Friday, July 5, 2013

Berhenti kerja tanpa notis di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265)

Akta Kerja 1955 (Akta 265) membenarkan pemberhentian tanpa notis dalam beberapa keadaan,
1. Oleh majikan kerana salahlaku
2. Oleh pekerja apabila berlaku bahaya atas diri atau tanggungan melainkan tugasan ada kaitan langsung dengan bahaya berkaitan.
3. Mana-mana pihak (pekerja atau majikan)
 a. dengan membayar gaji ganti notis
 b. kerana perlanggaran sengaja pihak satu lagi atas syarat-syarat perkhidmatan.

Mahkamah telah memutuskan jika majikan menggunakan hak di bawah Seksyen 13(2) dibaca berasama Seksyen 15 (1) maka pekerja tidak berhak atas gaji ganti notis dan faedah penamatan kerja sebaliknya jika pekerja menggunakan Seksyen 13(2) pekerja berhak atas faedah penamatan tapi tidak atas gaji ganti notis kerana tindakan di bawah Seksyen 13(2) adalah pemberhentian tanpa notis.

Kekecewaan Kontrak (frustration of contract)
Akta Kerja 1955 (Akta 265) tidak mempunyai peruntukan jelas berkaitan isu ini, walau bagaimana pun Seksyen 13, 14 dan 15 akta yang sama dipercayai bertujuan menjawab sebahagian persoalan kekecewaan kontrak ini.

42 comments:

  1. Sy nak tanya kalau sy resign tanpa notis tapi sy hendak kembali bekerja di tempat yang sama boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, jika diampunkan majikan.

      Delete
    2. boleh, jika diampunkan majikan.

      Delete
  2. Dalam perenggan kedua, tuan menyatakan "mahkamah memutuskan". Boleh saya nama kes?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah lupa, tapi kes devagi kapreya rasanya ada kaitan.

      Delete
  3. nak tnya..kalau dlm cntrct tu dah di nyatakan..2 hri xdtg kerja tnpa reason automatik contrct di batal kn..boleh ke cmpny tu tuntut kerugian??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kontrak terbatal sendiri notis tidak boleh dituntut oleh majikan, cuma jika pekerja gagal bukti dia akan kembali selepas dua hari itu maka ia akan jadi berhenti tanpa nitis dan majikan boleh tuntut.

      Delete
  4. Saya berhenti tanpa notis (MIA) sbb faktor kesihatan (under depress & anxiety disorder yg melibatkan jantung serta stress yg amat)..kalo di mahkamah, ade can x tuntutan bekas syarikat akn dinafikan?sbb sy mmg ade surat rujukan doktor utk refer ke bahagian psikitri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majikan tuntut dan kamu boleh bela diri dengan surat berkenaan

      Delete
  5. Saya nak tanya.. Saya dalam tempoh percubaan kontrak selama 3 bulan.. Lepastu saya berhenti kerja tanpa memberi sebarang notis.. Adakah saya berhak mendapat balik wang atau gaji saya bekerjA selama sebulan?? Mohon pencerahan.. Kerana kontrak itu mengatakan sebegini. (A) " dalam tempoh percubaan atau lanjutan tempoh percubaan kedua,dua pihak boleh menamatkan perkhidmatan masing - masing dengan memberi satu minggu notis bertulis atau membayar satu (1) minggu gaji sebagai gantinya" . .. So saya berhenti tanpa mmberi sbarang notis.. Layakkah saya mendapat gaji saya selama sebulan saya bekerja atau potong gaji saya selama 1 minggu gaji saya. Atau takdapat apa apa langsung MOHON REPLY THANKS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayar majikan satu minggu dan majikan perlu bayar lebihan gaji.

      Delete
  6. hye, saya nak tanya kalau macam kita berenti tanpa sebarang notis boleh tak kita dapatakan gaji penuh pada bulan sebelumnya? saya sudah bekerja lebih dari 4bulan dan tiada langsung comfirm dan agreement dibuat dengan majikan. tetapi epf dan socso saya dipotong tanpa persetujuaan saya. dan sekarang saya telah berenti kerja. saya hanya mahukan gaji selebihya dimana saya diberikan 2kali
    gaji iaitu diawal bulan dan dipertengahan bulan. saya ingin menuntut gaji pertengahan bulan sahaja. adakah ia valid untuk saya menuntut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuntutan anda boleh difailkan kerana ada gaji tidak terbayar, cuma pembelaan majikan akan jadi penentu kepada berjaya atau tidak tuntutan itu. Jika majikan menghujahkan ada tempoh notis tidak dipatuhi dan berkadaran dengan gaji tertunggak maka anda akan gagal dalam tuntutan baki gaji itu.

      Delete
  7. Nak tanya kerja 2minggu dan saya not is berhenti 24jam melalui telefon...Savannah saya tuntut gaji saya itu...dan tiada agreement kerja antara saya dengan majikan masa saya mula kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika kerja kurang dua tahun dan tiada menandatangani apa-apa kontrak pekerjaan, maka notis ialah 4 minggu atau membayar 4 minggu jika berhenti 24 jam melalui telefon, boleh menuntut namun majikan akan guna alasan 2 minggu itu akan digunakan untuk langsaikan hutang 4 minggu gaji ganti notis.

      Delete
  8. salam..saya ingin bertanya ,sekiranya pekerja behenti tanpa notis adakah majikan berhak untuk tidak membayar gaji pekerja tersebut? tolong bagi pecerahan yg arif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh gantung dahulu pembayaran jika majikan berpandangan pekerja berhenti tanpa notis mencukupi.

      Delete
  9. sekiranya pekerja dibehentikan disebabkan salah laku atau masalah disiplin dan majikan mengeluarkan warning letter kepada pekerja tersebut malah pekerja tersbut msih mengulangi perkara yang sama apakan tindakan majikan boleh ambil kepada pekerja tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.pecat tanpa notis
      2.turun pangkat
      3.hukuman ringan berbanding di atas

      Delete
  10. Salam, saya ingin bertanya, bagaimana jika pekerja memberikan surat bekerja tetapi tanpa menyatakan tempoh notis serta terus meninggalkan syarikat(tidak bekerja), adakah syarikat berhak tidak membayar gaji?

    ReplyDelete
  11. Syarikat bolehlah menggantung dahulu pembayaran jika merasakan pekerja telah berhenti tanpa notis yang mencukupi.

    ReplyDelete
  12. jika berhenti tanpa memberikan notis berhenti kerja adakah hak company untuk tidak memberikan gaji kepada pekerja? elaun serta double pay boleh dituntut walaupun tidak memberikan notis berhenti kerja?

    ReplyDelete
  13. jika berhenti tanpa memberikan notis berhenti kerja adakah hak company untuk tidak memberikan gaji kepada pekerja? elaun serta double pay boleh dituntut walaupun tidak memberikan notis berhenti kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hitung dahulu elaun dan double pay serta apa-apa yang layak dibawah undang-undang, kemudian tolk gaji ganti notis. Jika berbaki bayarlah pekerja.

      Delete
  14. Salam,nak tanya. Tidak hadir selama dua hari dan berhenti tanpa memberikan notis. Kemudian compny memaklumkan akan memberhentikan dan perlu membayar 1 bulan gaji,adakah compny berhak menuntut gaji 1bulan sedangkan gaji terakhir yg diterima dikira hari tidak cukup sebulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika syarikat jelas memberhentikan maka tiadalah gaji ganti notis. Cuma jika majikan samar samar mengenainya ada risiko kena tuntut gaji ganti notis

      Delete
    2. Adakah rekod diberhentikan akan memberi kesan sekiranya ingin memohon kerja di syarikat lain?

      Delete
    3. Tidak, kecuali menjadikan majikan lama sebagai rujukan/ reference.

      Delete
  15. salam tuan, saya berenti kerja tapi notis tidak cukup sebulan. Kemudian mendapat notis untuk membayar gaji, perlukah saya membayar gaji tersebut? ada ape2 kesan buruk ke klau sy tidak bayar? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesan buruk ialah sentiasa mimpi ngeri, majikan akan menuntut melalui pejabat buroh gaji ganti notis. Untuk kepastian jumlah yang benar benar terhutang kepada majikan bawalah dokumen sokongan seperti Letter offer dan penyata gaji ke pejabat buroh berhampiran.

      Delete
    2. mmg kena bayar la ea tuan. Takut jugak di blacklisted.Boleh dikenakan apa2 tindakan makhamah ke tentang hal ni? terima kasih

      Delete
    3. Salam encik Rusli, sekiranya kita gagal membayar gaji ganti kepada majikan, adakah kita di boleh dikenakan undang2? adakah kita boleh di saman sehingga puluhan ribu?

      Delete
    4. Jika majikan menuntut melalui pejabat buroh, jumlah perlu dibayar hanya gaji ganti notis.
      Jika bekas majikan membuat tuntutan sivil, gaji ganti notis, ganti rugi teladan, damages lain dan kos peguam mencapai RM 1 Juta boleh dituntut majikan.

      Delete
    5. Menjawab blacklist ni, tiada CTOS atau CCRIS berkaitan pekerja di Malaysia buat masa ini. Cuma semasa menulis resume ruangan reference janganlah letak bekas majikan itu nanti di"bad mouth"nya kamu sampai bakal majikan enggan terima terus sebab termakan hasutan bekas majikan.

      Delete
  16. Assalamualaikum, saya nak tanya en rusli, saya kena bagi notis 6 bulan sebelum berhenti, dan saya kena masuk company baru lagi 2 bulan. jadi saya kena bayar kepada company yang saya tengah kerja sekarang ni lagi 4 bulan saya tak kerja tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bayar 4 bulan sebagai gaji ganti notis.

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Salam pkerja sy berhenti tampa notis dan pkerja sy menuntut gaji sebulan dia berkerja perlu ke sy membayarnya

    ReplyDelete
  19. Salam pkerja sy berhenti tampa notis dan pkerja sy menuntut gaji sebulan dia berkerja perlu ke sy membayarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tiada surat perlantikan bayarlah kerana jika diadukan tiada surat perlantikan majikan akan didenda RM 10,000.00 dan jika tiada payslip pun denda RM 10,000.00 juga atau akan dikompaun. Jika ada surat lantikan yang menyatakan tempoh notis dan pekerja tidak patuh boleh gantung dahulu pembayaran sehingga pekerja memfailkan tuntutan di Mahkamah Buroh

      Delete
  20. salam, kalau saya absent 3 hari and terus berhenti kerja tanpa notis selepas dapat gaji,tapi mengikut contract kena bg notis sebulan kalau hendak berhenti,adkah sy kena byr balik sbulan gaji kepada ccompany?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika majikan memilih menuntut satu bulan gaji ganti notis, maka pekerja kena bela diri kenapa dia tak perlu bayar jumlah satu bulan gaji ganti notis itu. Pekerja boleh cuba guna alasan dia absent 3 hari, tetapi itu adalah pembelaan majikan jika pekerja menuntut gaji ganti notis setelah dipecat kerana 3 hari absent, bukannya pekerja absent 3 hari lepas tu berhenti sendiri.

      Delete