Sunday, September 15, 2019

PEMBUANGAN TERANCANG (CONSTRUCTIVE DISMISSAL)

Pernahkah anda rasa seolah-olah majikan sedang membuat anda rasa tidak seronok berkerja hingga akhirnya anda terpaksa meletakkan jawatan (resign)

Inilah yang dipanggil pembuangan terancang, satu kaedah yang digunakan majikan untuk menjimatkan membayar kos yang terbit jika majikan melaksanakan pemberhentian (retrenchment) atau terpaksa memilih melaksanakan skim pemisahan sukarela (voluntary seperation scheme-VSS)

Walaupun tiada akta khusus menangani isu ini, pekerja terkilan bolehlah menggunakan pemfailan di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk representasi pemulihan jawatan. Meletakkan jawatan kerana terperangkap dengan permainan kotor majikan tidak bertanggungjawab hingga tiada pilihan lain kecuali berhenti kerja (resign). Kemudian memohon dikembalikan kepada jawatan yang telah ditinggalkan itu.

Apabila majikan me'nerakakan' persekitaran pekerjaan (hostile working environment) dengan menambah tanggungjawab dengan mengurangkan sumber, memindahkan anda tanpa alasan atau mula meminta rakan sejawat lain menguruskan pelanggan atau akaun anda. Itu tanda-tanda majikan merancang menyingkirkan anda dari organisasi itu secara halus.

Kumpul segala bukti, rakam bukti yang mengandungi butiran diri anda menggunakan telefon pintar. Bersedialah kerana bila-bila masa anda akan diurus keluar. Selamat tinggal gaji besar, selamat tinggal kereta syarikat, selamat tinggal percutian ke luar negara. Adios, Sayonara...

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana saya boleh hubungi tuan? Tuan ada buat class?

    ReplyDelete