Thursday, July 26, 2018

KERJA SABTU JIKA SABTU DAN AHAD ADALAH CUTI HUJUNG MINGGU

Gaji yang dijanjikan semasa awal membentuk kontrak perkhidmatan/ pekerjaan tertakluk kepada Akta Kerja 1955, merangkumi hari dan waktu kerja normal dan tempoh-tempoh tidak bekerja di bawah undang-undang.

Semua kerja dilakukan melebihi hari dan/atau waktu kerja normal seperti pada cuti kelepasan, hari rehat hendaklah dibayar tambahan.

Jika majikan menawarkan Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu ia adalah seperti waktu rehat 30 minit selepas kerja 5 jam di bawah 60A, hari dan waktu kerja yang dipersetujui tertakluk kepada sekatan-sekatan di bawah Akta Kerja 1955 adalah suatu pakej.

Hari dan waktu kerjanya sekian-sekian, hari dan waktu tidak bekerjanya sekian-sekian. Gangguan kepada hari dan waktu tidak bekerja itu seperti arahan datang kerja pada hari kelepasan am/public holiday atau hari rehat telah ditetapkan undang-undang perlu dibayar.

Akta telah menjamin kadar minima khusus untuk keadaan ini, 1.5 untuk lebih masa normal, 1+2 untuk kerja hari kelepasan, 0.5 atau 1 pada hari rehat mingguan dan pelbagai lagi kadar berdasarkan tempoh tidak berkerja yang diganggu oleh arahan datang kerja oleh majikan.

Malah jika diamati peruntukan hari rehat di bawah akta, jika ada dua maka Ahad adalah hari rehat dan Sabtu bukan. Akibat tafsiran ini selain hari terakhir dari jujukan hari-hari yang menjadi hari rehat akan menerima nasib sebagai hari yang TIADA KADAR MINIMA untuk kerja yang dibuat pada hari itu atau lebimasa dibuat pada hari itu.

Kelaziman kini pembayaran kerja hari Sabtu jika Sabtu dan Ahad adalah cuti mingguan adalah berasaskan kadar 1.5 kerana kerja itu melebihi waktu normal, walaupun bukan untuk lebihan waktu dalam sehari. Seperti kehendak  'in excess of the normal hours of work per day' di bawah 60A(3)(b)

Walaupun begitu sekiranya untuk maksud pembayaran kerja Sabtu, majikan memilih membayar kadar sama dengan Ahad, hujah kadar 1.5 hanya untuk lebihan waktu normal sehari kedengaran lojik dan kerja pada hari Sabtu tidaklah perlu mengikutinya, 

Berdasarkan illustrasi pula dengan kiraan RM 5 X 8 X 1.5 jumlah terbayar ialah RM 60 jika kadar 1.5 diguna, manakala jika ambil kadar kerja pada Ahad 8 jam pertama hanya RM 40 dibayar untuk Sabtu itu.

Walaupun saya berpegang pada prinsip jika terdapat lebih dari satu tafsiran berkaitan sesuatu fakta yang melibatkan hubungan majikan dan pekerja, maka tafsiran atau pendapat yang menguntungkan pekerja harus diberi pertimbangan yang lebih namun kadar bayaran kerja Sabtu ini pada saya melibatkan  tiga kadar yang boleh dipertimbangkan iaitu;

1. Kadar 1.5, kerana ia melebihi waktu kerja normal. Kadar ini sebenarnya khusus kepada lebihmasa dalam satu hari.

2. Apa-apa kadar boleh dibayar, kerana Sabtu akan jadi 0 (zero time) kerana ia tidak termasuk dalam pakej hari dan waktu berkerja biasa, ia akan menjadi waktu tambahan kerja maka perlu dibayar. Memandangkan akta tidak secara khusus menangani kadar kerja pada hari Sabtu dan lebihmasa hari Sabtu ini maka atas persetujuan antara majikan dan pekerja atau paksaan majikan suatu kadar dipilih untuk dibayar kepada pekerja yang berkerja atau berkerja lebihmasa pada Sabtu.

3. Satu lagi kadar yang boleh dipertimbangkan ialah membayar ikut kadar  'hari rehat' di bawah Bahagian  XII. Jika diamati, peruntukan undang-undang menyebut jika terdapat jujukan hari rehat, hari terakhir ialah 'hari rehat' untuk tujuan Bahagian XII. Maknanya sehingga perkataan 'hari terakhir' itu, jujukan hari rehat itu mempunyai sifat yang sama dengan  'hari rehat' yang satu di Bahagian XII. Bagi maksud penyeragaman hingga undang-undang dipinda, kadar bayaran kerja pada jujukan hari rehat dan berkerja lebihmasa pada jujukan hari rehat selain 'hari rehat' di Bahagian XII bolehlah menggunakan kadar yang sama untuk 'hari rehat' di bawah Bahagian  XII.

Penggunaan kadar ini bukanlah muktamad, lain-lain sekatan dan kelebihan 'hari rehat' di bawah Bahagian XII adalah kekal. Membayar kadar jujukan hari rehat dengan kadar 'hari rehat' Bahagian XII adalah pandangan peribadi saya.

Saya secara peribadi menganggap kerja Sabtu perlu bayaran tambahan. Kadar itu biarlah pihak berkuasa tetapkan.

Monday, July 23, 2018

BERAPA JUMLAH PERLU DIBAYAR UNTUK MENEBUS KONTRAK PEKERJAAN

Pekerja-pekerja terjadual (scheduled employee) boleh menebus diri dari suatu kontrak pekerjaan dengan membayar gaji ganti notis bersamaan jumlah gaji terbayar kepada pekerja  jika  notis seperti seksyen 12 Akta Kerja 1955 disempurnakan.

Jumlah maksima yang perlu dibayar ini dikanunkan di bawah seksyen 13 dan 69C Akta Kerja 1955 (Akta 265).

Jika majikan meletakkan syarat-syarat bayaran gantirugi/indemnity mengarut, selain seksyen 13 dan 69C itu semasa tuntutan di mana-mana mahkamah hujahkan sahaja perlindungan statutori di bawah Akta Kerja 1955 bagi pekerja-pekerja bergaji RM 5,000.00 dari bekas majikan menindas anda.

Mohon terus mahkamah membuat deklarasi klausa gantirugi berat sebelah selain gaji ganti notis itu tidak sah dan bertentangan dengan Akta Kerja 1955.

Gaji RM 5,000.00 ke atas maaflah anda tiada hujah ini.

Sunday, July 22, 2018

KUIZ TAFSIRAN PEKERJA DI BAWAH AKTA KERJA 1955 (AKTA 265) DAN JIKA JAWAPAN SEMUA BETUL, ANDA TELAH MEMAHAMI AKTA INI.


Contoh Jawapan
Rest day
59. (1) Every employee shall be allowed in each week a rest day of one whole day as may be determined from time to time by the employer, and where an employee is allowed more than one rest day in a week the last of such rest days shall be the rest day for the purposes of this Part:

Tafsiran “pekerja/ employee”
(        ) Jadual Pertama
(    X    ) Seksyen 69B
(    X    ) Seksyen 44A

A. Seksyen 19 berkaitan pembayaran gaji

Time of payment of wages
19. (1) Subject to subsection (2), every employer shall pay to each of his employees not later than the seventh day after the last day of any wage period the wages, less lawful deductions earned by such employee during such wage period.

Tafsiran “pekerja/ employee”
(           ) Jadual Pertama
(           ) Seksyen 69B
(           ) Seksyen 44A

B. Perlindungan Bersalin
PART IX
MATERNITY PROTECTION
Length of eligible period and entitlement to maternity allowance
37. (1) (a) Every female employee shall be entitled
(i) to maternity leave for an eligible period in respect of each confinement; and
(ii) subject to this Part, to receive from her employer a maternity allowance to be calculated or prescribed as provided in subsection (2) in respect of the eligible period.

Tafsiran “pekerja/ employee”
(           ) Jadual Pertama
(           ) Seksyen 69B
(           ) Seksyen 44A

C. Seksyen 60E Cuti Tahunan
Annual leave
60E. (1) An employee shall be entitled to paid annual leave of—

(a) eight days for every twelve months of continuous service with the same employer if he has been employed by that employer for a period of less than two years;

Tafsiran “pekerja/ employee”
(           ) Jadual Pertama
(           ) Seksyen 69B
(           ) Seksyen 44A           

D. Kuasa siasatan

PART XV
COMPLAINTS AND INQUIRIES
Director General’s power to inquire into complaints
69. (1) The Director General may inquire into and decide any dispute between an employee and his employer in respect of wages or any other payments in cash due to such employee under—
(a) any term of the contract of service between such employee and his employer;
(b) any of the provisions of this Act or any subsidiary legislation made thereunder; or
(c) the provisions of the Wages Councils Act 1947 [Act 195] or any order made thereunder,
and, in pursuance of such decision, may make an order in the prescribed form for the payment by the employer of such sum of money as he deems just without limitation of the amount thereof.
Tafsiran “pekerja/ employee”
(           ) Jadual Pertama
(           ) Seksyen 69B
(           ) Seksyen 44A

D. Kuasa siasatan (Seksyen 69B)
Additional powers of Director General to inquire into complaints
69B. (1) Notwithstanding the provisions of this Act, the powers of the Director General under paragraph 69(1)(a) shall extend to employees whose wages per month exceed two thousand ringgit but does not exceed five thousand ringgit.
Tafsiran “pekerja/ employee”
(           ) Jadual Pertama
(           ) Seksyen 69B
(           ) Seksyen 44A

Persoalan : Bolehkan pekerja wanita bergaji RM 2,500.00 menuntut elaun bersalin di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955?

1.      Pindaan Akta Kerja 1955 (2012), telah memperkenalkan seksyen 44A, yang memanjangkan pemakaian perlindungan bersalin kepada semua 'pekerja' wanita;

...“Application of this Part irrespective of wages of female employee
44A. Notwithstanding paragraph 1 of the First Schedule, this Part extends to every female employee who is employed under a contract of service irrespective of her wages.” ...

2.      Seksyen 2 Akta Kerja 1955 menafsirkan;

...“employee” means any person or class of persons—

(a) included in any category in the First Schedule to the extent specified therein; or...

3.      Para 1 Jadual Pertama Akta Kerja 1955

...FIRST SCHEDULE
[Subsection 2(1)]

Employee


1. Any person, irrespective of his occupation, who has entered into a contract of service with an employer under which such person’s wages do not exceed two thousand ringgit a month...

4.      “pekerja” di bawah seksyen 69 Akta Kerja 1955;

PART XV
COMPLAINTS AND INQUIRIES
Director General’s power to inquire into complaints
69. (1) The Director General may inquire into and decide any dispute between an employee and his employer in respect of wages or any other payments in cash due to such employee under—

(a) any term of the contract of service between such employee and his employer;

(b) any of the provisions of this Act or any subsidiary legislation made thereunder; or

(c) the provisions of the Wages Councils Act 1947 [Act 195] or any order made thereunder,

and, in pursuance of such decision, may make an order in the prescribed form for the payment by the employer of such sum of money as he deems just without limitation of the amount thereof.

Pandangan 1
1.      Memandangkan seksyen 44A telah menghapuskan shilling gaji dua ribu ringgit pada para 1 Jadual Pertama, mana-mana 'pekerja' wanita berhak membuat tuntutan di bawah seksyen 69 Akta Kerja 1955 dan Ketua Pengarah perlu menyiasat tuntutan berkaitan dan membuat keputusan.
2.      Seksyen 44A dibaca bersama-sama seksyen 69 kerana kelayakan yang diberi melalui seksyen 44A adalah tidak logik tidak disertakan kuasa Ketua Pengarah untuk menyiasat dan membuat keputusan untuk seksyen 69 berkaitan isu berbangkit di bawah seksyen 44A.
3.      Semasa membaca 44A, berkaitan perlindungan bersalin, tafsiran 'employee' di bawah para 1 Jadual Pertama telah dibuka dan melayakkan mana-mana 'pekerja' wanita menuntut perlindungan bersalin di bawah seksyen 69 Akta Kerja 1955.

Pandangan 2
Secara asas peruntukan Akta Kerja 1955, melindungi segolongan pekerja sahaja dan para 1 Jadual Pertama telah menetapkan shilling dua ribu ringgit. Melainkan dinyatakan dengan jelas seperti seksyen 44A maka semua rujukan/ tafsiran 'pekerja' akan merujuk kepada Jadual Pertama dan ini termasuk seksyen 69 Akta Kerja 1955.

1.      Sebelum pindaan seksyen 69B, tafsiran pekerja untuk setiap peruntukan hanya merujuk kepada pekerja di bawah Jadual Pertama dan seksyen 69 Akta Kerja 1955 tidak terkecuali yang membolehkan 'pekerja' di bawah Jadual Pertama sahaja memfailkan tuntutan di bawah seksyen 69 Akta Kerja 1955.

2.      Selepas pindaan memasukkan seksyen 69B tafsiran pekerja untuk seksyen 69B merujuk kepada pekerja bergaji melebihi satu ribu lima ratus ringgit hingga lima ribu ringgit dan tuntutan mereka difailkan dibawah seksyen 68B dan bukan seksyen 69. Lain-lain seksyen/ peruntukan masih mengekalkan tafsiran 'pekerja' seperti seksyen 2/ Jadual Pertama termasuk untuk seksyen 69 dan hanya 'pekerja' di bawah Jadual Pertama sahaja boleh membuat tuntutan di bawah seksyen 69 Akta Kerja 1955.

3.      Selepas pindaan 2012, wujud satu lagi tafsiran 'pekerja' iaitu untuk seksyen 44A berkaitan perlindungan bersalin dan 81G berkaitan gangguan seksual iaitu menghapuskan shilling gaji para 1 Jadual Pertama. Seksyen 69B dipinda untuk menafsirkan 'pekerja' dibawah seksyen itu ialah 'pekerja' bergaji dua ribu hingga lima ribu ringgit dan para 1 Jadual Pertama dipinda kepada dua ribu ringgit. Walaupun pindaan ini seolah-olah menyebabkan mana-mana 'pekerja' di bawah seksyen 44A dan 81G dilindungi Akta Kerja 1955 dan Ketua Pengarah Tenaga Kerja boleh mendengar dan memutuskan pertikaian berkaitan peruntukan berkaitan, kedudukan seksyen 69 Akta Kerja kekal dan hanya “pekerja” di bawah Jadual Pertama sahaja boleh menuntut di bawah seksyen 69 Akta Kerja 1955.

Tuesday, July 17, 2018

KEWAJIPAN SURAT LANTIKAN (LETTER OFFER)

DOKUMEN YANG WAJIB DIBERIKAN KEPADA PEKERJA

Pekerja-pekerja di bawah Jadual Pertama, Akta Kerja 1955(Akta 2665) yang dijangka akan berkerja melebihi 1 bulan wajib di beri sesalinan surat lantikan yang mengandungi;

1. Nama dan nombor kad pengenalan.
2. Jawatan.
3. Gaji pokok.
4. Kadar elaun
5. Kadar bayaran lebihmasa.
6. Lain-lain kemudahan.
7. Jumlah jam berkerja normal sehari dipersetujui.
8. Tempoh notis atau bayaran gaji ganti notis dipersetujui.
9. Jumlah hari kelepasan am berbayar dan cuti tahunan berbayar.
10. Tempoh Upah.

Gagal beri sesalinan, gagal sediakan kontrak bertulis atau tidak cukup 10 perkara di atas, jika sabit di mahkamah akan didenda RM 10,000.00 setiap kesalahan.

DOKUMEN-DOKUMEN LAIN.'

Selain surat lantikan majikan juga wajib memberi sesalinan penyata gaji kepada pekerja-pekerja.

Dokumen lain yang menjadi persoalan adalah sijil-sijil latihan, sijil suntikan, surat pengesahan jawatan dan pelbagai dokumen melibatkan pekerja.

Bagi dokumen seperti sijil-sijil latihan dan suntikan Typhoid yang dibayar majikan atau atas biaya sendiri oleh pekerja kerana keperluan pekerjannya tiada paksaan undang-undang untuk memberikan salinan kepada pekerja.

Sungguh pun Akta Kerja 1955 tidak memaksakan pemberian sesalinan kepada pekerja, jika telah diletakkan dalam polisi syarikat bertulis atau lisan, dipersetujui di bawah kontrak perkhidamatan atau ada undang-undang lain yang mengesahkan pemilikan sijil-sijil atau dokumen-dokumen berkaitan, majikan tiada urusan menyimpan sijil-sijil atau dokumen-dokumen yang jelas tertera nama pekerja.

Bagi sijil-sijil dengan nama pekerja tanpa tanda-tanda bukti perkaitan dengan majikan, sekiranya terlalu terdesak untuk memilikinya, maka pekerja bolehlah membuat laporan polis bahawa majikan memiliki dokumen (sijil) secara tidak sah (curi). Cuma akhirnya jika itu berlaku tiada bolehlah kerja dengan majikan itu

Surat pengesahan jawatan tidak termasuk dokumen wajib diberi kepada pekerja namun ia adalah bergantung kepada syarat seperti dokumen-dokumen lain. Cuma adalah amalan baik untuk memberitahu secara rasmi seseorang telah disahkan jawatan atau tidak bagi memudahkan pekerja meneruskan tindakan lain untuk maksud kerjaya beliau.

Sunday, July 15, 2018

ELAUN BERSALIN

Semua pekerja wanita yang berkerja secara sah di Malaysia  layak menerima perlindungan bersalin di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265). Secara umum setiap kali bersalin pekerja wanita layak cuti bersalin tanpa gaji/ tanpa bayaran selama 60 hari bagi setiap kelahiran.

Tertakluk kepada beberapa syarat, cuti bersalin tanpa bayaran akan bertukar kepada cuti bersalin dengan dibayar elaun bersalin.

Kadar elaun bersalin
Kadar elaun bersalin ialah RM 6.00 sehari atau gaji sehari semasa, mana-mana yang lebih tinggi. Kadar RM 6.00 ini adalah di bawah perintah yang juga diperbuat di bawah Akta Kerja 1955.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum layak dibayar elaun bersalin adalah;

Hamil 22 minggu
Seorang pekerja wanita yang melahirkan anak setelah hamil 22 minggu layak untuk cuti bersalin tanpa gaji selama 60 hari berterusan.

Walaupun ia adalah syarat asas untuk mendapat cuti bersalin tanpa gaji, namun jika syarat ini tidak dipenuhi, misalnya hamil 20 minggu dan 'keguguran' selain tidak layak cuti bersalin pekerja juga sudah tentu tidak layak dibayar elaun bersalin. Jika 'keguguran' setelah hamil 23 minggu maka ia adalah 'bersalin' di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955.

Kelahiran ini tanpa mengira anak hidup atau meninggal. Status perkahwinan juga tidak menjadi isu dalam melayakkan diberi cuti bersalin ini.


90 hari dalam tempoh 9 bulan kehamilan 
Syarat berikutnya ialah dalam tempoh 9 bulan kehamilan itu pekerja wanita secara berterusan atau agregat (dipisah-pisahkan) tempohnya diambil kerja berjumlah 90 hari.

Sebagai contoh pekerja yang bersalin pada 31 Julai 2018 berkerja mulai 15 April 2018 jika sepanjang tempoh 15 April 2018 hingga 30 Julai 2018 tidak pernah meletak jawatan atau di berhentikan majikan hingga mengurangkan jumlah hari dia di ambil berkerja ialah 90 hari.

Tafsiran diambil kerja (employed) itu seharusnya meliputi hari rehat, hari kelepasan am dan lain-lain hari yang majikan benarkan pekerja tidak hadir kerja termasuk cuti tanpa gaji.

4 bulan sebelum kelahiran masih pekerja.
Syarat kedua ialah pekerja wanita itu masih berkerja di mana-mana 4 bulan sebelum bersalin. Sebagai contoh pekerja yang bersalin pada 25 Julai 2018, jika hari terakhir kerjanya ialah pada 25 Mac 2018 maka layak dibayar elaun bersalin berdasarkan illustrasi ini

i)   1 bulan-25 Mac 2018 - 24 April 2018
ii)  2 bulan-25 April 2018-24 Mei 2018
iii) 3 bulan-25 Mei 2018-24 Jun 2018
iv) 4 bulan-25 Jun 2018-24 Julai 2018

Jika pekerja berhenti kerja sebelum 25 Mac 2018 maka beliau tidak layak dibayar elaun bersalin. 

5 anak
Majikan hanya wajib bayar elaun bersalin  untuk 5 orang anak sahaja.

Jika semasa berkerja dengan majikan terdahulu telah ada 4 anak, maka elaun bersalin hanya wajib untuk 1 orang anak sahaja bagi majikan baru.

Notis kehamilan pekerja meletak jawatan
Jika pekerja berhasrat berhenti kerja  4 bulan sebelum bersalin, dan berniat dibayar elaun bersalin walaupun bukan lagi pekerja maka perlu memaklumkan majikan.

Isu teknikal
Pembayaran elaun bersalin melibatkan banyak isu teknikal dan angka-angka serta bacaan tarikh-tarikh. Adalah wajar jika terdapat ketidakfahaman maka rujuklah Pejabat Tenaga Kerja berhampiran.

Tidak mahu bayar lebihmasa 'overtime' : Begini caranya.

Seksyen 60A Akta Kerja 1955 (Akta 265) bagi yang rajin mengkaji memberi ruang dan peluang untuk majikan hanya mula membayar lebihmasa selepas 10 jam.

Sebagai contoh majikan boleh menetapkan masa kerja dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Kerja semula jam 12.00 tengahari, rehat jam 1.00 petang hingga 2.00 petang sambung kerja hingga 4.00 petang. Rehat 30 minit, sambung kerja hingga jam 6.00 petang.

8.00 pagi hingga 6.00 petang adalah 10 jam tempoh masa atau 'spread over period of 10 hours' di bawah seksyen 60A Akta Kerja 1955.

REVISION - CONTROL AND LEAVES

Control test is one of the way to determine whether a person is engaged in a contract of service or another form of relationship.

4 main item that are being considered are

1. What
2. How
3. Where
4. WHEN

The 'when' consists working days and working hours. Governed by legislation, employers are given the liberty to determine when jobs to be executed.

Leaves (cuti) play a vital part in this segments of control. Protected by laws, an employer can't take actions against an employee who doesn't attend work during working days stipulated by the employer if he is on leaves guaranteed by statutory provision provided conditions set out on those provision's are met.

Another way is by prior permission by the employer so as the employee is permitted not to attend those working days.

Saturday, July 14, 2018

MAJIKAN LAMBAT BAYAR GAJI (GAJI LEWAT)

Lewat bayar gaji. Seksyen 19 Akta Kerja 1955, memberikan tanggapan undang-undang yang jelas bila gaji lewat dibayar.

Gaji dikatakan lewat jika dibayar selepas 7 hari  tempoh penggajian berikutnya. Secara mudah gaji Jun 2018 yang hanya dibayar pada 10 Julai 2018 adalah gaji lewat.

Time of payment of wages

19. (1) Subject to subsection (2), every employer shall pay to each of his employees not later than the seventh day after the last day of any wage period the wages, less lawful deductions earned by such employee during such wage period.

(2) Wages for work done on a rest day, gazetted public holiday referred to in paragraphs 60D(1)(a) and (b) and overtime referred to in section 60A shall be paid not later than the last day of the next wage period.

(3) Notwithstanding subsections (1) and (2), if the Director General is satisfied that payment within such time is not reasonably practicable, he may, on the application of the employer, extend the time of payment by such number of days as he thinks fit.

CUTI v PONTENG

CUTI (LEAVES)

Tidak hadir pada hari-hari berkerja yang ditetapkan majikan, melalui kuatkuasa undang-undang atau kebenaran majikan.

PONTENG (ABSENT)

Tidak hadir berkerja pada hari-hari berkerja, tanpa kebenaran majikan atau tanpa pengecualian statutori/ berkanun. (nampak macam ayat undang-undang sedikit)

KELAYAKAN CUTI TAHUNAN

SOALAN
Saya mula kerja 11/4/16, berapa kelayakan cuti tahun saya pada hari ini (21/5/18)? Jika majikan beri cuti tahun kurang dua tahun 8 hari dan melebihi dua tahun 14 hari.

JAWAPAN
(A)11/4/16 - 10/4/17 - tahun 1(8 hari)
(B)11/4/17 - 10/4/18 - tahun 2(8 hari)
(C)11/4/18 - 10/4/19 - tahun 3(14 hari)
(D)11/4/19 - 10/4/20 - tahun 4(14 hari)

Secara umum pada tempoh A, cuti tahun tidak boleh diambil kerana sedang dikumpulkan supaya boleh diambil pada B. Maka jawapan soalan cuti kelayakan dapat ialah 14 mulai C, namun hanya boleh di ambil di D, kerana semasa C cuti 8 hari dikumpul semasa B sahaja boleh diambil.

NOTICE IN-LIEU BUY-OUT

If you want to resign, you must serve the notice period. If you don't want to serve the notice period than you have to pay indemnity in the form of wages in-lieu of notice.

If another party is willing to pay the idemnity, namely the new employer it's called a 'buy-out'

The problem with buy-out is the element of assurance of payment. As a party not in any relationship with the former employer, and to make things worse the new employer might be a competitior to the old ones. There is no legal standing on the understanding made between the former employer with the new employer, except for the payment in-lieu of notice.

As a reminder for a smooth transition, payment of the wages in-lieu of notice is at the out most important on the buy-out excersice.

SIFIR WAKTU KERJA

15 + 15 = 0
kerana waktu kelapangan (period of leisure) tidak boleh kurang 30 minit berterusan maka minum pagi 15 minit tidak boleh dicampurkan waktu minum petang 15 minit menjadi 30 minit.

8 + 2 = 10
kerana 8 jam kerja dan 2 jam tempoh kelapangan adalah tempoh masa (spread over period) 10 jam. Majikan boleh menetapkan waktu mula kerja 9.00 pagi hingga 7.00 dengan di antaranya ada tempoh kelapangan (period of leisure) jumlahnya 2 jam.

10 + 2 = 13
kerana selepas tempoh masa 10 jam itu pada hari biasa 2 jam adalah dibayar bayaran lebihmasa dengan kadar 1.5, maka dengan 2 jam kerja 'pekerja' akan dibayar 3 jam.

5 + 0.5 = 5
kerana wajib rehat 30 minit selepas kerja 5 jam.

Thursday, July 12, 2018

NOTIS DAN WAKTU KERJA : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Antara perkara penting yang perlu diambil perhatian kepada mana-mana orang yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia sektor swasta ialah tempoh notis penamatan dan waktu kerja.

Notis merujuk kepada makluman bertulis niat menamatkan suatu kontrak perkhidmatan atau bahasa mudah berhenti kerja.

Sementara itu waktu kerja merujuk kepada salah satu elemen kawalan majikan ke atas pekerja iaitu 'bila' kerja dilakukan meliputi hari-hari berkerja yang menyentuh isu cuti-cuti seperti cuti sakit, hari kelepasan hari rehat dan banyak lagi. Waktu kerja juga sebahagian elemen ini, ia akan menentukan adakah majikan perlu membayar lebih untuk kerja dilakukan melebihi waktu kerja normal.

Notis dan waktu kerja ini jika tidak difahami dan ditangani akan mengakibatkan pertambahan kos operasi tidak perlu yang merugikan syarikat bukan sahaja dari sudut kewangan malah imej syarikat secara am.

Had-had telah ditetapkan di bawah undang-undang berhubung waktu kerja. Secara umum Akta Kerja 1955(Akta 265) adalah wajib dipatuhi bagi majikan yang menggajikan pekerja di bawah Jadual Pertama akta berkenaan. Ia juga suatu panduan untuk pekerja-pekerja yang terkeluar jadual, dalam merundingkan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan.

8 jam sehari dan 48 jam seminggu adalah antara had-had yang dinyatakan di bawah undang-undang. Jika mengikut urutan, bolehlah dinyatakan di bawah seksyen 60A, Akta Kerja 1955 (seksyen berkaitan waktu kerja) seorang pekerja hanya boleh berkerja 12 jam sehari, daripada tempoh 12 jam itu ia meliputi waktu kerja sebenar dianggap dilakukan, tempoh kelapangan (period of leisure) dan waktu kerja lebih masa. Ketiga-tiga ini tidak boleh melebihi 12 jam jika dicampurkan.

Waktu kerja sebenar dianggap dilakukan ini merujuk kepada 8 jam yang pekerja benar-benar di bawah kawalan majikan tanpa majikan perlu membayar bayaran lebihmasa. Kawalan majikan ini pula bukanlah dengan keadaan majikan sentiasa bersama pekerja, namun secara falasafahnya arahan-arahan majikan mestilah dilaksanakan dalam tempoh ini tanpa gagal.

Tempoh kelapangan pula merujuk kepada tempoh tidak kurang 30 minit di bawah seksyen 60A(1)(a) iaitu waktu rehat pekerja.

Tempoh 8 jam dan tempoh kelapangan itu jika dicampurkan pula adalah salah satu cara majikan menetapkan bila waktu kerja bermula dan berakhir dalam sehari. Tempoh masa (spread over period) ini dihadkan kepada sepuluh jam.

Maknanya majikan boleh menetapkan kerja 3 jam rehat 4 jam dan kemudian sambung kerja 3 jam lagi. Sebagai contoh, majikan boleh menetapkan waktu kerja bermula jam 9.00 pagi, rehat  12.00 tengahari hingga 4.00 petang dan masuk kerja semula jam 4.00 petang hingga 7.00 malam dan tiada bayaran lebihmasa untuk tempoh 9.00 pagi hingga 7.00 malam itu dengan syarat 12.00 tengahari hingga 4.00 petang (4 jam) itu pekerja memang mempunyai tempoh kelapangan (period of leisure) yang sebenar.

Soalan timbul adalah 4 jam tempoh kelapangan (period of leisure)/ waktu rehat itu dibayar, jawapanya ia termasuk dalam pakej waktu kerja tanpa bayaran lebihmasa meliputi tempoh masa (spread over period) sepuluh jam itu.

Kemudian timbul juga persoalan jika majikan menetapkan waktu kerja dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari, waku rehat 12.00 tengahari hingga 1.00 petang kemudian disambung kerja hingga 6.00 petang.

Bolehkah terus memulakan kerja lebihmasa mulai jam 6.00 petang, tanpa mematuhi 60A(1)(a) iaitu kerja berterusan 5 jam, dalam kes ini 1.00 petang hingga 6.00 petang dan sambung dari 6.00 petang hingga 7.00 malam sudah menjadi 6 jam kerja berterusan.

Maka jawapannya ialah boleh, memandangkan pengecualian seksyen 60A(2) melibatkan pengecualian kepada semua syarat 60A(1) dengan syarat mana-mana keperluan 60A(2) dipatuhi. Jika tidak dapat mematuhi 60A(2) maka majikan masih tertakluk kepada perlanggaran undang-undang.

Tuesday, July 10, 2018

TEMPOH MASA 10 JAM (SPREAD-OVER PERIOD OF 10 HOURS)

Undang-undang membenarkan majikan menetapkan dari jam berapa hingga jam berapa pekerja perlu hadir berkerja. Sebagai contoh dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang, 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Sebenarnya hak majikan bukan dikawal berdasarkan dari jam berapa hingga jam berapa tetapi jumlah jam yang dibenarkan di bawah seksyen 60A, Akta Kerja 1955.

Tempoh masa (spread-over period) 10 jam
Ia merujuk kepada jumlah jam sebenar berkerja iaitu 8 jam sehari dan 48 jam seminggu. Majikan tidak boleh menetapkan waktu kerja yang memisahkan 8 jam itu dengan tempoh masa (spread-over period) melebihi 10 jam. 10 jam itu pula melibatkan 8 jam 'kerja sebenar dilakukan' dan 2 jam lagi waktu kelapangan (period of leisure)

Sebagai contoh pemadu bas kilang yang waktu mengambil pekerja kilang tidak boleh sebenarnya waktu kerjanya bermula jam 4.00 pagi hingga 8.00 pagi kemudian rehat dari 8.00 pagi hingga 4 petang. Selepas itu mula kerja semula jam 4.00 petang hingga 8.00 malam.

Waktu kelapangan (period of leisure)
Waktu kelapangan ialah rehat tanpa gangguan majikan dalam tempoh tidak kurang 30 minit berterusan. Jika majikan menetapkan minum pagi 15 minit dan minum petang 15 minit, mengikut tafsiran ia adalah sebahagian 8 jam  'kerja sebenar dilakukan' berbanding 2 jam waktu kelapangan daripada keseluruhan tempoh masa 10 jam itu. 15 minit tidak boleh di tambah 15 minit menjadi 30 minit untuk mendapat tempoh minima waktu kelapangan di bawah seksyen 60A itu. Anda boleh membuat jenaka hukum matematik 15 + 15 = 30 tidak terpakai di sini, dan 15 + 15 = 0 di bawah seksyen 60A, Akta Kerja 1955 untuk memudahkan mengingati prinsip di bawah seksyen ini.

Pemandu bas kilang
Majikan sebaliknya hanya boleh menetapkan mula kerja jam 4.00 pagi hingga 12.00 tengahari (8 jam) sebagai waktu kerja normal dan 4.00 petang hingga 8.00 malam sebagai kerja lebihmasa.
Jika menetapkan 4.00 pagi hingga 2.00 petang waktu kerja meliputi 8 jam kerja sebenar dan 2 jam rehat pula akan menyebabkan hanya ada 2 jam lagi iaitu 4.00 petang hingga 6.00 petang sebagai had kerja tidak melebihi 12 jam dalam sehari. Jam 6.00 petang hingga 8.00 malam adalah waktu kerja tidak sah dan majikan boleh didakwa di mahkamah.

Kesimpulan
Bagi pengamal pengurusan sumber manusia, bolehlah memahirkan diri dengan seksyen 60A, Akta Kerja 1955 untuk menjawab soalan-soalan lazim berkaitan waktu kerja.

WAKTU KERJA (SEKSYEN 60A AKTA KERJA 1955)

Undang-undang menggariskan, majikan hanya boleh menetapkan sepuluh jam sehari sebagai waktu kerja meliputi 2 jam rehat yang tempohnya jika melibatkan waktu rehat yang dipecahkan hendaklah tidak kurang 30 minit setiap waktu senggang dan 'kerja' sebenar dilakukan hanya 8 jam sehari. Apa-apa selepas sepuluh jam adalah kerja lebihmasa dan perlu dibayar bayaran lebihmasa.

Maknanya majikan boleh menetapkan masuk kerja jam 10.00 pagi dan tamat jam 8.00 malam. Waktu kerja atau lebih tepat dalam kawalan majikan termasuk waktu senggang/rehat 2 jam dan waktu pekerjaan memang dilakukan selama 8 jam juga boleh ditambah 2 jam sahaja lagi kerja lebihmasa, kerana had seorang itu kerja, rehat dan lebihmasa tidak boleh melebihi 12 jam.

Formulanya = Kerja sebenar dilakukan (8 jam) + tempoh kelapangan/ senggang (2 jam) + kerja lebihmasa (2 jam) = 12 jam sahaja di tempat kerja. Jika lebih seperti 8 + 2 + 3 =13 jam, maka jika tak ada orang lapor le pejabat buroh, pekerja enggan jadi saksi dan bayaran lebihmasa (sebenarnya bukti untuk sabitan) dibuat. Selamat majikan dari didenda RM 10,000.00 satu sabitan

Syarat berikutnya ialah tidak boleh kerja berterusan 5 jam tanpa rehat 30 minit. Maknanya mula kerja jam 10.00 pagi wajib rehat jam 3.00 petang hingga 3.30 petang. Carilah lagi mana nak letak 1 jam 30 minit rehat jika nak pekerja kerja sampai 8.00 malam tanpa perlu bayar bayaran lebih masa.

Tempoh masa 10 jam itu, jika 10.00 pagi hingga 8.00 malam hanya boleh ada 8 jam 'kerja' jika hendak mencapai 48 jam seminggu kerana 8 jam ganda 6 hari ialah 48 jam seminggu. Mengambilkira pekerja perlu direhatkan sehari dalam seminggu.

 Adalah diperingatkan jika majikan telah semasa awal bersetuju hanya kerja 8 jam sehari rehat 1 jam dan 5 hari seminggu. Contohnya masuk kerja jam 9.00 pagi rehat 1.00 petang hingga 2.00 petang dan kembali kerja 2.00 petang hingga 6.00 petang. Jumlah jam kerja ialah 40 jam atau 8 jam ganda 5. 

Jangan majikan memandai-mandai suruh pekerja kerja tambah 8 jam lagi tanpa dibayar bayaran lebihmasa, kerana waktu kerja normal ialah 40 jam bagi kes kerja 5 hari seminggu dan 9 jam sehari termasuk 1 jam rehat.

Tidak ada undang-undang yang memaksa pekerja mencukupkan 48 jam itu, dan majikan tidak boleh mengatakan tak cukup 48 jam maka tiada bayaran lebihmasa kerana 40 jam itulah 'waktu kerja normal' di bawah Akta Kerja 1955. Lebihan 40 jam perlu dibayar bayaran lebihmasa.