Thursday, January 25, 2018

UNDANG-UNDANG TUBUH KESATUAN SEKERJA (PERLEMBAGAAN)

Di bawah Akta Kesatuan Sekerja terdapat satu jadual yang memandu pembentukan perlembagaan kesatuan sekerja. Terkandung di bawah Jadual Pertama adalah senarai perkara-perkara yang wajib ada dalam undang-undang tubuh sesuatau kesatuan. 

Sebagai kelaziman dan perkataan yang digunakan bagi mereka yang berkecimpung dalam aktiviti berkesatuan undang-undang tubuh atau perlembagaan kesatuan lebih dikenali sebagai peraturan atau buku peraturan kesatuan. Tidak terkeliru dengan peraturan-peraturan di bawah akta, jika Buku Peraturan disebut ia akan merujuk kepada undang-undang tubuh sesuatu kesatuan.

Memandangkan ia adalah asas kepada penubuhan sesuatau kesatuan maka ia seperti perlembagaan persekutuan dan dianggap undang-undang tertinggi (supreme) mengatasi mana-mana undang-undang jika merujuk kepada aktiviti berkesatuan. Malah ia dibahas dan lulus dalam mesyuarat penubuhan.

Semua isu-isu kesatuan akan merujuk peruntukan buku peraturan untuk diselesaikan dan setelah semua kaedah digunakan berdasarkan peruntukan terkandung dalam buku peraturan barulah kaedah-kaedah lain digunakan jika tiada penyelesaian dicapai atas isu-isu berbangkit.

Bahasa mudahnya rujuklah buku peraturan kesatuan untuk menyelesaikan masalah akibat akitivi berkesatuan.

No comments:

Post a Comment