Sunday, August 22, 2021

KESATUAN SEKERJA

Daftar kesatuan sekerja adalah sebuah buku besar yang mengandungi antaranya nama, alamat, pegawai-pegawai dan lain-lain maklumat seperti kehendak Borang A.

Permohonan pendaftaran kesatuan sekerja pula menggunakan Borang B yang mengandungi 3 Jadual yang memperinci butiran pemohon dan juga kandungan buku peraturan.
Borang D ialah perakuan pendaftaran/ sijil pendaftaran atau apa jua nama dipanggil yang membuktikan kesatuan sudah didaftarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Ia mengandungi nama, nombor pendaftaran dan tarikh kesatuan didaftarkan.
Borang G dan J adalah borang-borang yang digunakan untuk memohon pertukaran nama atau alamat kesatuan.
Borang LU ialah borang yang digunakan untuk memaklumkan pemilihan pegawai-pegawai kesatuan dari satu penggal ke penggal yang akan datang.
Jika berlaku perubahan pegawai di tengah-tengah penggal maka Borang L akan digunakan.
Perubahan pekerja kesatuan pula menggunakan Borang L1.
Peraturan-peraturan kesatuan di dalam buku perlembagaan kesatuan yang perlu dipinda akan menggunakan Borang K.
Jika terdapat kesatuan yang dianggotai kakitangan awam berhasrat bergabung dengan CUEPACS maka perlu memohon dengan menggunakan Borang P, Q, R. Kesatuan yang dianggotai kakitangan pihak berkuasa berkanun boleh bergabung dengan CUEPACS dengan syarat mendapat kelulusan bertulis YB Menteri Sumber Manusia.
Kesatuan yang sudah hampir habis hayatnya bolehlah memohon pembubaran dengan melengkapkan Borang I, E dan Borang U bukti resolusi pembubaran.
Kesatuan yang gagal berfungsi boleh dibatalkan setelah gagal menjawab Borang F yang dihantar kepadanya.
Menjadi kewajipan kesatuan menghantar Borang N setiap tahun antaranya bertujuan menyemak keluar masuk wang kesatuan.
Sebab itu borang-borang penting dalam urusan sebuah kesatuan sekerja. Kenali borang anda untuk memahami perjalanan sebuah kesatuan sekerja.