Tuesday, September 27, 2011

Tuntutan Majikan di Mahkamah Buruh

Undang-undang

Seksyen 69 (2)

The powers of the Director General under subsection (1) shall include the power to hear and decide, in accordance with the procedure laid down in this Part, any claim by— ... (iii) an employer against his employee in respect of indemnity due to such employer under subsection 13(1),...

Seksyen 69C 69C.

(1) In the exercise of his powers under subsection 69B(1),the Director General may inquire into and decide any claim concerning any indemnity due to the employer or employee where the contract of service is terminated by either party without notice, or if notice was given, without waiting for the expiry of that notice.
(2) The indemnity due to the employer or employee under subsection (1) shall be a sum equal to the amount of wages which would have accrued to the employee during the term of the notice or during the unexpired term of the notice.

Pemakaian

Satu-satu tuntutan oleh majikan ke atas pekerja yang boleh didengar oleh Mahkamah Buruh ialah tuntutan gaji ganti notis. Memakai pendekatan terhad, apa jua tuntutan lain hendaklah ditolak pada peringkat pemfailan lagi. Walaupun terbit isu-isu berkaitan Seksyen 24 mengenai potongan sah ke atas upah, untuk maksud kuasa-kuasa Ketua Pengarah dalam kes buruh, tiada tuntutan lain boleh disahkan oleh pegawai pendengar dan mengarah pekerja untuk membayar kepada majikan.

Ulasan

Mengambil kira prinsip 'unequal bargaining power' mana mungkin seorang pekerja berhutang apa-apa bayaran kepada majikannya. Kedudukannya sentiasa di aturgerak oleh majikan. Maka jika ada majikan berusaha menuntut selain gaji ganti notis, kewajaran menolak tuntutan majikan ini adalah tinggi.

433 comments:

  1. Salam, saya ada follow ur blog tentang seksyen 69C akta 1955. nak tanya la. saya mmg ada bagi notis 24jam kepada ex majikan saya. sepatutya saya patut beri 2 bulan notis. masalahnya, saya dah tak tahan dengan tekanan dan bebanan kerja yang terlampau banyak. boleh tak beri nasihat kepada saya. adakah saya patut bayar balik nilai 2 bulan gaji itu. tiada langsungkan penyelesaian pada masalh saya ni.. ?? yang mengharap, Cik Sal

    ReplyDelete
  2. Perlu bayar 2 bulan kerana seperti yang dinayatakan dalam entry ini, jumlah gantirugi (indemnity)kepada majikan adalah jumlah terakru (gaji akan terbayar kepada pekerja jika dia berkerja 2 bulan. Alasan tekanan dan bebanan ini tidak dapat digunakan. Sekiranya ada pun alasan bahaya nyawa anda atau/dan tanggungan sahaja yang MUNGKIN melucut hak majikan atas notis.

    ReplyDelete
  3. Apakah tanggungan yg en. maksudkan?
    Ex-majikan saya memang nekad untuk saman saya. klu saya tak mampu nak bayar, adakah saya akan dikenakan tidakan undang-undang?

    ReplyDelete
  4. tanggungan ialah ibubapa anak isteri suami atau orang yang ditanggung.

    ReplyDelete
  5. Suami saya bekerja disebuah kilang percetakan plastik selama 5 tahun lebih.pd bulan lepas beliau telah berhenti kerja tanpa memberi sebarang notis.beliau ambil tindakan tersebut kerana beliau telah ditempatkan di seksyen lain di mana jawatan dan kerja adalah tidak sama.malah beliau tidak dibenarkan untuk membuat kerja lebih masa sedangkan semua pekerja lain dibenarkan kerja lebih masa.
    Majikan ambil tindakan yg sedemikian kerana majikan dapat tahu suami saya berscandal dengan seorang kerani berbangsa cina.tanpa gaji lebih masa suami saya tidak dapat menyara keluarga dan terpaksa berhutang keliling pinggang.dan kerana desakan hidup suami terpaksa ambil keputusan berhenti kerja setelah 3 bulan diperlakukan begitu.alasan majikan suami saya ditukarkan ke syeksyen lain sebab kerja banyak buat reject.dan sekarang suami ada dapat surat berdaftar dari bekas majikan tentang notis tunjuk sebab ketidak hadiran bekerja dan surat tersebut di salinan kepada jabatan tenaga kerja ipoh.adakah suami saya sudah di saman oleh majikan dan apa langkah seterusnya yg bakal berlaku?bolehkan suami saya dikecualikan membayar saman kalau dikenankan memandangkan gaji beliau kecil.untuk pengetahuan gaji basic di kilang lama adalah rm1700.sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, minta maaf cakap, ada ustaz beritahu jika hidup suka skandal,main perempuan hidup akan allah kalungkan dengan kesusahan.Wallahualam

      Delete
  6. Perlu ganti notis, namun sewajarnya mendapat surat dari Jabatan Tenaga Kerja Ipoh terlebih dahulu.
    Hadir semasa dipanggil dan buat rundingan damai terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  7. Salam..saya betugas sebagai juruteknik mekanikal di sebuah kilang memproses batu kapor semenjak 2010.Tugas seharian yang memerlukan melakukan tugas berat seperti mengangkat, membawa,menaiki anak tangga dengan membawa peralatan untuk kerja penyelangaraan mesin.Pada bulan november 2012 saya mengalami bencana kerja ketika mengangkat barang, hasil ujian imbasan MRI saya disahkan mengalami PID L3, L4, L5, S1.Sehingga sekarang saya kerap mengambil cuti sakit dan diberikan notis kerja ringan oleh doktor hospital yang merawat.Bolehkah majikan menamatkan perkhidmatan dan apakah faedah yang wajib saya tuntut ?

    ReplyDelete
  8. ada dua perkara yg ingin saya bangkitkan...

    pendahuluan:

    saya hntr notis 24 hours pada majikan.. sepatutnya mengikut perkiraan saya, saya patut notis 2 bulan.

    1) saya dapat surat dari ex-majikan yg saya perlu byr notis gaji sebanyak 3 bulan gaji..sebabnya konon saya adalah pekerja tetap di company dan notis required for 3 months.

    masalahnya: surat permanent staff tu, saya tidak sign. dan surat itu masih ada pada saya saat saya berhenti. ini bermaksud saya masih dalam tempoh percubaan ( 2months notis) lagi.

    kmudian ex-majikan tlah hntr surat untuk hadir bicara . sebab saya tidak byr notis gaji itu.

    2) saya sudah bkerja 2 weeks untuk bulan tersebut, dan gaji saya tidak dibyr untuk 2 weeks itu. jadi jika saya ingin berunding, rundingan sebagaimana harus saya buat...

    - saya tidaj dibayar gaji 2 weeks bekerja itu,
    - cuti saya masih berbaki 12 hari semasa saya berhenti
    - saya tidak sign surat perlantikan jawatan tetap yg berkuat kuasa MAC tapi surat diberi pd JUNE.

    saya harap dpt penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Notis anda mungkin 3 bulan kerana MEMILIKI surat tidak bersign itu. Boleh tolak 2 minggu dari notis 3 bulan. Baki cuti tahunan mungkin boleh tolak mungkin tidak. Rujuk pej. Buroh berhampiran.

      Delete
  9. Salam...masalah sy disini adalah sy seorang pelajar yg bekeja partime,majikan sy telah menahan gaji sy tanpa sbb yang kukuh dan tanpa notis diberikan. sy telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana perbuatan majikan yg sesuka hati tidak membayar gaji sy..bgaimana cara nya utk sy tuntut semua gaji yang ditahan itu dan sy baru sahaja bekerja selama sbulan..mohon nasihat

    ReplyDelete
  10. salam. saya nak tanya kalau saya berhenti tanpa notis taoi by text boleh x nk claim gaji pada majikan?
    bos sya terima saya berhenti tetapi gaji bulan 2 sya belum settle lagi. gaji bulan 3 pon sya x dapat lagi. macam mn yer? start dr sya keje kat company tu sya slalu dpt gaji lewat. cth: gaji bln 10 sepatutnyer dapat awal bln 11 tetapi sya dapat full gaji akhir bln 11.
    mohon bg pendapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika gaji selalu selepas 7hb. Boleh tuntut semua gaji tertunggak wpun berhenti tanpa notis dgn alasan majikan breach of contract wilfully.

      Delete
  11. Salam sejahtera. Saya memberi notis pemberhentian kerja bertulis kepada majikan. Beberapa hari selepas itu saya dapati didalam email setiap store yang saya bekerja tersebar yg mengatakan saya telah memberi notis berhenti kerja. Ramai staff bertanya kepada saya. Dan menjadi stress dibuatnya. Adakah notis itu p&c. Boleh ke majikan sebarkan sesuka hati tanya kebenaran saya? Adakah ini dikira pecah amanah. Boleh kah saya buat laporan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Notis anda P&C. Tetapi hak majikan memaklumkan mana2 orang hasrat kamu meninggalkan syarikat untuk kepentingan perniagaanya. Tiada keperluan meminta kebenaran dari kamu.

      Delete
  12. Salam,

    Saya ingin bertanya.Saya telah diberhentikan dari syarikat saya atas alasan untuk mengurangkan kos syarikat walaupun mereka menjalani interview utk confirmation.
    Masalah;-
    1) Interview tersebut hanya lakonan utk mereka memberhentikan saya keran di dalam interview tersebut mereka tidak menyoal saya perkara2 yg releven ngan kerja saya.
    2) Saya sudah tidak mendapt gaji selama 3bln dan masih bersabar kerana memahami situasi syarikat.
    3) Tiada alasan yg ditulis di dalam surat pemberhentian saya dan hanya semata2 menulis tempoh saya akan dikuatkuasa diberhentikan.
    4) Mereka tidak memberi apa2 pn untuk ditandatgn ataupun menanya sebarang pn selepas memberi surat perletakan jawatan dan hanya berharap saya paham situasi mereka.
    5) adakah sekiranya saya kluar dari syarikat ini sebelum notis yang diberhentikan,perlukah saya memaksa mereka utk memberi saya pampasan?

    ReplyDelete
  13. Jika berhenti tanpa menunggu notis matang. Majikan berhak tuntut ke atas kamu baki tempoh notis.

    ReplyDelete
  14. Salam, sy nak tanya. Saye perlu memberi 3 bulan notis sekiranya hendak berhenti, di dalam offer letter memang tertulis perlu memberi 3bulan notis sekiranya hendak berhenti tetapi sekiranya MIA(missing in action, company ada hak untuk serta merta memecat tanpa notis dan tanpa gaji. Soalan saya, sekiranya saya ingin MIA, company tidak ada hak untuk menuntut tuntutan 3bln gaji ke atas saya kan?sebab 1. tidak tertulis di dalam offer letter, 2. saya MIA, bukanya meletakkan jawatan.
    sila beri nasihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilihan ditangan pihak terkilan(majikan) jika MIA dan majikan kuatkuasa klausa pecat dan tidak bayar gaji oklah. Jika majikan memutuskan tidak pecat sebaliknya menuntut 3 bulan gaji ganti notis dan kuatkuasa klaus notis majikan juga betul. Cuma sebagai pembelaan 2 tindakan tidak boleh diambil serentak. Majika kena pilih salah satu pecat atau tuntut gaji ganti notis.

      Delete
  15. Maaf, MIA adalah dibawah Misconduct behavior di dalam offer letter. Di bahagian ini, hanya tertulis company ada hak untuk memberhentikan pekerja tanpa notis dan tanpa gaji. itu sahaja, tiada langsung menyentuh yang pekerja perlu membayar 3bulan gaji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MIA dan berhenti tanpa notis dilakukan oleh pekerja. Memutuskan jenis tindakan bawah klaus notis atau misconduct oleh pihak terkilan (majikan) kecuali majikan keluar dgn jelas dan nyata surat pemecatan MIA. Pekerja tiada hak guna klaus misconduct dan arah majikan keluar surat pemecatan misconduct.

      Delete
    2. Klaus MIA biasanya melibat "ghaib sekejap" tanpa maklumkan ke mana. Majikan akan inisiate misconduct proceeding dan "DI" kan.

      Delete
  16. Macam kes saya, majikan hantar surat termination di rumah kerana Misconduct behavior, lepas tu meminta saya untk membayar 3bulan gaji. Itu yg pelik tu..
    Terima kasih ek sebab respond.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti saya nyatakan sebelumnya jika pekerja sekejap ada sekejap tiada barulah misconduct itu dilaksana. Jika MIA terus hantar demand letter utk gaji ganti notis. Tiada halangan perundangan jika majikan laksana kedua-duanya serentak namun boleh dijadikan pembelaan teknikal oleh pekerja.

      Delete
  17. Salam. Sy ingin bertanya mengenai hak sy sebagai pekerja. Sy baru bekerjja selama 2 bulan dan masih dlm tempoh pemerhatian. Permasalahannya sy menghadapi alahan mengandung yang mengganggu prestasi kerja sy, tetapi sy masih bekerja seperti biasa. Dan sy ada mengambil cuti sakit selama sehari. Setelah dtg semula ke tempat kerja, sy diberikan kata dua oleh majikan. 1. Sy bekerja seperti biasa seolah2 sy tidak menghadapi sebarang alahan dan perlu mengabaikan segala rasa mual yang sy alami atau 2. Sy mengambil cuti rehat tanpa gaji sehingga sy tamat tempoh berpantang dan sy boleh menyambung perkhidmatan sekiranya masih berminat. Kata dua ini diberikan tanpa hitam putih dan sy hanya diberikan tempoh 2 jam utk membuat keputusan. Setelah berbincang dgn suami, suami bersetuju supaya sy mengambil pilihan kedua iaitu bercuti dan suami meminta keapada pihak majikan supaya menyediakan hitam putih sebagai bukti (sy dan suami bekerja di tempat yg sama). Setelah dua minggu dr tempoh sy bercuti, barulah sy mendapat surat tersebut itupun setelah didesak oleh suami tetapi lain pula isi suratnya yang bertajuk "notis penamatan kontrak" sy sebagai pekerja. Soalan sy
    1. Adakah majikan berhak menukar sesuka hati arahan yg diberikan kepada pekerja? (mula2 beritahu cuti, tetapi dlm surat tulis notis penamatan kontrak)
    2. Apa hak yg sy boleh tuntut drpd majikan memandangkan sy tidak pernah diberikan apa2 amaran sepanjang tempoh perkhidmatan dan cuti sakit sy juga masih berbaki?
    3. Apa hak seorang wanita yang bekerja bila mana dia menghadapi alahan mengandung? Adakah memang tiada budi bicara dr pihak majikan memandangkan alahan ini bukanlah sesuatu yang kita minta tetapi ianya memang terjadi kepada sebahagian wanita.

    Menurut abang sy, sy boleh menuntut pampasan drpd pihak majikan memandangkan sy ditamatkan kontrak sebelum tempohnya (tempoh kontrak 2 tahun). Tetapi setelah kami membaca semula perjanjian sy bersama majikan, ianya bertulis, majikan berhak menamatkan kontrak pekerjanya serta merta tanpa notis.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. sya baru bekerja dsebuah kilang,kmudian sy xhadir bekerja dlm beberapa hari dan sy trus srah kn surat peletakan jawatan..
    adakah gaji sy xboleh dbyar....??

    ReplyDelete
  19. Bagi isu wanita bersalin, Puan telah menjawab persoalan sendiri dengan menyatakan majikan berhak pecat berdasarkan surat lantikan, namun boleh dapatkan lanjutan nasihat dari pejabat buroh berhampiran.

    Bagi isu beberapa hari berkerja bolehkah dibayar gaji sila ke Pejabat Buroh berhampiran untuk nasihat lanjut.

    ReplyDelete
  20. Assalmualaikum

    Saya pekerja kontrak (leasing), hampir 5 tahun. Saya "decided" berhenti 24 jam pada 30 Aug disebabkan terima tawaran belajar sepenuh masa yang memerlukan saya mendaftar segera pada 28hb Aug. Itu pun sebab surat sampai mengejut seminggu sebelum hari pendaftaran.

    Saya terima Notice of Demand untuk gaji sebulan. Sedangkan gaji yang saya terima sudah digunapakai untuk pendaftaran pengajian.

    Atas sebab lain juga. Pekerjaan saya adalah mengikut Shift dan Saya agak tidak berpuashati dengan pengurusan KPI serta elemen yang membebankan serta istilah KPI yang dibuat supaya pekerja tidak "achive"

    Ex-Majikan maklumkan yang saya perlu bayar balik tuntutan pada 12hb Sept.
    - Perlukah saya beri respond kepada Notice of Demand?
    - Perlukah saya bayar kesemua jumlah yang di minta walaupun saya sekarang pelajar sepenuh masa yang tiada kerja?
    - Adakah Ibubapa saya akan terlibah sekali dalam hal ini?


    Minta pandangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. -Respond dan minta perincian bayaran, kalau ada bayaran seperti OT atau cuti tahun belum dibayar majikan
      -Bayar setelah tolak apa-apa yang majikan terhutang dengan anda atau minta 'waive' dengan alasan pelajar tak kerja
      - Ibubapa tidak perlu dilibatkan

      Delete
  21. Assalamulaikum tuan,
    Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai tuntutan pekerja.
    Saya telah bekerja di salah sebuah syarikat bumiputera di terengganu selama 7 tahun bermula pada tahun 2006. Pada tahun 2011, majikan saya telah mengeluarkan notis penamatan perkhidmatan kepada semua pekerja kerana mengalami masalah dalaman dan kewangan.
    Di sini, pihak majikan berjanji untuk membayar gaji pampasan kepada semua pekerja secara berperingkat. Setakat ini cuma sebahagian dari pekerja sudah menerima pampasan manakala saya dan sebahagian lagi pekerja masih belum tahu status penerimaan. Dan perkara ini berlanjutan sehingga ke hari ini selama hampir 4 tahun. Bekas majikan juga seperti melengahkan dan memberi pelbagai alasan.
    Oleh itu, apakah yang boleh kami lakukan untuk mendapatkan semula pampasan kami seperti yang dijanjikan?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila hubungi pejabat tenaga kerja berhampiran dan bawa dokumen berkaitan seperti;
      - perakuan bertulis bayaran pampasan oleh majikan.

      Delete
  22. Saya wakil majikan.nak tau procedure nak file case kat labour office utk absconded case.Tolong tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  23. As salam
    Saya telah bekerja di sebuah firma akauntan selama 3 tahun. Saya telah di berhentikan tanpa gaji dengan alasan saya telah melanggar kontrak kerja. Saya di tuntut oleh pihak majikan untuk membayar gantirugi sebanyak 5 tahun gaji (60 bulan) di nyatakan di dalam kontrak kerja saya. Adakah saya perlu membayar tuntutan itu yang boleh di katakan tidak masuk akal. Saya tak tau nak buat apa sekarang.....:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika terdapat dlm kontrak perkhidmatan, bekas majikan berhak kuatkuasakan klausa gantirugi 5 tahun itu di Mahkamah Sivil. Bagi isu gaji tak terbayar rujuk pej buroh berhampiran. Isu bayar atau tidak gantirugi itu biarlah bekas majikan failkan tintutan sivil dahulu.

      Delete
  24. Salam ,pergi interview dan telah diterima tawaran kerja sebagai pengurus dari sebuah syarikat. Tetapi saya hanya akan diberikan surat tawaran pada hari mula bekerja di syarikat tersebut.Apa yang perlu saya lakukan?? Nak tender notis berenti ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu notis jika belu melapor diri dan mula bertugas.

      Delete
  25. salam sy bekerja sbg jurutera kanan disebuah kilang di melaka,skrg ni sy maseh bekeje ng syarikat yg sy bekeje skrg,sblm ni sy penah pergi interview disebuah kilang yg amek tekenal dan telah ditawarkn bekeje disitu ng gaji yg lumayan,tp majikan yg baru ni meminta sy membuat short notice 4hari bekeje sdgkn dlm kontrak keje perlu letak 2bln notis,perlu ke sy MIA?dan adakah majikan akan menyaman sy jika sy MIA sbb sy mintk berhenti xdpt majikan yg sy keje ni counter offer sy tp xbyk spt company baru bg,sy tgh befikir samada perlu MIA ke tidak..pndangan tuan adekah majikan akan menyaman sy 2bln notis?adekah majikan lame akan menganggu sy ditmpt keje yg baru??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majikan akan tuntut 2 bulan gaji ganti notis jika MIA.

      Delete
  26. Saya bekerja lebih kurang 6 bulan dan tidak pernah menerima apa2 surat pengesahan jawatan... selepas 6bulan saya memutus kan utk berhenti dan menyerahkan notis berhenti kerja... dan kemudian mia setelah memikirkan yang saya bukanlah seorang yg telah disahkan jawatan... bolehkah majikan mengambil tindakan keatas saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Empat minggu notis atau ganti notis, tindakan oleh majikan.

      Delete
  27. Saya ingin letak jawatan pada 6 nov 2014. Notis saya beri adalah 2 bulan.iaitu akan bekerja sehingga 6januari 2015.dalam kes ini adakah saya layak tuntut gaji bulan ke 13 jika orang lain dapat tapi majiikan tak beri atas alasan saya nak berhenti ? Dimana offer letter tertulis gaji bulan 13 dibayar setiap 31 disember jika syarikat untung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tuntut gaji ke 13 itu. Tiada jaminan akan dapat.

      Delete
  28. contrak sy hbs 10hb dan sy xnk smbg contrak atau comfirmation dr company, pd 10hb sy memberitahu kpd HR yg sy bhnti tanpa notice disbbkn contrak sy tamat. HR kata akn tolak gaji sy 14hr disbb kn xda notice...padahal sy hnya tidak mahu smbg contrak mksd ye 11hb tu sy dh xnk dtg ke kilang tu...jd mcm mna dlm kes sy nie? wajar kee company tersebut menolak gaji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tamat kontrak kerana tempoh kontrak matang, tiada notis berhenti diperlukan.

      Delete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Salam..saya baru menghantar notis 24jam kepada majikan kerana saya telah bergduh di tempat kerja.notis saya pada 24/10 haritu...jdi gaji bulan 10 majikan tidak bayar dan mengikut yang pejabat buruh bgtau boleh kontra dengan notis 24jam saya.. Jadi saya musykil kerana majikan buat tuntutan gaji satu bulan kepada saya.. Jadi di sini haruskah saya membayar tuntutan satu bulan gaji itu atau boleh di kontra sahaja dengan gaji bulan 10 saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majikan mahukan endorsan dari pej buruh potongan gaji utk notis adalah sah.

      Delete
  31. Saya berhenti tanpa notis tetapi selama setahun selepas itu gaji saya terus dibayar. Kini mereka menuntut kembali wang gaji tersebut. Apa pilihan saya?

    ReplyDelete
  32. Saya berhenti kerja tp tanpa memberi notis. Saya masih dlm tempoh percubaan. Majikan ugut saya kalau saya x beri surat notis dan sebulan gaji, mereka akan saman saya. Boleh ke majikan sy buat mcm tu @ sy perlu byr sebulan gaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...sy pon mengalami nasib yg sama..cumanya tiada ugutan dr syarikat. Ttp melalui seorang rakan yg masih bekerja dlm syarikat tersebut, sy diberitahu sy akn disaman. Jd soalan sy..adakah saman itu jumlah sebulan gaji since sy masih dlm tempoh percubaan. Jika betul bagaimana harus sy bayar?

      Delete
    2. Klu majikan failkan suratkes baru bayar.. Kalau x xpayah.. Tunggu surat dari pjbt buruh..sy aritu majikan failkan kes tuntutan.. Tp sy xbyr just kontra dgn gaji yg majikan xbagi..

      Delete
  33. Salam, saya baru berhenti tanpa notis dari syarikat bhd , sebelum ni ramai yang melakukan perkara yg sama ,pada hari semalam saya telah diberitahu surat termination untuk sya telah dikeluarkan dan pada hari ini sya mendapat tahu pula syarikat tersebut ingin kembali pay slip saya , dan syarikat akan menfailkan saman terhadap saya , apakah perlu saya lakukan untuk langkah pencegahan seawalanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu tindakan lanjut bekas majikan anda.

      Delete
  34. As salam.saya telah berkhidmat selama 9 thn.mslhnya ialah saya ada mndpt offer dr company lain dan memerlukan saya membdaftar pd 1 april ini.jika saya hantar notis saya skrg.bermakna notis saya tidak cukup 2 bln.adakah saya perlu membayar baki hari saya yg tidak cukup lebih kurang 10 hari ini kepada majikan saya.atau saya boleh teruskan saja niat saya tanpa perlu membayar apa2 pon sbb majikan ada memegang elaun pekerja untuk sebulan sebagai cagaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika majikan ada menahan apa2 bayaran bolehlah arah contra dengan kekurangan notis.

      Delete
  35. Salam,

    Saya ada sedikit masalah berkenaan dengan notis berhenti ini.

    Saya bekerja sebagai jurutera projek disebuah syarikat swasta dan berstatus permenent staff.

    dan notis berhenti saya adalah 3 bulan dan sekiranya notis saya kurang dari 3 bulan, maka saya perlu membayar gaji selama sebulan.

    persoalannye, adakah akan menjadi satu kesalahan besar sekiranya saya meletakkan notis 2 days or 24 hrs?? sebab saya ade menerima satu tawaran kerja yg lain yg memerlukan saya notis seawal itu.

    adakah majikan boleh menyaman saya? atau apakah cara yang baik dan betul supaya nama saya tidak disenarai itam oleh syarikat.

    tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekas majikan berhak tuntut 3 bulan gsji ganti notis. Syarikat tidak berhak senaraihitamkan anda. Tiada senarai hitam pekerja berhenti tanpa noyis spt CTOS.

      Delete
  36. saya bekerja lebih dari satu tahun dan saya tidak pernah menerima apa-apa surat pengesahan jawatan dari pihak majikan. Saya berhenti kerja tanpa memberi sebarang notis, dan majikan saya buat tuntutan gaji satu bulan terhadap saya. Haruskah saya membayar tuntutan satu bulan gaji saya kepada majikan saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika difailkan di pejabat buroh, sila hadir dahulu ke sana.

      Delete
  37. salam majikan telah potong gaji saya rm10.00 sebulan. bolehkah saya anggap majikan melanggar perjanjian? kerana saya terikat kontrak 5 tahun bekerja dengan majikan dan mereka mahu saya membayar 60bln gaji saya sebagai ganti rugi sekiranya saya berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sudah pun tender resignation kerana tidak berpuas hati dengan layanan majikan. gaji saya kurang rm2000 sebulan. tempoh notis sy berikan telah tamat. adakah sy selamat daripada disaman?

      Delete
    2. soalnya syarat perkhidmatan saya menyatakan saya berhak tender 2 minggu untuk berhenti. hal ini bertentangan dengan contract of service yg mengikat saya 5tahun dan perlu membayar 60x bulan gaji. adakah akta1955 melindungi saya?

      Delete
    3. FYI: potongan gaji itu adalah bayaran insuran perniagaan majikan yg tidak wajib dan merupakan pilihan. saya tidak memberikan apa2 persetujuan berkenaan hal pemotongan gaji tersebut. dalam contract of service saya perlu menerima gaji bersih saya setelah potongan yg dibenarkan undang2. adakah majikan telah melanggar kontrak?

      Delete
    4. terdapat juga unsur moral harrasment dimana saya dipindahkan mengikut kehendak dan keperluan majikan. memandangkan syarikat saya agak besar organisasi maka terlalu banyak level perlu saya lalui. sedangkan immideate superior saya telah memperkenankan tender tersebut. namun GM saya menahan tender tersebut atas alasan mahu rujuk kepada legal dept terlebih dahulu.

      Delete
    5. sehingga hari ini saya masih berkhidmat dan tidak mengetahui status atau respond majikan saya. sedang notis wajib saya telah tamat. adakah saya boleh beranggapan bahawa majikan menerimanya? dan saya terlepas daripada sebarang tindakan undang2 oleh majikan? ini kerana kontrak saya dijamin oleh 2 penjamin dan saya tidak mahu mereka susah kerana disaman majikan ini kelak.

      Delete
    6. majikan mahu saya melunaskan rm150K untuk ganti tempoh kontrak tersebut. adakah ini diperakukan? sedangkan majikan telah melanggar kontrak dengan membuat potongan secara paksa dan saya tidak memberi sebarang persetujuan. mohon bantuan Tuan.

      Delete
    7. Majikan berhak ambil tindakan di Mahkamah Sivil untuk apa-apa gantirugi itu termasuk RM150K. Isu potongan gaji tanpa kebenaran itu tidak menjadikan terma-terma lain termasuk gantirugi tidak sah. Akta Kerja akan melindungi hingga gaji dan tunai lain yang tidak terbayar sahaja.

      Delete
    8. adakah kerana kontrak sudah ditandatangani maka hak2 pekerja seperti kenaikkan pangkat/ perjawatan/ keselamatan/ kesihatan pekerja boleh diabaikan majikan? keadaan ini menyebabkan majikan bersikap acuh xacuh terhadap kebajikan pekerja. Tuan ada idea yg terbaik untuk saya batalkan kontrak tersebut. saya juga pernah diarah bekerja 7hari berturut-turut seminggu dan pernah diminta membawa barangan berharga mengguna motosikal tanpa langkah2 keselamatan sewajarnya oleh majikan. ruang kerja saya juga terdedah kepada udara yg bersih dan beracun yakni bahan meruwap dan mudah terbakar. kalo kes mcm ni saya berterusan ini memberi saya tekanan dan tiada jaminan.

      Delete
    9. Sila rujuk posting terkini saya. Juga rujuk seksyen 14(3) Akta Kerja 1955, versi pdf akta boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia mohr.jtksm.gov.my

      Delete
  38. salam..saya berhenti tanpa notice dgn salah satu company bank..telemarketing.sekarang ni meraka tuntut gaji rm556..bila saya kira balik.komisen dan cuti2 baki yang ada rasanya cukup utk cover jumlah tersebut. lagi pun saya sentiasa disuruh berhenti oleh majikan dan tersangat tertekan dgn cara majikan yang ugut tidak akan beri cuti..tidak akan approve Anual leave dan Mc..pernah sekali saya kat hospital dan masih dlm mc..tp die suruh darang kerja..lepas tu balik memang lambat pkl 7.30..dlm keadaan saya yang pregnant..saya memang tak tahan dan terus berhenti. tiba2 hari ni dpt surat kali ke 2 dr bank tersebut nak ambik tindakan jika tak bayar. adakah saya bersalah kalau berhenti tanpa notice tp alasan majikan yg seperti sy cerita ni..terlampau teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaik sahaja kamu memutuskan berhenti tanpa notis, hak majikan ke atas gaji ganti notis wujud. Sila jawab surat tuntutan majikan dengan SEMUA alasan yg kamu kemuka di sini, seterusnya rujuk seksyen 14(3) Akta Kerja 1955 utk mewajarkan tindakan kamu berhenti tanpa notis.

      Delete
  39. saya pernah keguguran dan tak nak sebab tekanan tersebut saya keguguran lagi.sebab tu saya berhenti. Adakah saya perlu tunggu surat mahkamah dan selesaikan kes ni dimahkamah sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan boleh memilih menyelesaikan tuntutan di luar atau melalui mahkamah.

      Delete
  40. Assalam tuan, masalah saya ialah staf saya resign serta merta apabila Kena tegur. Adakah layak utk dia terima gaji dari syarikat? Dia resign pada 20hb 3 2015.

    ReplyDelete
  41. Jumlah gaji ganti notis tolak gaji dalam tahanan jika berbaki tak perlu bayar. Jika negatif perlu bayar baki itu.

    ReplyDelete
  42. assalam.. saya berhenti dgn notis sebulan...dlm tempoh tersebut sy telah m.c 1 hari..adakah ia menjadi kesalahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak salah bercuti sakit/ bercuti sakit dalam tempoh notis.

      Delete
  43. saya telah beri notis 2 minggu kepada majikan. kemudian saya bertanya kepada HR Manager sama ada saya boleh quit awal kerana saya baru saja bekerja pada 2 april 2015. kalau ikut notis tu last day saya pd 17 april 2015. Bila HR manager menyatakan yang saya boleh berhenti awal dari tempoh sebenar dan gaji cmfirm akan dibayar, saya pun mohon utk last day pada 8 April 2015. Pihak majikan juga ada beri surat penerimaan notis berhenti saya dan ada juga nyatakan yang gaji akan dibayar mengikut bilagan hari saya bekerja. Semalam saya dimaklumkan oleh HR tersebut yang syarikat tidak mahu bayar gaji saya kerana saya tidak beri notis 2 minggu. Walhal saya telah mendapat kebenaran untuk berhenti awal dari HR manager dan CEO tersebut.Adakah saya layak buat tuntutan gaji tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebenaran pergi awal tidak meluputkan hak majikan atas gaji ganti notis untuk tempoh notis tidak disempurnakan. Kamu pula berhak untuk menuntut gaji untuk hari-hari kamu bekerja dengan tanggapan majikan telah mengugurkan hak atas gaji ganti notis.

      Delete
  44. Assalam Tuan, saya telah memberi notis 2bulan utk berhenti kerja(25/1-25/3/15). namun pihak majikan meminta saya melanjutkan perkhidmatan lagi satu bulan( last 25/4/15) atas alasan untuk proses penyerahan tugas dan backup seorang logistic officer yg cuti bersalin. saya setuju atas rasa tggungjawab. pada 27/4/15 sy dipanggil pihak hr dan diberikan 1st reminder notice menyatakan saya perlu melengkapkan semua iso report yg belum complete dan melakukan proses penyerahan tugas dengan betul sebelum 7/4/15. sekiranya gagal gaji saya akan ditahan. (gaji akan masuk selewatnya 30/4/15). Adakah wajar tindakan yg dikenakan kepada sy? perlukah sy pergi semula utk siapkan report sedangkan sy melapor diri di tempat kerja baru pd 5/5/15. Apa nasihat tuan atau sy berhak membuat lebih tuntutan kerana membantu syarikat dgn melanjutkan tempoh akhir kerja.#rasa teraniaya. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika persetujuan jelas utk satu bulan lanjutan maka kamu berhak atas gaji hingga 25/4 itu. Secara asas kerja tidak siap dan improper handing over bukan alasan UTAMA utk tahan gaji. Tiada tuntutan tambahan selain gaji hingga 25/4 dgn anggapan ia suatu fixed term contract of service. Sila failkan tuntutan gaji April 2015 di pej. Buroh berhampiran.

      Delete
  45. #typo error >selewat lewatnya 7/5<

    ReplyDelete
  46. salam. sy mula bekerja pd 9 feb dan menurut probition letter, sy akan menjadi permanent staf automatically selepas 3 bulan. sepanjang 3 bulan bekerja, majikan gagal memberi gaji sebelum 7hb setiap bulan malah selalu membayat separuh-separuh. justeru sy telah berjumpa majikan pada 8hb april untuk meletak jawatan tanpa memberi notis 24 bertulis. soalan sy :
    1. berdasarkan probition letter, apakah status sy selepas genap 3 bulan? permanent staff atau probition?
    2. sekiranya permanent adakah saya wajib membayar 2bln gaji kerana tidak memberi notis memndangkan majikan juga telah melanggar peraturan akta membayar gaji iaitu selewat2 nya 7hn?
    3. Sekiranya sy masih under probition, adakah sy perlu mambayar gaji 1 hari bekerja memandangkan majikan melanggar akta seperti yg sy nyatakan di no. 2

    sekian, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Kamu permanent
      2. Kamu boleh guna alasan majikan langgar akta kerja utk enggan bayar 2 bulan notis.
      3. Alasan no 2 juga utuk enggan bayar 1 hari gagi ganti notis.
      Harus diingat setiap pemberhentian tanpa notis akan tertakluk oleh tuntutan gaji ganti notis oleh pihak yang sepatutnya diberi notis. Isu-isu lain adalah pembelaan kenapa pihak itu tidak berhak atas notis.

      Delete
    2. alhamdulillah..penerangan yg sngt membantu sy membuat keputusan. majikan minta sy dtg kje seperti biasa walaupun gaji bulan lepas masih xdapat sehingga ke hari ini 10hb may. terima kasih banyak.

      Delete
  47. Kawan sy bekerja sebagai jurutera pembinaan untuk sebuah syarikat besar, baru- baru ini dia diberi pilihan utk meletakkn jawatan atau dipecat dr jawatannye sekarang oleh pihak hr.. tiada surat hanya perbincangan mulut.. sbb pihak hr memintanya meletak jawatan atas sbb dia MC selama 2 hr selepas bekerja 16 jam. Majikannya tidak terime MC tersebut kerana bkn klinik panel, menyatakn dia MIA.

    Persoalan sy:

    1) dia masih belum mendapat gaji bulan lepas, biasanya gaji masuk 1hb bolehkah dituntut?

    2) Memang pekerja kontrak binaan tiada elaun kerja lebih masa atau bagaimana?

    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Sebarang tunggakan bayaran tunai oleh pekerja boleh dituntut. Tertakluk kepada pembelaan bekas majikan, hak ke atas bayaran tunai itu mungkin lucut.
      2. Bayaran lebihmasa bergantung kepada persetujuan yang telah dicapai majikan dan pekerja sebelum prkerja setuju menerima jawatan. Tidak dipengaruhi sektor apa yg diceburi samaada pembinaan atau pembuatan.

      Delete
  48. Saya nak minta pandangan..Sebuah syarikat telah memberi saya surat tawaran dan saya telah push mereka untuk keluarkan details of offer letter.Mereka mengikut permintaan saya dan keluarkan letter of appointment.Saya sudah sign letter of appointment itu dan term utk pembatalan adalah 1 bulan..utk makluman,tarikh bekerja 1 jun 2015..saya masih belum lapor diri dan saya nak decline offer itu pada 15.5.2015..adakah saya akan disaman @ didakwa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan semasa selagi belum lapor diri pada 1 jun itu kontrak perkhidmatan belum bermula. Walaubagaimana pun memandangkan kamu sudah sign bakal majikan boleh cuba memfailkan tuntutan sivil dengan surat yg kamu sign itu

      Delete
  49. Assalamualaikum Tuan, sy nak minta pandangan. saya tidak tahan dengan sikap majikan saya sekarang. Saya telah mula bekerja di sini pada januari 2015. Saya diberi tempoh percubaan selama 3 bln namun sehingga sekarang saya masih belum memerima surat pengesahan jawatan. EPF & SOCSO sy dipotong setiap bln tetapi majikan tidak membuat sebarang caruman untuk SOCSO & EPF hanya dibayar untuk sebulan caruman sehingga ke harini. Claim saya tidak dibayar sehingga sekarang. Saya turut mendapat allowance kerana menjaga akaun anak syarikat, namun allowance yg sy tuntut baru dibayar separuh itupun selepas saya bersuara. Kerana tidak tahan dipermainkan, saya telah berhenti dari menjaga akaun anak syarikat. Gaji semua staf dibayar lewat. Gaji utk bln 4 hanya dibayar RM500.00 pada awal bln mei selebihnya dibayar pada 12/05/15 dimana telah melebihi tarikh yang ditetapkan oleh akta. Utk pengetahuan Tuan, saya telah berkeluarga dan hanyabsaya seorang yg bekerja menyara keluarga. Saya telah mendapat tawaran dari syarikat lain & bercadang untuk terima tawaran tersebut. Saya dikehendaki melapor diri pada 01/06/15. Dalam offer letter saya tertulis notis berhenti kerja selama sebulan notis namun tidak pula dinyatakan notis tersebut utk permanent staf atau yg masih dlm percubaan. Dalam offer letter turut menyebut jika staf / majikan tidak setuju dgn offer letter, notis seminggu perlu diserahkan. Saya bercadang untuk memberi notis selama 2 minggu kepada syarikat kerana saya masih dlm tempoh percubaan. Minta pencerahan tentangbtindakan yang boleh saya ambil. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majikan boleh menuntut dari kamu gaji ganti notis, sekiranya kamu berhenti tanpa notis mencukupi, dapatkan kepastian majikan berapa lama notis dan patuhi tempoh notis berkenaan. Kamu boleh bangkitkan isu kwsp, gaji lambat, elaun dan claim semasa itu. Sila ugut majikan jika tidak benarkan kamu beri notis singkat kamu akan heret majikan ke pihak berkuasa kerana perlanggaran undang2 yg kamu dakwa berlaku.

      Delete
  50. Assalamualaikum.Tuan,saya seorang pekerja swasta.1may(Jumaat) jatuh pada hari saya bercuti,bukankah majikan patut menggantikan cuti itu pada hari berikutnya,kerana di dalam akta buruh,Ada 6hari yang majikan tidak boleh usik&bolehkah saya bercuti dalam tempoh perletakan jawatan(30hari)?
    Untuk pengetahuan tuan,sebelum saya memberikan notis sebulan seperti surat perjanjian sebelum ini,telah terjadi pertengkaran besar antara majikan.saya dituduh mengambil/mencuri barang jualan.
    Saya hilang sabar&melawannya(kata)
    Dan akhirnya saya memberitahu dari hari itu saya akan berhenti&saya juga tak sanggup terus bekerja dengan menipu pelanggan asyik mengatakan HQ tiada barang,padahal majikan saya tiada modal untuk memasukkan stok.Sejak terjadi pergaduhan juga,setelah saya Sampi ke tempat kerja,baru saya akan d beritahu hari tue kedai tutup@masuk separuh hari..tidak seperti sebelumnya,mengikut waktu kerja 10am-6pm.
    Selain itu,majikan juga memotong Kwsp&socso saya,tetapi tidak mencarumnya.Tuan,saya memohon jasa baik tuan,memberikan pencerahan kepada saya.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *majikan juga gagal memberikan saya gaji sebelum@pada 7hb setiap bulan.sebenarnya lalai ikut hati,saya tidak mahu lagi hadir..setiap hari saya terpaksa menunggu kawan memberitahu sama Ada kerja@tidak,kerana dia tidak membalas setiap pertanyaan dari saya.saya ingin bercuti dalam tempoh resign ini,kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan sepupu,saya telah text beliau,tapi tetap sama,tiada jawapan.saya tau dia tidak mampu lagi membayar gaji saya,cuti ini juga dapat mengurangkan bayaran untuk saya,selain dapat mengurangkan tekanan pada diri saya sendiri yang sedang hamil.

      Delete
    2. Apabila kamu memutuskan untuk beri notis, kamu perlu patuhi tempoh notis. Jika berhenti tanpa lengkapkan, majikan berhak tuntut dari kamu baki notis. Semasa itu alasan kwsp, buka kedai dan sebagainya akan jadi alasan kamu membela diri dan sepatutnya kamu dibayar sehingga hari terakhir kerja tanpa potongan kerana notis tidak mencukupi.

      Delete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  52. salam. saya mula berkhidmat dengan majikan pada 1 april 2015. ada beberapa perkara berbangkit:

    1- saya inteview untuk site supervisor. tp sjak mula berkhidmat sy diajar utk deal dgn customer (kerja marketing). adakah dibenarkan begitu?

    2- semasa interview sy ditawarkan basic rm1300 alaun rm150. sy nego rm1500. ttpi pd akhir bln sy terima basic rm1300+rm150 shj. bukankah sepatutnya rm1500 seperti yg saya minta?

    3- sy tidak diberi surat perlantikan (hitam putih). jika mahu berhenti dlm masa terdekat perlukah sy beri notis berhenti? brapa lama notis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. dibenarkan.
      2. RM 1,300.00 seperti interview, RM 1,500.00 nego kamu gagal.
      3. Notis berhenti empat (4) minggu.

      Delete
  53. Tuan saya telah bekerja lebih kurang 5 bulan...namun tidak pernah mendapat surat perlantikan kerja atau menandatangani surat perlantikan walau saya telah meminta beberapa kali.saya telah memberi notis berhenti 24jam.
    -adakah saya akan dikenakn apa2 tindakan?.
    -adakah saya berhak mendapat gaji saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhenti tanpa notis atau tidak cukup notis majikan berhak tuntut gaji ganti notis. Ditolak gaji ganti notis, baki gaji berhak diperolehi.

      Delete
  54. Sekiranya staf menghantar notis penamatan 24 jam dan kes telah dibuka di JTK, namun staf gagal utk menghadirkan diri semasa perbicaraan di JTK dan kes akan ditutup oleh pihak JTK kerana kegagalan staf menghadirkan diri.adakah pihak majikan boleh menfailkan kes tersebut di ctos..supaya nama staf tersbt di blacklist?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, sila berhubung terus dgn CTOS utk kelulusan pihak CTOS. Jika CTOS kata tak boleh maka tak boleh blacklist.

      Delete
  55. Assalamualaikum.
    Sekiranya pekerja ( tempoh percubaan) berhenti tanpa memberi notis / lewat memberikan notis adakah apa-apa bentuk tuntutan yang boleh dibuat oleh pihak majikan?

    ReplyDelete
  56. Assalammualaikum...sy ingin bertanya dari pihak majikan...terdapat pekerja saya yg berhenti kerja tanpa notis (absconded) ..sptutnya pekerja ini harus memberi notis 1 bulan..ttp pekerja ini ingkar...apakah langkah atau tindakan susulan yg pihak majikan boleh lakukan terhadap perkerja ini..tq ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tuntut gaji ganti notis dari bekas pekerja

      Delete
  57. Sy nk tnya

    A. sy telah mia atas sebab peribadi n lps tu anta 24 hours notise, dlm ms sama majikan minta sy pay sebulan gaji tanpa notis, sdangkan majikan dah hold salary sy, wajar ke sy tak pay tuntutan majikan.
    B. Kalau sy tak endah tuntutan majikan, apa tindakan majikan?
    C. Kalau sy berhasrat nk runding bayaran ansuran gaji ganti notis, bolehke?

    Mohon admin dan kawan kawan bg pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hutung bayaran yg ditahan majikan dan hitung gaji ganti notis. Jika terdapat lebihan, perlu bayar kpd pihak lawan.

      Delete
  58. Salam....saya bekerja sebagai kerani di syarikat swasta, pada jan 2015 saya telah memberikan 1 bulan resign notis kepada majikan saya disebabkan personal matter. tetapi perletakan jawatan saya ditolak dan hanya diberi alasan "saya tak boleh berhenti dari company disini sampai bila-bila" . sekiranya saya hendak memberikan notis berhenti kerja 24 jam diatas sebab surat perletakan jawatan saya yg pertama ditolak, cuma ditulis nota reply spt "not approved, will discuss in future" wajarkah? Bolehkah pihak syarikat mengambil sebrang tindakan terhadap saya?

    ReplyDelete
  59. Bergantung kepada syarat yang terkandung dalam surat tawaran kerja mana-mana pekerja boleh berhenti dengan notis, majikan tidak boleh menolak dan tiada approval diperlukan. Majikan hanya boleh tuntut gaji ganti notis jika resignation tidak cukup tempoh notis. Halangan berhenti oleh majikan adalah menyamai tindakan abdi dan bertentangan dengan hak perlembagaan iaitu hak memilih (siapa majikan) anda.

    ReplyDelete
  60. Salam.. Pekerja saya mempunyai disiplin yang kurang memuaskan (banyak ponteng). Dia juga pekerja lama saya yang telah berhenti kerja tetapi saya telah menerima dia bekerja semula atas sebab ehsan. Berdasarkan surat lantikan baru, Pekerja saya masih dalam tempoh percubaan 3 bulan tetapi telah berhenti tanpa notis. Pada bulan Jun 2015, dia telah bekerja selama 10 hari (tidak termasuk sabtu ahad - cuti) dan menuntut bayaran gaji selama dia bekerja pada hari tersebut. Persoalannya, perlukah saya membayar gaji dia? Atau perlukah saya membuat laporan kepada Pejabat Buruh untuk menuntut bayaran pampasan ganti notis?

    ReplyDelete
  61. Merujuk kepada surat lantikan, tempoh notis pekerja dalam percubaan boleh tolak dari gaji 10 hari, jika berbaki bayarlah baki kpd bekas pekerja. Jika negatif, jumlah itu boleh dituntut sebagai gaji ganti notis di Pejabat Beroh.

    ReplyDelete
  62. Selamat petang tuan. Saya ingin tanya pendapat tuan. Selepas saya meletak jawatan adakah gaji,komisen dan elaun akan dibayar serta merta. Bekas majikan saya kata akhir bulan baru akan bayar. Adakah betul dalam undang-undang pejabat buruh? Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa-apa bayaran tertunggak kepada pekerja perlu dibayar pada hari kontrak tamat. Namun secara praktikal kadang-kala hambatan lain spt perakaunan, lhdn dan lain2 hal akan menyebabkan bekas majikan menjanjikan tempoh lain utk bayaran itu. Jika sanggup tunggulah, juka tidak laporlah ke pej. buroh berhampiran yg akhirnya pembayaran akan tetap pada hujung bulan atau lebih parah selepas tiga bulan(kerana prosedur perbicaraan).

      Delete
    2. Tuan mereka janji akhir bulan jadi adakah patut saya lapor ke pejabat buruh.

      Delete
  63. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  64. Salam..sy bekerja di sebuah bank di KL selama 3 tahun. Oleh kerana pendarahan dan alahan di awal kehamilan, sy terpaksa MC selama 3 minggu. Sekarang sy di letakkan bawah Performance Improvement Plan (PIP) atas alasan sy selalu MC. Jikalau sy menandatangi PIP tersebut tetapi diikuti dgn kenyataan "under duress", masih validkah tandatangan tersebut. Andai kata sy tidak perform, bolehkah company memberhentikan wanita mengandung seperti sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tt valid, majikan boleh berhentikan wanita mengandung.

      Delete
  65. Perlu hadir ke labour office kalau diminta di surat saman? Kalau hadir, boleh minta rayuan untuk discount?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu hadir, ya boleh minta diskaun dr yang mengadu.

      Delete
    2. Terima Kasih...kalau ex company yg saman 7l sebab bagi short notice, possible untuk ansuran max berapa bulan? dan siapa yg akan hadir selain dari saya pd hari perjumpaan tersebut? tolong beri penjelasan apa yg akan berlaku pd hari tersebut?

      Delete
    3. Keputusan berapa ansuran majikan akan luluskan atau tolak. Kamu, bekas majikan dan pegawai JTK sebagai hakim akan ada pada hari itu. Macam2 boleh berlaku pada hari tersebut memandangkan 3 pihak yang mempunyai sudut pandang berlainan.

      Delete
    4. Kalau saya minta kes ditangguh sebab nak dapat advice peguam, boleh? berapa lama boleh tangguh?

      Delete
    5. Boleh tangguh utk peguam, kematian, menjaga isteri bersalin dan lain2 yg sesuai.

      Delete
  66. As Salam Tuan...perlukan sedikit advice..
    Sy bekerja di sebuah syarikat berhad. Akibat dgn tekanan di tempat kerja, kesihatan saya merudum, selalu migrain dan adakalanya depressed menyebabkan saya selalu cuti sakit yang panjang. Di sebabkan itu, company itu telah menahan gaji saya pada bulan tersebut semasa masih cuti sakit dan seterusnya menghantar surat termination serta meminta pembayaran semula short notice. 1 bulan telah ditolak dari gaji yg ditahan manakala 1 bulan lagi perlu saya bayar dlm masa 2 minggu. Sy xdpt nk jelaskannya memandangkan tiada pendapatan. Hari ini sy terima reminder utk pembayaran short notice tersebut dlm masa 7 hari bekerja atau mereka akan teruskan dgn legal action tanpa merujuk dgn saya lg. Apakah pendapat tuan dan apakah yg terbaik patut saya lakukan memandangkan sy tiada wang utk membayarnya pada masa ini. Trima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawab reminder dan kepilkan penyata bank menunjukkan tiada wang utk bayar. Mohon penangguhan bayaran dan dalam bentuk ansuran yang kamu mampu atau tunggu legal action dan nyatakan perkara di atas kepada hakim.

      Delete
  67. Aku nak tanya, saya ialah perkerja construction machines JCB drive, Aku yang perkerja company sudah setahun ,tiap-tiap bulan-bulan ada masuk EPF record, pada 20~06~15 yang tempat kerja supervisor tulus perhenti kerja saya, tapi company tidak banyak gaji lebil saya, saya minta boleh apabuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila ke pejabat buroh berhampiran untuk mengadu

      Delete
  68. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  69. saya menerima tawaran kerja kerajaan.. sy perlu daftar pada 15/8/2015, .tp notis berhenti di company saya adalah 3bulan.. company sy tak mahu terima surat perletakan jawata saya notis sebulan.. die mahu saman saya lg 2bln gaji kalau saya masih mahu teruskan niat.. atau perlu berhenti notis 3bulan.. apa perlu sya buat dan ape tindakan yang perlu saya lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjumpa dengan ketua jabatan kerajaan yang kamu bakal sertai, ada sejarah lampau rakan2 saya yang boleh menangguhkan tarikh lapor diri untuk menyudahkan tempoh notis tiga bulan itu. Jika ketua jabatan kerajaan berkenaan tidak beri pelepasan, perlu bayar gaji ganti notis kepada majikan swasta itu.

      Delete
  70. Saya telah menghantar notis sehingga hujung bulan 8 dan telah menerima tawaran di tempat baru pada 1hb sept. Baru baru ini saya telah disahkan mengandung. Apabila saya memaklumkan hal ini, company baru telah menarik balik tawaran yang diberikan. 1.Adakah company bole menarik balik tawaran setelah saya tandatangan walaupun belum lg mula kerja? 2.Saya amat memerlukan kerja kerana saya yang menanggung keluarga. Apakah tindakan yg boleh saya lakukan? Memerlukan nasihat dengan segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Kompeni boleh menarik balik tawaran. Jika belum mula kerja (lapor diri untuk bertugas, punch kad/ thumb print/ tulis kehadiran) walaupun telah sign surat setuju terima, kamu tidak anggap kamu seorang 'pekerja', tidak boleh lapor ke pejabat buroh. 2. Boleh cuba cari peguam untuk memulakan tindakan sivil, mungkir kontrak.

      Delete
  71. Saya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. masih dalam tempoh percubaan.
    kontrak majikan saya di tempat kerja saya akan tamat hujung bulan ni. majikan sudah memberi surat tukar tempat kerja tetapi saya tak bminat kerja kat tempat baru dan saya nak lompat ke majikan baru yang akan diambil alih tempat kerja saya sekarang.
    1) dalam offer letter majikan minta 14hari notis berhenti, saya belum beri notis. adakah majikan berhak tahan gaji saya ataupun tolak notis dan membayar gaji gaji.
    2)dalam offer letter juga majikan memberitahu bahawa jika ABSENT 3hari berturut-turut akan diterminate. adakah majikan berhak buat begitu dan jika terminate adakah gaji saya akan dibayar?

    Minta penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Jika berhenti majikan berhak tolak 14 hari haji.
      2. Majikan boleh terminate dan bayar gaji hingga hari akhir kamu kerja.

      Delete
    2. kerja saya 12jam
      8jam biasa 4jam ot.
      jika majikan nak tolak notis mereka akan kira 8jam atau 12jam bos? tq

      Delete
    3. pasal isu terminate tadi..
      pembayaran gaji akan ditolak dengan notis ke kalau terminate?

      Delete
    4. 1. 14 hari gaji waktu kerja biasa.
      2. Jika majikan yg terminate, isu notis tidak timbul.

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. 1. 14 hari gaji waktu kerja biasa.
      2. Jika majikan yg terminate, isu notis tidak timbul.

      Delete
    7. 1. 14 hari gaji waktu kerja biasa.
      2. Jika majikan yg terminate, isu notis tidak timbul.

      Delete
    8. 1. 14 hari gaji waktu kerja biasa.
      2. Jika majikan yg terminate, isu notis tidak timbul.

      Delete
  72. Saya berkerja di sebuah syarikat dan masih belum menjadi pekerja tetap (tempoh percubaan). Dengan itu saya telah berhenti kerja dengan memberikan notis seperti yg dinyatakan didalam "appointment latter" iaitu selama 14 hari. Tetapi selepas penamatan kontrak dengan pihak majikan, gaji saya masih gagal dilunaskan oleh bekas majikan. Hal ini sudah berlanjutan selama 3 bulan walaupun bekas majikan bersetuju untuk membayar tetapi tiada tindakan susulan dibuat. Jadi bolehkah saya meminta ganti rugi kepada pihak majikan atas kelewatan pembayaran gaji tersebut. Adakah terdapat laman sesawang yang boleh saya rujuk mengenai kes ini...

    ReplyDelete
  73. salam..sy seorang juruteknik penyelengaraan di bangunan kerajaan secara kontrak..sy ade masalah isu gaji..sy daj letak jawatan notis sebulan dengan attd full sebulan tu..cume ade 5 hari sy tk hadir..tpi telah ditolak cuti tahunan..skang dah cukup sebulan sy pun dah berhenti..tetapi gaji ditahan dulu sebab atas alasan nk ambil kire kerja sy..die maklum gaji sy akan dipotong abis sebab sy didakwa tidak menyiap kan dokumen kerja selama 5 hari terakhir yang menyebab kan kerugian kepada syarikat..tapi sy dimaklum kan dokumen kerja tu telah di siap kan orang lain sebab nak elak kan kerugian..bermakna die tkde rugi la sebab ade orang lain yang buatkan..selama saya kerja..saya byk kali tolong menyiap kan dokumen tuk jawatan lain..janji bayaran syarikat tidak di potong..pelanggan juga bole memotong bayaran kedatangan juruteknik yang ponteng..adakah patut gaji saya ditolak wal hal syarikat tiada kerugian kerana ada bantuan staff yang lain..?bole kah sy lapor kan aduan ini..?

    ReplyDelete
  74. salam.. saya sedang bekerja di sebuah syarikat swasta, saya telah menandatangani kontrak pda April 2014 & kontrak sya telah tamat pda April 2015. selepas itu, saya ada menandatangi 1 surat confirmation sebagai staff tetap tetapi di dlm surat itu tidak dinytakan tempoh yang perlu saya berikan notis berhenti. jika saya mahu berhenti perlukah saya mengikuti tempoh penyerahan notis seperti dalam kontrak yg sblum ini (yg telah tamat). terima kasih

    ReplyDelete
  75. salam, beberapa bulan lepas saya da berhenti kerja tanpa notis di sebuah syarikat. lepas dapat gaji 7hb saya terus cabut dari syarikat tu. selepas tu saya masuk syarikat lain. sekarang saya dapat saman daripada pejabat buruh dan dia suruh hadirkan diri. kalau saya tak hadirkan diri ada kena apa apa? sebab tanya ex pekerja dekat syarikat lame saya. dia pun dapat juga macam saya dapat. tapi dia tidak hadir kan diri. dan tak ada kena apa apa pun sampai sekarang. dan syarikat tu memang pekerja ramai yang keluar masuk. masuk separuh hari da cabut. masuk seminggu da cabut. so boleh bagi apa apa cadangan? company ni pun memang benci orang melayu pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika saman telah serah, saman mengandungi 3 perkara;
      1. Hak membela diri.
      2. Hak pejabat buroh memutuskan tanpa kehadiran kamu.
      3. Hak pejabat buroh mendakwa kamu di bawah kanun keseksaan.
      Hadir atau tidak adalah pilihan kami, cuma ketidakhadiran itu pula terserah kepada pejabat buroh untuk tindakan dan tiada kaitan dengan company suka atau tidak mana-mana etnik.

      Delete
  76. Salam, hai.
    Suami saya bekerja dengan syarikat pengangkutan dan dah disahkan jawatan selepas 6 bulan percubaan .
    Dalam surat pengesahan bekerja ada tulis
    * gaji basic 900 sebulan .
    * kalau nak berhenti , notis mesti 1 bulan .
    * kalau notis kurang sebulan , 1 bulan gaji dipotong.

    gaji dibayar tangguh sebulan Contoh ,
    * gaji july dapat hujung bulan Aug .
    * gaji Aug dapat hujung bulan sept .

    Epf dipotong mengikut jadual tapi dibayar lambat walaupon gaji dah dapat .

    Masalah:-
    Notis sebulan 7/8/15 - 8/9/15
    Sewa bulan July = 14600++ (18%) = 2628
    basic = 900
    elaun = 300
    elaun top up = 30
    elaun KL = rm30/trip (10 trip)
    advance = 900 (lebihkurang)

    28/08/15
    gaji cuma masuk 1163++

    02/09/15
    call admin bahagian salary , dia cakap gaji basic tak dapat sebab bulan 8 tak datang thumb print (padahal yang tak dapat ni gaji July bukan gaji Aug).

    Order tak dapat selepas hantar notis berhenti . Tak tahu kenapa . sebulan notis , sebulan takda order , sebulan tak thumb print . bulan 8 cuma jalan dalam 7 hari sahaja .

    Company akan masuk lg 600 dan settle semua gaji . kiranya, gaji hanya 600+1163 = 1763 (dah masuk elaun dia cakap) . bila kira2 balik , sewa pon dia bayar tak penuh.

    Sewa july = suami tanya bahagian kira sewa .
    bila call bahagian gaji , dia cakap 1763 itu sahaja sewa + segala elaun suami saya .

    Soalan .

    1- boleh ke majikan sesuka hati tolak basic padahal kita dah ikut semua rule dia ; pulang semua baju uniform / id / notis sebulan . Alasan dia bagi bulan 8 tak thumb print . padahal bulan 7 suami saya masih bekerja macam biasa sebab notis hantar awal bulan 8 .

    2-boleh ke nak buat aduan . risau aduan tak dilayan sebab ini company besar .

    3-kalau buat aduan , macam mana caranya .

    4-apa perlu kami buat pada pandangan pihak tuan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fakta rumit, rujuk pejabat buroh berhampiran.

      Delete
  77. Saya dah hantar notis satu bulan. Tapi majikan buat salary adjustment letter untuk saya sign dan terima kenaikan gaji dan saya sign. Jika saya berhenti ikut seperti tarikh notis saya akhir bekerja mereka boleh amik tindakan atau tidak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak jika surat yg disign, tidak jelaskan kamu membatalkan notis. Jika semata-mata menyatakan gaji naik RM 200.00 berkuatkuasa 1.2.2016.

      Delete
  78. assalam..selamat pagi..inginkan pencerahan...
    saya sda antar notis slma dua mnggu notis dan telah dibals bhwa pihak majikan menuntut byaran gaji selbihnya dlm bulan tersebut...jika sy tidak mbyr tuntutan tersebut adaka sy akan dikenakan tindakan?? dan adaka pihak company berhak utk tidak mbyr bonus prestasi kpd pkerja sdgkan bonus trsbut adalah utk bulan lalu dan akan dibyr pd bulan strsny..cntoh bonus bulan 7 akan dibayar pd bulan 8..memandgkan sy bhnti pd bulan 8 dan bonus bulan7 sy tidak dbyr mmdgkan sy sda bhnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumat tidak jelas, sila rujuk pejabat buroh berhampiran.

      Delete
  79. Sy meletak jawatan dgn memberi notis 1bulan.syarat peletakkan jawatan notis kena 2bulan.tetapi lagi satu bulan majikan baru akan membayar 1bulan notis kepada majikan lama. Majikan lama setuju dgn notis sy dan telah memberhentikan kan sy 24jam dan membayar 1bulan gaji kepada sy..bolehkah cara tersebut dilakukkan.kerana sy ada lagi 1bulan untuk berkerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Notis asal 1 bulan, kamu pinda jadi satu bulan. Jika majikan berhentikan kamu dan bayar 1 bulan, isu majikan baru sanggup bayar baki 1 dari 2 tidak timbul kerana majikan baru bukan pihak kepada kontrak pekerjaan lama kamu. Tindakan kamu beri notis satu bulan sudah menggambarkan ketidakpatuhan kepada notis asal. Pindaan tempoh notis oleh kamu yang kemudian dipersetujui majikan lama meluputkan isu 2 bulan notis.

      Delete
  80. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  81. surat saman sudah diterima tetapi tidak hadirkan diri semasa perbicaraan. apakah tindakan pejabat buruh seterusnya?

    ReplyDelete
  82. Saya telah memberikan notis sebulan berhenti kerja ttpi dlm offer letter sepatutnya 3bulan.sekarang pihak majikan sudah menghantar surat dr peguam utk menuntut 2bulan gaji notis tersebut.sekiranya sy tidak respon apakah akan berlaku seterusnya?adakah mereka akan memfailkan saman?dan bagaimanakah saman tersebut?mksd sy adakah perlu turun naik ke mahkamah?

    ReplyDelete
  83. Pekerja sy telah berhenti kerja 24jam melalui sms. Baru bekerja 11hari. Adakah layak mendapat gaji?

    Hari last kerja tidak mengikut waktu bekerja. Balik awal sebelum waktu kerja habis tanpa memakumkan kepada majikan atau staf lain.

    Setelah di tanya beliau berang dan terus msg mahu berhenti 24jam. Kemudian minta sy membayar gajinya segera. Jika tidak akan membuat laporan kepada pejabat buruh.

    Beliau masih dlm tempoh percubaan dan tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan syarikat.

    Mohon pencerahan apakah yg perlu saya buat dan apakah tidakan seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika bergaji kurang RM 2 ribu, tidak perlu bayar. Jika melebihi RM 2 ribu perlu bayar.

      Delete
    2. Ok terima kasih ☺️👍🏻 tetapi sy ada rujuk JTK mereka kata jika saya tak bayar staf tersebut boleh failkan kes dan jika sy bayar pulak, bayarannya kurang dia jugak boleh buat aduan dan failkan kes. JTK akan buat siasatan dan sbgainya. Betul ke?

      Langkah terbaik kata JTK kemukakan penyata gaji dan nyatakan kenapa bayaran gaji dipotong.

      Niat sy memang nak membayar gajinya tetapi dlm kadar sedikit kerana dlm tempoh percubaan dan telah merugikan saya mengambil pekerja yang tidak boleh membuat kerja.

      Adakah boleh berbuat begitu bayar gajinya atas nilai ehsan sahaja.

      Delete
    3. Jika bergaji kurang RM 2 ribu, tidak perlu bayar kerana ada kaitan bayaran gaji ganti notis. Jika melebihi RM 2 ribu perlu bayar kerana tiada peruntukan notis memandangkan tiada perjanjian di tandatangani.
      Tiada nilai ehsan dalam undang-undang buruh, sebaliknya pembayaran gaji kerana kerja dilakukan. majikan dan pekerja tidak berkongsi untung, maka kamu juga tidak wajar berkongsi kerugian dengan pekerja yang hanya dibayar gaji kerana kerja yang telah dibuat untuk majikan.

      Delete
  84. Saya bekerja dalam sektor swasta dan kontrak 2 tahun. Akibat sya mndpt offer dr company lain, saya telah memberi notis satu minggu dan akn berhenti hujung bln ini. Tetapi, majikan mengambil tindakan undang2 dan saya telah menerima surat dari peguam yang menyatakan surat berhenti ditendang. Saya tetap bekeras ingin berhenti dan pihak majikan ingin saman saya. Adakah saya boleh menghntr surat berhenti yg baru? Jika disaman, berapa jumlah yg bakal dikenakn? Adakah satu bulan gaji? Sila beri penjelesan kes saya ini. Terima kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada keperluan notis baru, ikut sahaj tarikh asal dan berhenti hujung bulan. Jika disaman di pejabat buruh, jumlah perlu dibayar menyamai tempoh notis berhenti yang terkandung dalam surat lantikan/ offer letter. Jika majikan memutuskan menuntut di Mahkamah Sivil tuntutan boleh mencecah RM 1 Juta.

      Delete
  85. Salam..saya dpat offer letter dari syarikat swasta..keadaan saya yg tgh hamil 5 bulan..adakah pihak majikan berhak memberhentikan saya kerja sekiranya mendapat tau saya hamil setelah sign offer letter tersebut.trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya majikan berhentikan anda. Tiada perlanggaran undang-undang.

      Delete
  86. Salam, saya bekerja sebagai kerani hr di sebuah kilang selama 1 tahun 8 Bulan.
    Pada, 30/10/15. Saya telah memberi notis 24jam perletakan jawatan atas alasan masalah keluarga dan perlu berhenti dgn segera melalui emel dan pihak majikan telahpun menerimanya. Walaupun sy tahu jika pekerja yang telah confirm perlu memberi notis selama sebulan.

    Pada 4/11/15 saya menerima surat Untuk hadir memberi notis 1bulan atau bayar gaji satu Bulan jika tidak sy akan dikenakan tindakan undang2.

    Masalah disini-
    * kenapa kena beri notis satu Bulan, kena kerja sebulan lg ke?
    * jika saya bayar sebulan gaji, perlukah sy bayar penuh, even baki cuti Untuk tahun 2015 masuk belum claim tahun depan. Dan saya bekerja selama, 5 hari tanpa gaji kerana punch card baru bermula setiap 25hb.
    *saya tak mahu berjumpa, bolehkah pembayaran dilakukan dalam cek?
    *jika pekerja di buli oleh atasan dan majikan tidak percaya, di mana perlu sy laporkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang mcm kes saya..statement saya di bawah

      Delete
    2. 1. Kena bayar gaji ganti notis. Jika kedua-dua setuju untuk kembali kerja satu bulan pun boleh.
      2. Boleh tolak apa-apa yang masih dalam tahanan majikan, mohon majikan hitung dahulu apa2 kelayakan bayaran yg belum disudahkan.
      3. Apa2 bayaran boleh.
      4. Kena buli atasan adalah isu domestik, tiada tempat mengadu jika majikan tidak percaya.

      Delete
  87. Salam...saya telah cuti bersalin 2 bulan...dan saya hanya naik kerja 1 hari sahaja kerana masalah pengasuh bayi saya pada hari seterus nya saya ambil unpaid leave...untuk mnjaga bayi saya...dan itu suami saya mengeluarkan arahan supaya saya behenti kerja dan jaga bayi saya....suami myuruh saya mmberi notis 24 jam....padahal mmg tahu perlu hantar 1 bulan notis..suami saya cakap kalau hantar notis 1 bulan pun siapa yg akan jaga bayi saya..dan suami tak percaya pada pengasuh sekarang.....kami bergaduh dan suami mngeluarkan arahan jika saya notis 1 bulan dan keluar rumah dengan niat bkerja maka jatuh la talak 1 saya ....saya da bg notis 24 jam dan majikan mngarahkan saya agar kes saya akan dbawa ke pejabat buruh.....sekarang saya betul2 trsepit......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu surat dari Pejabat Buroh dan hadir utk rundingan.

      Delete
  88. Salam...saya baru2 nie hendak berhenti kerja atas masalah family...tetapi pihak sykt nak notis satu bulan...walhal mereka x pernah bagi sya sign ap2 surat perlantikan atau agrmt sy berkerja dgn syarikat...malahan gaji diberi by hand dan xd punch card, kalu sy bg notis 24 jam perlu ke sya byar balik pada mereka???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu majikan fail kes di pejabat buroh, Hujahkan
      1. Majikan tidak beri letter offer
      2. Bayar tunai
      Langgar kehendak undang2, setiap kesalahan denda RM 10 ribu.
      Tapi kalau beri notis lebih 24 jam pun boleh.

      Delete
  89. Saya dipaksa bekerja 24jam sehari setiap minggu oleh majikan. Saya tidak tahan dengan sistem ini dan pernah berbincang dengan majikan tapi ditolaknya. Bolehkah saya terus berhenti kerja tanpa notis sebab saya masih ada 6 bulan kontrak lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja melebihi 8 jam sehari, 48 jam seminggu salah. Boleh berhenti tanpa notis, tapi majikan berhak saman gaji ganti notis. Alasan tak tahan boleh guna kelak sebagai hujah utk pembelaan mungkin menang/kalah nanti. 50-50.

      Delete
  90. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  91. Betul setelah majikan luluskan permohonan cuti tahunan. Sila rujuk majikan dahulu.

    ReplyDelete
  92. Salam,saya ingin bertanya..
    Sebelum ini saya bekerja di syarijat swasta jwtn non-exec tp dlm kotrak mnyatakan saya perlu memberi notis 2bln atau membayar ganti rugi jika notis kurang dr 2bln. Soalan saya
    1.adakah mengikut akta buruh notis 2 bulan diperakui bagi jawatan non-exec? Atau memadai dengan notis sebulan n pihak syarikat tidak boleh menuntut ganti rugi yg lg 1bln?
    2.jika saya hanya memberi notis 24jam dan kemudian majikan meminta sy menjelaskan dlm tempoh satu minggu dr perintah dikeluarkan namun saya gagal melunaskannya dlm tempoh itu,apakah yg bakal saya hadapi?adakah saya boleh membuat rayuan kpd majikan utk diberikan masa atau ia akan mrnjejaskan pekerjaan baru saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.Notis 2 bulan itu sah. Kena patuh, jika kamu beri 1 bulan perlu bayar gaji ganti notis kepada majikan.
      2.Pembayaran perlu dibuat pada hari ketiga selepas hari terakhir kerja, tapi rundingan utk lewatkan bayaran masih boleh dibuat dgn majikan. Ia tidak jejaskan pekerjaan baru kecuali letak majikan lama sbg rujukan/reference atau majikan lama dan baru adalah rakan baik.

      Delete
  93. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  94. Benarkah seorang pekerja itu berhak menuntut majikannya membayar baki cuti tahunan dalam notis berhentinya?

    ReplyDelete
  95. Isu baki cuti tahunan adalah berasingan dengan notis berhenti, hanya dalam keadaan tertentu ia akan mempunyai perkaitan.

    ReplyDelete
  96. Maaf,saya nk tanya.apakah tindakan maksimum yang boleh dikenakan bagi pekerja yang gagal membayar gaji ganti notis pada tarikh yang ditetapkan atas alasan tidak mampu krn waktu diberikan terlalu singkat dan telah meminta lanjutan tempoh bayaran kpd majikan tp tidak diterima..harap dpt membantu

    ReplyDelete
  97. Maaf,saya nk tanya.apakah tindakan maksimum yang boleh dikenakan bagi pekerja yang gagal membayar gaji ganti notis pada tarikh yang ditetapkan atas alasan tidak mampu krn waktu diberikan terlalu singkat dan telah meminta lanjutan tempoh bayaran kpd majikan tp tidak diterima..harap dpt membantu

    ReplyDelete
  98. Sudah 2 kali saya hantar notis perletakan jawatan. Akan tetapi majikan enggan menerima dan menolak perletakan jawatan tersebut. Apakah tindakan yang harus saya ambil agar pihak majikan melepaskan saya. Saya sudah tidak mampu lagi untuk terus berkhidmat. Saya kerap sakit kepala, stress dengan bebanan kerja, kerap pulang lewat tanpa dibayar ot atau elaun, dan saya sudah tidak dapat memikul tanggungjawap yang diberikan kepada saya. 2 kali saya berikan 1 bulan notis sebagai tender. Namun ditolak tanpa black and white daripada majikan. Upah bulanan saya 2K. Saya hanya ingin tamatkan kontrak perkhidmatan saya dengan mengikut syarat, menerima baki upah saya dengan sewajarnya dan tidak mahu majikan membuat sebarang tuntutan keatas saya. Saya bingung. Apakah tindakan yang perlu saya ambil. Absconded ataupun notis24 jam bukanlah jalan penyelesaian. Baki upah saya sedikit sebanyak dapat menanggung perbelanjaan ibu dan anak yang akan bersekolah.

    ReplyDelete
  99. hai saya nk tnya ni. sy bru mula kerja pada 16 disember 2015 di persatuan yg menguruskan tabung utk tujuan kebajikan..dan sy telah sain kontrk selama setahun dgn persatuan tersebut.dan jika sy berhenti sebelum cukup setahun sy akan di saman oleh persatuan itu..masalah nya skng sy bru dpt th yg gaji sy akan dibyr menggunakan duit tabung yg dikutip utk tujuan kebajikan itu..dan sy rasa bersalah kalo sy terima gaji tersebut kerana duit itu utk org yg susah.. dan seperkara lagi kontrak yg saya sain itu hanya pada sehelai kertas akujanji tanpa ada stamp duty.. adakak contrak itu valid?

    ReplyDelete
  100. Contract pekerjaan itu valid walaupun tidak disetem hasilkan. Tindakan boleh diambil majikan jika kamu berhenti tidak mengikut terma2 dalam akujanji.

    ReplyDelete
  101. dan dlm appoinment letter ada typing error..so still valid ke?

    ReplyDelete
  102. appoinment letter tu sama ke gan surat akujanji?

    ReplyDelete