Tuesday, July 10, 2018

WAKTU KERJA (SEKSYEN 60A AKTA KERJA 1955)

Undang-undang menggariskan, majikan hanya boleh menetapkan sepuluh jam sehari sebagai waktu kerja meliputi 2 jam rehat yang tempohnya jika melibatkan waktu rehat yang dipecahkan hendaklah tidak kurang 30 minit setiap waktu senggang dan 'kerja' sebenar dilakukan hanya 8 jam sehari. Apa-apa selepas sepuluh jam adalah kerja lebihmasa dan perlu dibayar bayaran lebihmasa.

Maknanya majikan boleh menetapkan masuk kerja jam 10.00 pagi dan tamat jam 8.00 malam. Waktu kerja atau lebih tepat dalam kawalan majikan termasuk waktu senggang/rehat 2 jam dan waktu pekerjaan memang dilakukan selama 8 jam juga boleh ditambah 2 jam sahaja lagi kerja lebihmasa, kerana had seorang itu kerja, rehat dan lebihmasa tidak boleh melebihi 12 jam.

Formulanya = Kerja sebenar dilakukan (8 jam) + tempoh kelapangan/ senggang (2 jam) + kerja lebihmasa (2 jam) = 12 jam sahaja di tempat kerja. Jika lebih seperti 8 + 2 + 3 =13 jam, maka jika tak ada orang lapor le pejabat buroh, pekerja enggan jadi saksi dan bayaran lebihmasa (sebenarnya bukti untuk sabitan) dibuat. Selamat majikan dari didenda RM 10,000.00 satu sabitan

Syarat berikutnya ialah tidak boleh kerja berterusan 5 jam tanpa rehat 30 minit. Maknanya mula kerja jam 10.00 pagi wajib rehat jam 3.00 petang hingga 3.30 petang. Carilah lagi mana nak letak 1 jam 30 minit rehat jika nak pekerja kerja sampai 8.00 malam tanpa perlu bayar bayaran lebih masa.

Tempoh masa 10 jam itu, jika 10.00 pagi hingga 8.00 malam hanya boleh ada 8 jam 'kerja' jika hendak mencapai 48 jam seminggu kerana 8 jam ganda 6 hari ialah 48 jam seminggu. Mengambilkira pekerja perlu direhatkan sehari dalam seminggu.

 Adalah diperingatkan jika majikan telah semasa awal bersetuju hanya kerja 8 jam sehari rehat 1 jam dan 5 hari seminggu. Contohnya masuk kerja jam 9.00 pagi rehat 1.00 petang hingga 2.00 petang dan kembali kerja 2.00 petang hingga 6.00 petang. Jumlah jam kerja ialah 40 jam atau 8 jam ganda 5. 

Jangan majikan memandai-mandai suruh pekerja kerja tambah 8 jam lagi tanpa dibayar bayaran lebihmasa, kerana waktu kerja normal ialah 40 jam bagi kes kerja 5 hari seminggu dan 9 jam sehari termasuk 1 jam rehat.

Tidak ada undang-undang yang memaksa pekerja mencukupkan 48 jam itu, dan majikan tidak boleh mengatakan tak cukup 48 jam maka tiada bayaran lebihmasa kerana 40 jam itulah 'waktu kerja normal' di bawah Akta Kerja 1955. Lebihan 40 jam perlu dibayar bayaran lebihmasa.

1 comment:

  1. Salam… nak tanya.. dalam undang- undang kerja, ada ka & boleh ka waktu rehat selama 3 jam 30 minit?

    ReplyDelete