Thursday, July 26, 2018

KERJA SABTU JIKA SABTU DAN AHAD ADALAH CUTI HUJUNG MINGGU

Gaji yang dijanjikan semasa awal membentuk kontrak perkhidmatan/ pekerjaan tertakluk kepada Akta Kerja 1955, merangkumi hari dan waktu kerja normal dan tempoh-tempoh tidak bekerja di bawah undang-undang.

Semua kerja dilakukan melebihi hari dan/atau waktu kerja normal seperti pada cuti kelepasan, hari rehat hendaklah dibayar tambahan.

Jika majikan menawarkan Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu ia adalah seperti waktu rehat 30 minit selepas kerja 5 jam di bawah 60A, hari dan waktu kerja yang dipersetujui tertakluk kepada sekatan-sekatan di bawah Akta Kerja 1955 adalah suatu pakej.

Hari dan waktu kerjanya sekian-sekian, hari dan waktu tidak bekerjanya sekian-sekian. Gangguan kepada hari dan waktu tidak bekerja itu seperti arahan datang kerja pada hari kelepasan am/public holiday atau hari rehat telah ditetapkan undang-undang perlu dibayar.

Akta telah menjamin kadar minima khusus untuk keadaan ini, 1.5 untuk lebih masa normal, 1+2 untuk kerja hari kelepasan, 0.5 atau 1 pada hari rehat mingguan dan pelbagai lagi kadar berdasarkan tempoh tidak berkerja yang diganggu oleh arahan datang kerja oleh majikan.

Malah jika diamati peruntukan hari rehat di bawah akta, jika ada dua maka Ahad adalah hari rehat dan Sabtu bukan. Akibat tafsiran ini selain hari terakhir dari jujukan hari-hari yang menjadi hari rehat akan menerima nasib sebagai hari yang TIADA KADAR MINIMA untuk kerja yang dibuat pada hari itu atau lebimasa dibuat pada hari itu.

Kelaziman kini pembayaran kerja hari Sabtu jika Sabtu dan Ahad adalah cuti mingguan adalah berasaskan kadar 1.5 kerana kerja itu melebihi waktu normal, walaupun bukan untuk lebihan waktu dalam sehari. Seperti kehendak  'in excess of the normal hours of work per day' di bawah 60A(3)(b)

Walaupun begitu sekiranya untuk maksud pembayaran kerja Sabtu, majikan memilih membayar kadar sama dengan Ahad, hujah kadar 1.5 hanya untuk lebihan waktu normal sehari kedengaran lojik dan kerja pada hari Sabtu tidaklah perlu mengikutinya, 

Berdasarkan illustrasi pula dengan kiraan RM 5 X 8 X 1.5 jumlah terbayar ialah RM 60 jika kadar 1.5 diguna, manakala jika ambil kadar kerja pada Ahad 8 jam pertama hanya RM 40 dibayar untuk Sabtu itu.

Walaupun saya berpegang pada prinsip jika terdapat lebih dari satu tafsiran berkaitan sesuatu fakta yang melibatkan hubungan majikan dan pekerja, maka tafsiran atau pendapat yang menguntungkan pekerja harus diberi pertimbangan yang lebih namun kadar bayaran kerja Sabtu ini pada saya melibatkan  tiga kadar yang boleh dipertimbangkan iaitu;

1. Kadar 1.5, kerana ia melebihi waktu kerja normal. Kadar ini sebenarnya khusus kepada lebihmasa dalam satu hari.

2. Apa-apa kadar boleh dibayar, kerana Sabtu akan jadi 0 (zero time) kerana ia tidak termasuk dalam pakej hari dan waktu berkerja biasa, ia akan menjadi waktu tambahan kerja maka perlu dibayar. Memandangkan akta tidak secara khusus menangani kadar kerja pada hari Sabtu dan lebihmasa hari Sabtu ini maka atas persetujuan antara majikan dan pekerja atau paksaan majikan suatu kadar dipilih untuk dibayar kepada pekerja yang berkerja atau berkerja lebihmasa pada Sabtu.

3. Satu lagi kadar yang boleh dipertimbangkan ialah membayar ikut kadar  'hari rehat' di bawah Bahagian  XII. Jika diamati, peruntukan undang-undang menyebut jika terdapat jujukan hari rehat, hari terakhir ialah 'hari rehat' untuk tujuan Bahagian XII. Maknanya sehingga perkataan 'hari terakhir' itu, jujukan hari rehat itu mempunyai sifat yang sama dengan  'hari rehat' yang satu di Bahagian XII. Bagi maksud penyeragaman hingga undang-undang dipinda, kadar bayaran kerja pada jujukan hari rehat dan berkerja lebihmasa pada jujukan hari rehat selain 'hari rehat' di Bahagian XII bolehlah menggunakan kadar yang sama untuk 'hari rehat' di bawah Bahagian  XII.

Penggunaan kadar ini bukanlah muktamad, lain-lain sekatan dan kelebihan 'hari rehat' di bawah Bahagian XII adalah kekal. Membayar kadar jujukan hari rehat dengan kadar 'hari rehat' Bahagian XII adalah pandangan peribadi saya.

Saya secara peribadi menganggap kerja Sabtu perlu bayaran tambahan. Kadar itu biarlah pihak berkuasa tetapkan.

No comments:

Post a Comment