Tuesday, July 10, 2018

TEMPOH MASA 10 JAM (SPREAD-OVER PERIOD OF 10 HOURS)

Undang-undang membenarkan majikan menetapkan dari jam berapa hingga jam berapa pekerja perlu hadir berkerja. Sebagai contoh dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang, 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Sebenarnya hak majikan bukan dikawal berdasarkan dari jam berapa hingga jam berapa tetapi jumlah jam yang dibenarkan di bawah seksyen 60A, Akta Kerja 1955.

Tempoh masa (spread-over period) 10 jam
Ia merujuk kepada jumlah jam sebenar berkerja iaitu 8 jam sehari dan 48 jam seminggu. Majikan tidak boleh menetapkan waktu kerja yang memisahkan 8 jam itu dengan tempoh masa (spread-over period) melebihi 10 jam. 10 jam itu pula melibatkan 8 jam 'kerja sebenar dilakukan' dan 2 jam lagi waktu kelapangan (period of leisure)

Sebagai contoh pemadu bas kilang yang waktu mengambil pekerja kilang tidak boleh sebenarnya waktu kerjanya bermula jam 4.00 pagi hingga 8.00 pagi kemudian rehat dari 8.00 pagi hingga 4 petang. Selepas itu mula kerja semula jam 4.00 petang hingga 8.00 malam.

Waktu kelapangan (period of leisure)
Waktu kelapangan ialah rehat tanpa gangguan majikan dalam tempoh tidak kurang 30 minit berterusan. Jika majikan menetapkan minum pagi 15 minit dan minum petang 15 minit, mengikut tafsiran ia adalah sebahagian 8 jam  'kerja sebenar dilakukan' berbanding 2 jam waktu kelapangan daripada keseluruhan tempoh masa 10 jam itu. 15 minit tidak boleh di tambah 15 minit menjadi 30 minit untuk mendapat tempoh minima waktu kelapangan di bawah seksyen 60A itu. Anda boleh membuat jenaka hukum matematik 15 + 15 = 30 tidak terpakai di sini, dan 15 + 15 = 0 di bawah seksyen 60A, Akta Kerja 1955 untuk memudahkan mengingati prinsip di bawah seksyen ini.

Pemandu bas kilang
Majikan sebaliknya hanya boleh menetapkan mula kerja jam 4.00 pagi hingga 12.00 tengahari (8 jam) sebagai waktu kerja normal dan 4.00 petang hingga 8.00 malam sebagai kerja lebihmasa.
Jika menetapkan 4.00 pagi hingga 2.00 petang waktu kerja meliputi 8 jam kerja sebenar dan 2 jam rehat pula akan menyebabkan hanya ada 2 jam lagi iaitu 4.00 petang hingga 6.00 petang sebagai had kerja tidak melebihi 12 jam dalam sehari. Jam 6.00 petang hingga 8.00 malam adalah waktu kerja tidak sah dan majikan boleh didakwa di mahkamah.

Kesimpulan
Bagi pengamal pengurusan sumber manusia, bolehlah memahirkan diri dengan seksyen 60A, Akta Kerja 1955 untuk menjawab soalan-soalan lazim berkaitan waktu kerja.

1 comment:

  1. Kalau kerja 5 hari seminggu dan 9 jam kerja sehari termasuk rehat(40 jam sahaja seminggu).,...waktu kerja spread over ialah dari pukul 4.30 pagi hingga 20.00(8 malam) di kira berapa jam ot dapat tuan

    ReplyDelete