Semasa menonton drama jam tujuh malam, saya tertarik dengan satu babak seorang pekerja menyerahkan surat perletakan jawatan. Majikan dengan tegas menolak surat itu dan menyatakan "Saya tidak meluluskan perletakan jawatan kamu". Tindakan majikan ini kurang tepat, kerana seperti mana majikan berhak memecat seorang pekerja dan semasa pemecatan itu pekerja tidak boleh menolak atau enggan atau tidak setuju dengan pemecatan itu, majikan juga tidak boleh menolak niat atau notis perletakan jawatan itu.
Hak meletak jawatan ini mutlak kepada pekerja, tidak boleh dihalang walaupun oleh kontrak bertempoh tetap, iaitu ikatan kontrak pekerjaan 3 bulan atau 2 tahun yang biasa berlaku. Sebelum menamatkan tempoh itu pekerja masih berhak meletak jawatan. Isu membayar penalti kerana gagal melengkapkan tempoh adalah isu lain yang perlu ditangani, namun prinsip asal masih jelas iaitu meletak jawatan hak mutlak pekerja dan majikan tidka boleh menolak walaupun dengan alasan yang dibenarkan yang munasabah.
Kemungkinan punca seolah-olah kelulusan perletakan jawatan ini perlu diberi majikan ialah amalan semasa sumber manusia untuk mengeluarkan surat penerimaan perletakan jawatan atau dalam bahasa inggeris "acceptance of resignation". Amalan ini adalah amalan yang baik supaya majikan dapat memaklumkan secara rasmi kedudukan kerja-kerja tertunggak, cuti-cuti berbaki lain-lain keperluan. Cuma ia bukanlah halangan atau surat keputusan menerima atau menolak surat perletakan jawatan atau tindakan meletak jawatan itu sendiri.
Ini adalah salah satu ciri sebuah kontrak pekerjaan iaitu tempoh notis. Kontrak pekerjaan boleh ditamatkan, dilupuskan atau diputuskan dengan pemberian notis perletakan jawatan. Walaupun ada kontrak-kontrak lain yang memberikan tempoh notis sebagai kaedah penamatan, notis penamatan bagi suatu kontrak perkhidmatan diberi penekanan khusus dibawah undang-undang dengan memberikan sifat-sifat seperti gaji ganti notis, tempoh-tempoh jika kontak pekerjaan tidak menyebut peruntukan berkaitan notis, malah tuntutan gaji ganti notis adalah tuntutan yang biasa di Mahkamah Buruh.
Adalah disimpulkan majikan tidak boleh menghalang pekerja yang hantar notis perletakan jawatan dan kelulusan majikan tidak diperlukan untuk meletak jawatan.
Showing posts with label acceptance of resignation. Show all posts
Showing posts with label acceptance of resignation. Show all posts
Monday, February 26, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)