Sunday, July 15, 2018

ELAUN BERSALIN

Semua pekerja wanita yang berkerja secara sah di Malaysia  layak menerima perlindungan bersalin di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265). Secara umum setiap kali bersalin pekerja wanita layak cuti bersalin tanpa gaji/ tanpa bayaran selama 60 hari bagi setiap kelahiran.

Tertakluk kepada beberapa syarat, cuti bersalin tanpa bayaran akan bertukar kepada cuti bersalin dengan dibayar elaun bersalin.

Kadar elaun bersalin
Kadar elaun bersalin ialah RM 6.00 sehari atau gaji sehari semasa, mana-mana yang lebih tinggi. Kadar RM 6.00 ini adalah di bawah perintah yang juga diperbuat di bawah Akta Kerja 1955.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum layak dibayar elaun bersalin adalah;

Hamil 22 minggu
Seorang pekerja wanita yang melahirkan anak setelah hamil 22 minggu layak untuk cuti bersalin tanpa gaji selama 60 hari berterusan.

Walaupun ia adalah syarat asas untuk mendapat cuti bersalin tanpa gaji, namun jika syarat ini tidak dipenuhi, misalnya hamil 20 minggu dan 'keguguran' selain tidak layak cuti bersalin pekerja juga sudah tentu tidak layak dibayar elaun bersalin. Jika 'keguguran' setelah hamil 23 minggu maka ia adalah 'bersalin' di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955.

Kelahiran ini tanpa mengira anak hidup atau meninggal. Status perkahwinan juga tidak menjadi isu dalam melayakkan diberi cuti bersalin ini.


90 hari dalam tempoh 9 bulan kehamilan 
Syarat berikutnya ialah dalam tempoh 9 bulan kehamilan itu pekerja wanita secara berterusan atau agregat (dipisah-pisahkan) tempohnya diambil kerja berjumlah 90 hari.

Sebagai contoh pekerja yang bersalin pada 31 Julai 2018 berkerja mulai 15 April 2018 jika sepanjang tempoh 15 April 2018 hingga 30 Julai 2018 tidak pernah meletak jawatan atau di berhentikan majikan hingga mengurangkan jumlah hari dia di ambil berkerja ialah 90 hari.

Tafsiran diambil kerja (employed) itu seharusnya meliputi hari rehat, hari kelepasan am dan lain-lain hari yang majikan benarkan pekerja tidak hadir kerja termasuk cuti tanpa gaji.

4 bulan sebelum kelahiran masih pekerja.
Syarat kedua ialah pekerja wanita itu masih berkerja di mana-mana 4 bulan sebelum bersalin. Sebagai contoh pekerja yang bersalin pada 25 Julai 2018, jika hari terakhir kerjanya ialah pada 25 Mac 2018 maka layak dibayar elaun bersalin berdasarkan illustrasi ini

i)   1 bulan-25 Mac 2018 - 24 April 2018
ii)  2 bulan-25 April 2018-24 Mei 2018
iii) 3 bulan-25 Mei 2018-24 Jun 2018
iv) 4 bulan-25 Jun 2018-24 Julai 2018

Jika pekerja berhenti kerja sebelum 25 Mac 2018 maka beliau tidak layak dibayar elaun bersalin. 

5 anak
Majikan hanya wajib bayar elaun bersalin  untuk 5 orang anak sahaja.

Jika semasa berkerja dengan majikan terdahulu telah ada 4 anak, maka elaun bersalin hanya wajib untuk 1 orang anak sahaja bagi majikan baru.

Notis kehamilan pekerja meletak jawatan
Jika pekerja berhasrat berhenti kerja  4 bulan sebelum bersalin, dan berniat dibayar elaun bersalin walaupun bukan lagi pekerja maka perlu memaklumkan majikan.

Isu teknikal
Pembayaran elaun bersalin melibatkan banyak isu teknikal dan angka-angka serta bacaan tarikh-tarikh. Adalah wajar jika terdapat ketidakfahaman maka rujuklah Pejabat Tenaga Kerja berhampiran.

1 comment:

  1. Salam..sy ingin bertanya saya sekarang sedang cuti bersalin selama 60 hari..30 hari telah berlalu, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dan ingin menghantar notis berhenti kerja selama sebulan persamaan tempoh baku cuti bersalin saya..adakah saya masih layak untuk di bayar elaun bersalin jika saya dalam tempoh notis berhenti kerja?

    ReplyDelete