Seorang pekerja yang dipecat secara asasnya mempunyai tiga
(3) saluran pengaduan, bergantung kepada hasrat dan tertakluk kepada setiap
pemecatan yang mempunyai alasan pelbagai. Jika majikan memecat secara bersurat/
bertulis tindakan lebih mudah diambil, namun pemecatan lisan juga masih boleh
diadukan mengambilkira setiap perundangan berkaitan hubungan majikan pekerja
mengiktiraf syarat-syarat perkhidmatan bertulis atau lisan, nyata atau
tersirat.
Apa itu pemecatan?
Pemecatan ialah penamatan kerja seorang pekerja oleh
majikan, sering dikaitkan dengan isu-isu disiplin. Perhubungan perusahaan atau
pentadbiran sumber manusia menggunakan pendekatan isu-isu salahlaku berbanding
disiplin untuk meluaskan pemakaian terma pemecatan untuk mewajarkan tindakan
pemecatan.
Ke mana mahu mengadu?
Pekerja yang dipecat boleh membuat pengaduan ke
tempat-tempat berikut jika dipecat;
1.Pejabat
Buroh
Jika anda meminati filem-filem
seniman agong P. Ramlee, ada satu babak S. Shamsudin ke Pejabat Buroh. Selain
itu filem-filem P. Ramlee juga ada menggambarkan cuti-cuti seperti ‘public
holiday’ dan ‘half day’. Cuma kini Pejabat Buroh sudah tiada tetapi sudah
diubah nama kepada Pejabat Tenaga Kerja. Menguatkuasakan Akta Kerja 1955 (Akta
265) seseorang pekerja yang dipecat boleh mengadu di pejabat ini untuk tuntutan
bayaran-bayaran tunai yang belum terbayar.
Selain itu sebagai tuntutan
tambahan gaji ganti notis dan faedah penamatan dan baki cuti tahunan yang tidka
habis diambil juga boleh dituntut.
Cuma terdapat halangan dari segi had
gaji, kerana Pejabat Buroh hanya melindungi pekerja-pekerja yang berada di
dalam Jadual Pertama iaitu mereka yang bergaji dua ribu ringgit (RM 2,000.00)
dan sekiranya gaji melebihi had perlu
menilai mereka terlibat dalam ‘labour of brain’(kerja dengan penaakulan) atau
‘labour of energy with majority of physical extortions’ (kerja kasar/ berat/
manual)
2. Jabatan
Perhubungan Perusahaan.
Pekerja yang dipecat dan mempunyai niat berkerja semula
mempunyai satu kaedah yang dibenarkan undang-undang untuk dipulihkan ke jawatan
asalnya tanpa perlu ke mahkamah sivil. Malaysia mempunyai satu undang-undang
yang boleh memaksakan majikan menerima kembali pekerja yang telah dipecat
melalui seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177)
Had masa enam puluh 60 hari dari tarikh pemecatan wujud bagi
pengaduan ini, maknanya pengaduan tidak boleh difailkan pada hari keenam puluh
satu selepas dipecat.
Sekiranya tidak sesuai dipulihkan ke jawatan asal, Mahkamah
Perusahaan ada memerintahkan pembayaran pampasan menggantikan pemulihan
jawatan.
3. Mahkamah
Sivil
Hubungan majikan-pekerja atau kontrak perkhidmatan adalah
suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan undang-undang. Pekerja yang dipecat
boleh mendapatkan khidmat guaman untuk menyaman bekas majikan. Berdasarkan
hubungan majikan-pekerja, jangkaan tempoh perkhidmatan hingga umur bersara
minima enam puluh tahun, bonus-bonus, kenaikan gaji tahunan antara tuntutan
kewangan yang boleh diambilkira disamping gantirugi lain.
Bagi pekerja yang tidak dilindungi Akta Kerja 1955 dan tidak
mahu dipulihkan jawatan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan dana yang
besar untuk mengambil peguam bolehlah memikirkan kaedah ini;
Kesimpulan
Jika anda dipecat, sila pergi ke pejabat buroh berhampiran
dahulu dan dapatkan nasihat berdasarkan merit kes, pilihan pengaduan di Pejabat
Buroh, Jabatan Perhubungan Perusahaan atau tuntutan sivil adalah hak anda.