Friday, May 10, 2019

TIDAK DISAHKAN JAWATAN BOLEHKAH MENGADU KE PEJABAT BURUH DI SEBELAH RUMAH ANDA?

Walaupun topik tidak disahkan jawatan adalah antara perkara yang menjadi siulan anak muda zaman lalu dan kini, sebenarnya jika pekerja tidak disahkan jawatan tidaklah boleh mengadu ke pejabat buruh.

Bukankah ini satu bentuk penindasan? Jawapannya ya dan tidak. Tempoh percubaan adalah suatu proses mengenali hati budi kedua-dua pihak pekerja mahupun majikan.

Jika tempoh percubaan telah hampir tamat menjadi tanggungjawab majikan untuk memutuskan:
1. sahkan jawatan,
2. melanjutkan tempoh percubaan, atau
3. tamatkan kontrak pekerjaan.
dengan memaklumkan kepada pekerja mengikuti kaedah yang dipersetujui semasa kontrak perkhidmatan mula dibentuk.

Jika bukan 3 tindakan di atas, pekerja datang kerja seperti biasa dan majikan pula terus membayar gaji seperti biasa tanpa berlaku apa-apa perubahan kepada syarat-syarat perkhidmatan termasuk waktu kerja yang sama, upah dan elaun-elaun yang sama maka hendaklah disifatkan berlaku perlanjutan tempoh percubaan sehingga majikan memutuskan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment