaan.
dengan memaklumkan kepada pekerja mengikuti kaedah yang dipersetujui semasa kontrak perkhidmatan mula dibentuk.

Jika bukan 3 tindakan di atas, pekerja datang kerja seperti biasa dan majikan pula terus membayar gaji seperti biasa tanpa berlaku apa-apa perubahan kepada syarat-syarat perkhidmatan termasuk waktu kerja yang sama, upah dan elaun-elaun yang sama maka hendaklah disifatkan berlaku perlanjutan tempoh percubaan sehingga majikan memutuskan sebaliknya.

Thursday, May 9, 2019

TEMPOH NOTIS ANTARA SEKSYEN 12(2)(a),(b),(c) ATAU SURAT LANTIKAN

Jika berlaku keadaan seksyen 12(3) maka notis hendaklah tidak kurang daripada seksyen 12(2)(a), (b) atau (c).

Illustrasi A

JJ pekerja terjadual, notis penamatan dalam surat perlantikan adalah 1 bulan, beliau baru berkhidmat selama 4 bulan. Majikan melaksanakan pemberhentian (retrenchment) kerana lebihan tenaga kerja.

Memandangkan tempoh notis pada surat perlantikan 1 bulan (28/29/30/31 hari) lebih baik berbanding 4 minggu (28 hari) di bawah seksyen 12(2)(a) maka notis 1 bulan terpakai.

Illustrasi B

WW pekerja terjadual, notis penamatan dalam surat perlantikan adalah 1 bulan, beliau telah berkhidmat selama  3 tahun. Majikan melaksanakan pemberhentian (retrenchment) kerana lebihan tenaga kerja.

Memandangkan tempoh notis pada surat perlantikan 1 bulan kurang baik berbanding 6 minggu di bawah seksyen 12(2)(b) maka notis 6 minggu itu terpakai.

Thursday, May 2, 2019

BEKERJA PADA HARI BUROH

Illustrasi :

E bergaji RM 1,100.00 sebulan. Waktu kerja hari biasa ialaj dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pada 1 Mei 2019 E telah diarahkan hadir kerja dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

E akan dibayar :

= [Kadar Seksyen 60D(3)(a)(i)] X 1 hari

= [ORP 60I x 2 (kadar)] X 1 hari

= [(RM 1,100.00 ÷ 26) X 2] X 1 hari

= [RM 42.31 X 2] X 1 hari

= RM 84.62

Pekerja bergaji bulan jika diarah kerja pada hari kelepasan, seperti hari buruh akan dibayar tambahan 2 hari gaji pada kadar upah biasa (ORP-60I) tanpa mengira jumlah jam dengan syarat dalam waktu kerja biasa.

Waktu kerja biasa E adalah 9.00 pagi hingga 5.00 petang, maka jika kerja satu jam di mana-mana tempoh itu layak dibayar RM 84.62.

Wednesday, May 1, 2019

PONTENG MASIH LAYAK DIBAYAR ELAUN BERSALIN

"...
(i) she has been employed by the employer for a period of, or periods amounting in the aggregate to, not less than ninety days during the nine months immediately before her confinement; and
..."

'employed' walaupun pada versi bahasa Malaysia ialah 'digajikan' tidaklah bermaksud mesti dibayar gaji.

Lawan atau antonym kepada 'employed' adalah 'unemployed' maka adakah orang bercuti tanpa gaji itu seorang unemployed atau masih 'employed' cuma majikan membenarkan dia tidak hadir dan tiada gaji.

Seorang yang unemployed sudah tiada employer, jika pada ketika dia ponteng itu masih ada 'employer' maka tiadalah adanya dia seorang unemployed.

Jika jawapan persoalan di atas ialah seorang yang bercuti tanpa gaji semasa bercuti tanpa gaji masih mempunyai seorang majikan dan bukan mantan atau bekas majikan dalam tempoh cuti tanpa gaji itu maka dalam menghitung 90 hari dalam 9 bulan kehamilan itu cuti tanpa gaji adalah sebahagian 90 hari itu.

Salah satu prinsip menafsirkan perundangan sosial seperti perhubungan perusahaan ialah sekiranya terdapat berbilang tafsiran berkaitan sesuatu fakta, jika akta tidak menafsirkan dalam kes ini 'employ' tidak ditafsirkan dibawah akta maka tafsiran yang menguntungkan pekerja terpakai.

Tafsiran yang menguntungkan pekerja ialah employed termasuk tempoh tanpa gaji dengan kebenaran majikan juga ponteng sehinggalah majikan mengesahkan pemecatan atau pekerja sendiri letak jawatan.

Perlindungan bersalin ini dilihat menjamin hak ibu dengan kuatnya apabila ibu tidak boleh dipecat sepanjang tempoh 60 hari cuti bersalin dan 90 hari selepas tempoh 60 hari itu tamat.

Hakikatnya majikan sedar ketidakhadiran adalah akibat kehamilan juga ada pertimbangan besar. Jika majikan itu wanita, maka tidak layaklah dia memiliki sebuah 'rahim'