Showing posts with label Seksyen 13 Akta Kerja 1955. Show all posts
Showing posts with label Seksyen 13 Akta Kerja 1955. Show all posts

Monday, July 23, 2018

BERAPA JUMLAH PERLU DIBAYAR UNTUK MENEBUS KONTRAK PEKERJAAN

Pekerja-pekerja terjadual (scheduled employee) boleh menebus diri dari suatu kontrak pekerjaan dengan membayar gaji ganti notis bersamaan jumlah gaji terbayar kepada pekerja  jika  notis seperti seksyen 12 Akta Kerja 1955 disempurnakan.

Jumlah maksima yang perlu dibayar ini dikanunkan di bawah seksyen 13 dan 69C Akta Kerja 1955 (Akta 265).

Jika majikan meletakkan syarat-syarat bayaran gantirugi/indemnity mengarut, selain seksyen 13 dan 69C itu semasa tuntutan di mana-mana mahkamah hujahkan sahaja perlindungan statutori di bawah Akta Kerja 1955 bagi pekerja-pekerja bergaji RM 5,000.00 dari bekas majikan menindas anda.

Mohon terus mahkamah membuat deklarasi klausa gantirugi berat sebelah selain gaji ganti notis itu tidak sah dan bertentangan dengan Akta Kerja 1955.

Gaji RM 5,000.00 ke atas maaflah anda tiada hujah ini.

Thursday, October 6, 2016

BAHAGIAN II/ BAHAGIAN DUA AKTA KERJA 1955 : PENAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN SELAIN KERJA SIAP ATAU TEMPOH MATANG

Seksyen 12 : Penamatan semasa kontrak berjalan dengan memberi notis bertulis. Tempoh-tempoh notis mengikut berapa lama berkhidmat jika tiada diperuntukkan di bawah perjanjian bertulis.

Seksyen 13(1): Penamatan dengan membayar gaji ganti notis.

Seksyen 13(2): Penamatan tanpa notis, tanpa bayaran gaji ganti notis kerana pecah kontrak.

Seksyen 14(1): Penamatan tanpa notis oleh majikan sahaja atas salahlaku pekerja/ perlanggaran disiplin kerja.

Seksyen 14(3): Penamatan tanpa notis oleh pekerja sahaja kerana bahaya kepada diri dan/atau tanggungan kerana pekerjaan tetapi bahaya itu di luar skop kerja asal.

Sebahagian besar pengurusan pertikaian pekerja, berlegar berkaitan isu penamatan. Pelbagai variasi digunakan, pemecatan, tamat kontrak, pemberhentian, skim pemisahan sukarela (VSS). Semua merujuk kepada berakhirnya hubungan majikan pekerja.

Hubungan yang dimasuki, antara dua pihak untuk melaksanakan fungsi salah satu pihak dan diberi ganjaran dalam bentuk bayaran gaji dan lain-lain ganjaran bukan gaji seperti faedah kesihatan, perumahan dan lain-lain.

Lama mana tempoh hubungan ini bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak, atau atas alasan kenapa hubungan itu dibentuk. Adalah alami sebagai suatu kontrak pekerjaan, ia berkaitan perlaksanaan suatu kerja atau menyiapkan suatu tugasan atau kerja khusus dan tamat apabila kerja khusus itu siap.

Bagi kerja-kerja berulangan pula antara kaedah yang boleh digunakan ialah penetapan tempoh perkhidmatan tertentu, kerana sebagai majikan ada yang tidak mahu mengikat diri dengan seorang pekerja selama-lamanya. Matangnya tempoh yang dipersetujui (baca yang ditetapkan majikan) kontrak tamat dan hubungan majikan dan pekerja ditamatkan.

Persoalan timbul, berkaitan penamatan bersih (clean termination) kerana mana-mana tindakan penamatan oleh majikan kepada pekerja di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955, akan melayakkan pembayaran pampasan dalam bentuk faedah penamatan di bawah Peraturan-peraturan Kerja 1980 (Faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara).

Selain itu semua penamatan akan membuka peluang atau menerbitkan pekerja mengadukan pemanamatan kontrak perkhidmatan kepada tiga jenis pengaduan;

1. Mahkamah sivil untuk menguatkusakan syarat-syarat perkhidmatan yang gagal dipenuhi, pampasan dan lain-lain faedah suai-manfaat kerana penamatan itu.

2. Jabatan Tenaga Kerja untuk tuntutan baki gaji, notis, faedah penamatan dan lain-lain tuntutan membabitkan bayaran tunai.

3. Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk pemulihan jawatan di dengar di Mahkamah Perusahaan setelah proses rujukan menteri.

Kesimpulannya penamatan suatu kontrak perkhidmatan pekerja terjadual ditangani oleh bahagian dua, Akta Kerja 1955.


Friday, July 5, 2013

Berhenti kerja tanpa notis di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265)

Akta Kerja 1955 (Akta 265) membenarkan pemberhentian tanpa notis dalam beberapa keadaan,
1. Oleh majikan kerana salahlaku
2. Oleh pekerja apabila berlaku bahaya atas diri atau tanggungan melainkan tugasan ada kaitan langsung dengan bahaya berkaitan.
3. Mana-mana pihak (pekerja atau majikan)
 a. dengan membayar gaji ganti notis
 b. kerana perlanggaran sengaja pihak satu lagi atas syarat-syarat perkhidmatan.

Mahkamah telah memutuskan jika majikan menggunakan hak di bawah Seksyen 13(2) dibaca berasama Seksyen 15 (1) maka pekerja tidak berhak atas gaji ganti notis dan faedah penamatan kerja sebaliknya jika pekerja menggunakan Seksyen 13(2) pekerja berhak atas faedah penamatan tapi tidak atas gaji ganti notis kerana tindakan di bawah Seksyen 13(2) adalah pemberhentian tanpa notis.

Kekecewaan Kontrak (frustration of contract)
Akta Kerja 1955 (Akta 265) tidak mempunyai peruntukan jelas berkaitan isu ini, walau bagaimana pun Seksyen 13, 14 dan 15 akta yang sama dipercayai bertujuan menjawab sebahagian persoalan kekecewaan kontrak ini.