Monday, February 26, 2018

BOLEHKAH MAJIKAN MENOLAK SURAT PERLETAKAN JAWATAN?

Semasa menonton drama jam tujuh malam, saya tertarik dengan satu babak seorang pekerja menyerahkan surat perletakan jawatan. Majikan dengan tegas menolak surat itu dan menyatakan "Saya tidak meluluskan perletakan jawatan kamu". Tindakan majikan ini kurang tepat, kerana seperti mana majikan berhak memecat seorang pekerja dan semasa pemecatan itu pekerja tidak boleh menolak atau enggan atau tidak setuju dengan pemecatan itu, majikan juga tidak boleh menolak niat atau notis perletakan jawatan itu.

 Hak meletak jawatan ini mutlak kepada pekerja, tidak boleh dihalang walaupun oleh kontrak bertempoh tetap, iaitu ikatan kontrak pekerjaan 3 bulan atau 2 tahun yang biasa berlaku. Sebelum menamatkan tempoh itu pekerja masih berhak meletak jawatan. Isu membayar penalti kerana gagal melengkapkan tempoh adalah isu lain yang perlu ditangani, namun prinsip asal masih jelas iaitu meletak jawatan hak mutlak pekerja dan majikan tidka boleh menolak walaupun dengan alasan yang dibenarkan yang munasabah.

 Kemungkinan punca seolah-olah kelulusan perletakan jawatan ini perlu diberi majikan ialah amalan semasa sumber manusia untuk mengeluarkan surat penerimaan perletakan jawatan atau dalam bahasa inggeris "acceptance of resignation". Amalan ini adalah amalan yang baik supaya majikan dapat memaklumkan secara rasmi kedudukan kerja-kerja tertunggak, cuti-cuti berbaki lain-lain keperluan. Cuma ia bukanlah halangan atau surat keputusan menerima atau menolak surat perletakan jawatan atau tindakan meletak jawatan itu sendiri.

 Ini adalah salah satu ciri sebuah kontrak pekerjaan iaitu tempoh notis. Kontrak pekerjaan boleh ditamatkan, dilupuskan atau diputuskan dengan pemberian notis perletakan jawatan. Walaupun ada kontrak-kontrak lain yang memberikan tempoh notis sebagai kaedah penamatan, notis penamatan bagi suatu kontrak perkhidmatan diberi penekanan khusus dibawah undang-undang dengan memberikan sifat-sifat seperti gaji ganti notis, tempoh-tempoh jika kontak pekerjaan tidak menyebut peruntukan berkaitan notis, malah tuntutan gaji ganti notis adalah tuntutan yang biasa di Mahkamah Buruh.

 Adalah disimpulkan majikan tidak boleh menghalang pekerja yang hantar notis perletakan jawatan dan kelulusan majikan tidak diperlukan untuk meletak jawatan.

41 comments:

  1. Assalam tuan,

    Mohon pencerahan mengenai kes saya.

    Dlm contract sy, notis berhenti sy ialah serve 2 bulan notice atau byr notice 2 bulan.

    Saya dah tender pada 12/2/2018 dan menyatakan dgn jelas mengenai perlepasan awal sy dan tarikh akhir saya berhenti ialah 23/2/2018. Bayaran notice sy akan dibayar oleh majikan sy yg baru (buy-out). Sy dpt acceptance pemberhentian melalui email dari bos lama sy dan hanya perlu menunggu surat jumlah buy out utk diserahkn pada majikan baru. Masalah timbul apabila, bos baru tidak benarkn sy berhenti kerana ada kerja yg belum selesai dan paksa sy utk serve 2 bulan notice. Sy dgn hormat menolak pemintaan beliau tetapi telah menyebabkan surat buy out dan surat rasmi pemberhentian di tahan oleh HR. Utk makluman sy akan report duty di tempat baru awal bulan March. Persoalan sy:
    1. Adakah sy dituduh MIA selepas 23/2/2018, seperti yang diclaim oleh bos baru sy.
    2. Apakah tindakan sy salah sekiranya tidak hadir selepas 23/2/2018.
    3. Bolehkah tindakan undang undang diambil keatas saya oleh majikan lama saya.
    4. Adakah notis sy masih valid walau bos bru sudah reject/tidak terima notis early realease sy.
    5. Apakah tindakan yg sy boleh ambil ke atas majikan lama sy.
    6. Dlm kes saya, adakah waiver of notice period tu applicable, maksud majikan boleh menolak utk tidak terima notis sy.

    Harap tuan boleh bantu sy dan reply secepat mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. ya MIA kerana surat sudah kata last day 23.2.18.
      2. Majikan boleh halang kamu masuk selepas 23.2.18 kerana surat asal berhenti seperti 1.
      3. Ya kerana kamu langgar kontrak notis tak cukup.
      4. Notis lama valid, sehingga kedua-dua pihak setuju membatalkannya.
      5. Tiada tindakan kerana kamu yang langgar dahulu bila putuskan membuat variasi kepada tempoh asal notis 2 bulan.
      6. Tiada isu tolak notis di sini. Kamu telah memutuskan (dengan janji majikan baru) untuk tidak patuh notis dua bulan. Majikan lama wajib terima notis tidak cukup itu seterusnya mengheret kamu ke mahkamah walaupun janji buy-out berlaku. Majikan lama tiada hak tolak notis yang tidak mencukupi itu. Melainkan dirundingkan semula dan kedua-dua pihak memateri perjanjian lain maka, notis pertama kamu yang tidak mematuhi notis asal adalah sah dan hari terakhir ialah 23.2.2018. majikan pula terus sahaja tuntut dari kamu baki gaji ganti notis.

      Delete
  2. Tuan,

    Terima kasih kerana menjawab soalan sy diatas. Mohan tuan jelaskn lg soalan sy seperti dibawah:

    1. Kenapa sy MIA sekiranya sy dah jelaskn tarikh akhir sy bekerja seperti didalam surat berhenti. Bukankah sy sepatutnya dikira sebagai tidak lagi bekerja dgn company tersebut. MIA macam sy pulak yg salah.
    2. Bagaimana sy dikatakan telah melanggar kontrak, sedangkan dalam kontrak sy menyatakan sy boleh membayar notis sy. Dlm kes ini company bru yg akan membayarnya.
    3. Bagaimana company bru sy ingin bayar notis, jika surat dari company lama tidak dikeluarkan dan ini telah menyebabkan gj akhir sy ditahan ats sebab tidak lg membayar notis. Apa sy boleh buat? Bolehkah sy ambil tindakan.
    4. Kenapa sy pula diheret ke mahkamah sedangkan sy ingin membayar notis sy, tetapi macam yg saya katakn didalam point no.3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melibatkan pihak ketiga seperti buy-out adalah masalahnya. Dalam kontrak anda menyatakan boleh bayar gaji ganti notis. Tanpa jaminan dalam bentuk memorandum yang ditandatangani oleh pekerja, majikan dan pihak ketiga dalam kes ini majikan baru, buy-out hanyala alasan untuk pergi lebih awal dan tidak melepaskan tanggungjawab pekerja membayar sendiri gaji ganti notis itu. Segalanya selesai jika pada 23hb hari terakhir anda bayar kepada bekas majikan atau pihak yang buy-out melangsaikan bayaran. Maka dari sudut undang-undang terlepas untuk maksud MIA dan sebagainya, kerana telah membayar gaji ganti notis untuk tempoh notis yang tidak disempurnakan.

      Secara umum jika majikan tidak setuju atau engggan terima dengan alasan kerja tidak siap atau hand-over tak sempurna tidak timbul dan tidak boleh digunakan majikan jika pekerja tidak cukup notis itu bayar pada hari terakhir kontrak yang dimaksudkan.

      Delete
    2. Tp Tuan, persoalannya, majikan lama, melewatkan surat utk jumlah bayaran yg perlu dibayar, dengan memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah. Dan ini menyebabkan gj ditahan dan sudah melebihi tarikh berhenti. Mcm mana nk bayar jika surat tidak dikeluarkn.

      Delete
    3. Secara umum boleh sahaja ke pejabat buroh untuk anggaran yang perlu dibayar. Bukan tanggungjawab majikan secara bersendirian untuk kemuka jumlah tertunggak sebaliknya atas persetujuan dua pihak. Jika bekas majikan enggan Dari sudut pengiraan hanya perlu hitung berapa yang diperolehi gaji hingga hari terakhir kerja.Kemudian dihitung bayaran gaji ganti notis yang ditolak pula jumlah bayaran yang tertunggak kepada pekerja. Bayaran sahajalah jumlah itu. Jika majikan enggan terima persoalan awal dahulu perlu diinsafi bahawa memang bekas pekerja gagal patuhi tanggungjawab sendiri sebaliknya mengharapkan pihak ketiga (majikan baru) tanpa jaminan bertulis. Atau bekas majikan sengaja mendera bekas pekerja yang sebenarnya yang menang jadi arang yang kalah jadi abu. Saya masih berpegang jika suatu memorandum telah ditandatani 3 pihak tiada masalah timbul.Isu ini kerana buy out yang tidak teratur.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Notis 1 hingga 19, kerja hingga 12 lepas tu absent. Jika majikan mahu dia boleh kira gaji hingga 12 dan kira gaji ganti notis 13 hingga 19 iaitu 7 hari. 12 tolak 7 berbaki 5 hari yang perlu dibayar kepada pekerja.

      Atau hitung 12 hari gaji kemudian hitung 13 hingga 30 iaitu 18 hari. Kemudian 18 hari tolak 12 ada 6 hari pekerja perlu bayar majikan. Kerana pekerja berhenti pada 12 bukan pada 19 seperti persetujuan menjadikan selepas 19 sebagai cuti tanpa gaji. Kegagalan pekerja mematuhi tarikh 19 menyebabkan terma baru tanpa gaji luput.

      Isu elaun tambahan, menipu, hidden boleh dijadikan pembelaan jika majikan menuntut kelak.

      Terdapat 3 angka pilihan
      1. Minta syarikat bayar 5 hari tapi majikan akan cabar kerana berhenti 12 bukan 19.
      2. Bayar 950 kerana itu yang majikan mahu, sila dapatkan resit.
      3. Admin lebih cenderung pekerja bayar 6 hari kepada majikan kerana asas undang-undang buroh, kerja 12 hari dan layak dibayar gaji, berhutang gaji ganti notis 18 hari dengan majikan. Gaji tolak gaji ganti notis = 6 hari gaji ganti notis perlu dibayar pekerja kepaa bekas majikan.

      Delete
  4. Assalamualaikum Tuan. Terima kasih atas pencerahan. Tapi ada beberapa perkara lg untuk tanya sebelum sy menghubungi pihak majikan

    Syarikat close account pd setiap 25 haribulan, oleh itu 26hb merupakan hari pertama bekerja pd bulan seterusnya

    26/2/2018 - 9/3/2018 (saya berkerja seperti biasa + OT)

    Kemudian pd bulan Mac sy tender resignation yg sepatutnya 1bulan. Tetapi mendpt persetujuan pihak atasan utk tender less than 1 month notice, oleh itu 19/3/2018 hari terakhir sy berkerja (dalam notis)

    Pd 1/3/2018 - 19/3/2018 sy bekerja dan 20-25/3/2018 unpaid leave

    1. Saya mula tidak hadir berkhidmat pd 12/3/2018 - 19/3/2018 iaitu tarikh terakhir saya seperti dlm notis dan selebihnya sememangnya saya unpaid leave seperti didalam notis

    2. Kiraan roughly saya mmg seminggu sahaja tak hadir, tapi company kira 19/30 x 15000 = RM950

    3. Bgaimana cara utk sy mmbuat pmbyaran, direct mereka atau melalui peg buruh ?
    Saya nk dptkan kepastian admin sebelum menghubungi mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ganjakkan sahaja tarikh supaya bersesuaian dengan close account pada 26hb. Hubungi majikan dan tawarkan dahulu pengiraan yang kamu rasakan betul, jika majikan dan kamu setuju signlah memorandum. Pejabat buroh hanya dilibatkan jika tiada penyelesaian dicapai. Tiada jaminan/ kepastian untuk penyelesaian kerana pekerja tidak patuh persetujuan asal iaitu kerja hingga 19hb. Maka tertakluk kepada rundingan dua pihak iaitu pekerja dan majikan. Pejabat buroh pun tidak akan secara penuh menyokong tindakan jika pekerja sendiri tidak mematuhi persetujuan kerja hingga 19hb kecuali ada bahaya pada diri atau tanggungan.

      Delete
  5. Salam tuan.
    Tuan, jika pekerja meletakan jawatan dengan notis sebulan dan telah dipersetujui oleh majikan. Walaubagaimanapun, dlm tempoh sebulan tersebut pekerja ada tidak datang kerja. Katakan pada pertengahan tempoh sebulan tersebut.
    Dalam kes pekerja tidak datang bekerja di antara waktu tempoh sebulan notis, pekerja akan dipotong gaji atau pekerja dikehendaki membayar kepada majikan?

    ReplyDelete
  6. Yang tak datang potong gaji.

    ReplyDelete
  7. Salam tuan saya bkrja di sebuah bank, saya ingin btnya jika saya ingin meltak jwntn dlm "probation period " sy perlu memberi sebulan notis seperti dlm LO sy. Persoalan nya jika majikan sy mengarah kan sy utk bhnti "with immediate effect " adkah sy perlu mbyr ganti rugi / gaji sy juga tidak akan dbayar? Adkah majikan sy ad hak yg sebegitu? Mohon pencerahan?

    ReplyDelete
  8. Jika majikan mengarahkan berhenti serta merta, pekerja bolehlah menuntut satu bulan gaji ganti notis seperti LO. Majikan berhak memecat serta merta jika pekerja didapati bersalah kerana salahlaku setelah melalui suatu "siasatan yang wajar". Penamatan serta-merta oleh majikan, pekerja dibayar gaji sehingga hari akhir dan pekerja tidak perlu bayar ganti rugi kerana tindakan pemecatan oleh majikan.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya bayar tak CTOSlah. Jika tak bayar CTOS. Perlu rujuk CTOS adakah majikan boleh CTOSkan pekerja.

      Delete
  10. Salam Tuan Rusli, mcm mana nk contact tuan? Email atau any contact? Ada beberapa pertanyaan berkenaAn Tuntutan gaji. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya hanya menjawab komen melalui blogspot sahaja kerana tidak lagi berkhidmat di Pejabat Buroh. Tanyalah soalan ringkas, insyallah akan dijawab melalui ruangan komen juga ringkasnya.

      Delete
    2. Boleh ker saye benti 24 jam kalo xd offer letter dan confirmation?

      Delete
  11. hai...saya pekerja under 1 year contract dengan gaji basic rm1200 , saya baru bekerja dalam 4 bulan dan inhin berhenti kerana majikan suka memberi saya tekanan , majikan suka melepaskan kemarahan dia dengan saya , dan saya rasa sangat tidak selesa dan ingin berhenti , persoalan sya

    1:jika saya hantar notis 2 minggu(sepatutnya 1 bulan) mulai 17june dan tarikh akhir adalah 1july,boleh ka baki notis 2 minggu tu lagi di tolak dari gaji saya pada bulan June ?

    2:memandangkan sya masih dalam kontrak , majikan ada hak untuk menolak surat resign saya tak ?

    ReplyDelete
  12. Adakah pekerja berhak untuk menolak jawatan yang ditawarkan oleh majikan? Contoh: pekerja tidak mempunyai minat/kebolehan dalam bidang yang ditawarkan

    ReplyDelete
  13. (saya merujuk kepada surat kenaikan pangkat oleh majikan tmpt bekerja skrg)

    ReplyDelete
  14. Sy nk mnta pndpt... Sy kerja di johnys restaurant slme 3 buln.. Sy prnah bg notis bhnty tp dtolak... Blh ke mcm tu? ? Adkaah sy ade hak untk bkras untk bhnty kerja

    ReplyDelete
  15. Assalam tuan, bolehkah majikan menolak notis dengan alasan tidak boleh terima alasan perletakan jawatan oleh pekerja?

    ReplyDelete
  16. salam,
    pertanyaan saya, jika majikan saya tidak benarkan saya berhenti kerja walaupun sudah hantar notis 3 bulan seperti dalam offer letter.
    saya hantar notis pada 5/10/18, last day of work 5/1/19. jika saya berhenti selepas hantar notis tetapi majikan tidak melepaskan saya, adakah majikan boleh mengambil apa apa tindakan pada saya, kerana dalam offer letter ada tertulis notis should be autorize by company director. tetapi sekarang director yang tidak mahu melepaskan saya.

    ReplyDelete
  17. Assalam sy nak tanya, boleh ke kita hantar surat perletakan jawatan sebelum tarikh Domestic Inquiry? Kerana saya yakin saya tidak akan menang dalam DI?

    ReplyDelete
  18. Salam tuan..tumpang tanya..resign letter yang official yang company sendiri keluarkan tu surat rasmi atau tidak ye?sebab surat saya di hold atas alasan tidak bagi surat rasmi

    ReplyDelete
  19. Salam,
    Jika pekerja telah bagi 1 bulan notis dari (1/11/19 - 30/11/19)dan dalam tempoh 1 bulan notis berhenti itu pekerja telah cuti tanpa gaji selama (2) hari (10/11 & 11/11). Adakah boleh majikan tolak gaji cuti tanpa gaji tersebut dan 2 hari (in lieu of notice)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, maaf ganggu.
    Saya mendapat tawaran di tempat kerja baru dan mereka suruh saya masuk kerja pada tarikh yang tertentu. Tetapi tempat kerja saya sekarang refused untuk let go dengan alasan diorang tak boleh terima surat resignation saya sampai lah diorang dapat penganti baru. Apa yang patut saya lakukan?

    ReplyDelete
  21. Salam. Saya Anna. Saya nak tanya, saya baru sahaja dapat surat sura jabatan buruh mengenai tuntunan dari company yang sy brenti kerja hari tu. Sebelum brenti keje, sy hantar surat resign 24jam melalui email.

    5 February ni, sy kena pergi ke jabatan buruh berkenaan kes ni.

    Boleh bantu sy ? Sy kerja kat situ selama 2 bulan lebih je, sy ada sign 1 surat contract, masa tu sy tidak diberitahu mengenai contract tersebut, sy tidak baca. Sy pikir tu offer letter.

    Apa patut sy buat?

    ReplyDelete
  22. adakah kewajipan HR untuk minta surat tawaran kita, lepas kita hantar notis 24jam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tiada plan kerja di mana2, tapi dia minta surat tawaran, adakah dia akan hold notis pemberhentian saya?

      Delete
    2. Notis awak sebab apa ? Kalau ditawarkan kerja tempat lain , kena tunjuk , lagi satu kalau notis 24jam selalunya kena bayar sebulan gaji

      Delete
  23. Boleh ker saye benti 24 jam sebab tiada confirmation?

    ReplyDelete
  24. Salam nk Tanya jika majikan waive notice berhenti saya (2 minggu ) & Minta saya last day Pada hri hantar notis tersebut Apa Komen pihak Tuan tentang gaji saya ..adalah dibayar ikut Hari bekerja atau juga termasuk notis 2 minggu.tq

    ReplyDelete
  25. Hai saya ada soalan.
    Saya bekerja di salah sebuah syarikat sudah 2 tahun setengah kami terikat dengan contract, setahun sekali akan renew.. Dalam kes saya, contract saya telah habis pada bulan june dan masih tiada apa maklumat yg contract saya renew dan hod belom sign apa2 lagi saya pnya mcm appraisal la.. Pada minggu lepas, saya tela mendapat panggilan tawaran pekerjaan yg lebih baik dan saya telah terima dan sudah pergi ke temuduga.. Surat berhenti kerja 2 minggu telah diberi kepada HOD saya untuk sign.. Saya dapat arahan untuk berjumpa HOD tapi apabila saya berjumpa dengannya dia mengatakan saya sibuk nanti petang baru bincang, dan sehingga kini saya x berjmpa dengan HOD saya. Pertanyaan saya adalah, tidak salahkan klau saya bagi notis 2 minggu kerana tiada apa ikatan sbb contract sudah habis. Dan jika HOD saya tidak mahu sign adakah saya boleh beehenti dan tidak perlu apa2 pembayaran ke.. Kerana di tempat baru saya sudah pon menandatangani appoinment letter.

    ReplyDelete
  26. saya ada sign offer letter, bokeh tak saya reject atas alasan sebab tertentu...dan adakah tindakkan undang2 akan di kenakan pada saya...

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum, saya nak tanya , kalau buat notis sebulan , adakah saya perlu berkhidmat sampai tarikh sebulan notis tu ? Dan adakah gaji saya akan dibayar ?

    ReplyDelete
  28. Salam, saya telah bekerja selama 10 bulan, pernah diberikan surat offer dan confirmation tetapi telah ditarik balik sebelum menyain surat tersebut. Bolehkah saya menjadikannya alasan untuk berhenti dan beri notis 24jam?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum,saya telah berkerja selama 16 tahun dan mendapat tawaran bekerja di tempat yg lebih baik dgn gaji yg lebih tinggi.apabila saya menghantar notis berhenti kerja,saya ditawarkan/countrr offer dari hr tempat saya bekerja dan saya menolak tawaran di tempat baru.Akan tetapi selepas 1 bulan tawaran counter offer
    direject oleh pihak atasan.bolehkah saya rujuk pekara ini kepada jtk

    ReplyDelete
  30. Salam, saya telah bekerja 7bln. Saya telah mendapat tawaran tempat baru dalam masa yang sama, saya baru sahaja mendapat surat confirm dari majikan sekarang.
    Bolehkah pekerja menolak surat confirm tersebut? Surat Confirm perlu persetujuan pekerja ke tidak perlu?

    ReplyDelete