Tuesday, July 17, 2018

KEWAJIPAN SURAT LANTIKAN (LETTER OFFER)

DOKUMEN YANG WAJIB DIBERIKAN KEPADA PEKERJA

Pekerja-pekerja di bawah Jadual Pertama, Akta Kerja 1955(Akta 2665) yang dijangka akan berkerja melebihi 1 bulan wajib di beri sesalinan surat lantikan yang mengandungi;

1. Nama dan nombor kad pengenalan.
2. Jawatan.
3. Gaji pokok.
4. Kadar elaun
5. Kadar bayaran lebihmasa.
6. Lain-lain kemudahan.
7. Jumlah jam berkerja normal sehari dipersetujui.
8. Tempoh notis atau bayaran gaji ganti notis dipersetujui.
9. Jumlah hari kelepasan am berbayar dan cuti tahunan berbayar.
10. Tempoh Upah.

Gagal beri sesalinan, gagal sediakan kontrak bertulis atau tidak cukup 10 perkara di atas, jika sabit di mahkamah akan didenda RM 10,000.00 setiap kesalahan.

DOKUMEN-DOKUMEN LAIN.'

Selain surat lantikan majikan juga wajib memberi sesalinan penyata gaji kepada pekerja-pekerja.

Dokumen lain yang menjadi persoalan adalah sijil-sijil latihan, sijil suntikan, surat pengesahan jawatan dan pelbagai dokumen melibatkan pekerja.

Bagi dokumen seperti sijil-sijil latihan dan suntikan Typhoid yang dibayar majikan atau atas biaya sendiri oleh pekerja kerana keperluan pekerjannya tiada paksaan undang-undang untuk memberikan salinan kepada pekerja.

Sungguh pun Akta Kerja 1955 tidak memaksakan pemberian sesalinan kepada pekerja, jika telah diletakkan dalam polisi syarikat bertulis atau lisan, dipersetujui di bawah kontrak perkhidamatan atau ada undang-undang lain yang mengesahkan pemilikan sijil-sijil atau dokumen-dokumen berkaitan, majikan tiada urusan menyimpan sijil-sijil atau dokumen-dokumen yang jelas tertera nama pekerja.

Bagi sijil-sijil dengan nama pekerja tanpa tanda-tanda bukti perkaitan dengan majikan, sekiranya terlalu terdesak untuk memilikinya, maka pekerja bolehlah membuat laporan polis bahawa majikan memiliki dokumen (sijil) secara tidak sah (curi). Cuma akhirnya jika itu berlaku tiada bolehlah kerja dengan majikan itu

Surat pengesahan jawatan tidak termasuk dokumen wajib diberi kepada pekerja namun ia adalah bergantung kepada syarat seperti dokumen-dokumen lain. Cuma adalah amalan baik untuk memberitahu secara rasmi seseorang telah disahkan jawatan atau tidak bagi memudahkan pekerja meneruskan tindakan lain untuk maksud kerjaya beliau.

1 comment:

  1. Salam tuan, saya telah mendapat offer letter dan bersetuju lapor diri di tempat baru pada tarikh 16 October 2019. Saya resigned pada 13 Sept 2019. Tetapi pada minit akhir saya dihalang majikan baru untuk lapor diri kerana majikan lama telah menuduh saya berkelakuan buruk. Apakah pilihan yang saya ada? Bolehkah saya mengheret majikan baru atau lama ke mahkamah?

    ReplyDelete