Showing posts with label sah. Show all posts
Showing posts with label sah. Show all posts

Friday, November 22, 2019

SAHKAH NOTIS DIBERI MELALUI EMEL?

Perletakan jawatan adalah urusan yang sepatutnya mudah. Majikan dimaklumkan bahawa seorang pekerja berniat meletakkan jawatan. Notis diberi, tempoh notis disempurnakan dan pekerja akan berhenti dari menjadi orang di bawah kawalan majikan yang kini adalah bekas majikan.

Zaman moden ini berlaku berbagai ledakan, salah satunya ledakan maklumat. Medium komunikasi berubah, walaupun kaedah penyampaian maklumat tradisional seperti pos, kurier dan telegram masih ada penggunaan, komunikasi bentuk baru mula mengambil alih. Satu contoh yang signifikan ialah emel.

Ada yang berhujah dengan emel, kadangkala pengirim dan penerima bukanlah pemilik sebenar. Isu penggodam dan sebagainya. Cuma jika dilihat dari sudut keselamatan emel memerlukan kata masuk (login) dan kata rahsia (password) yang secara umum menjamin kerahsiaan komunikasi.

Malah penerimaan dan penyampaian emel itu sendiri dalam bentuk eksklusif iaitu hanya penghantar dan penerima khusus yang terlibat.

Cuma persoalannya jika merujuk kepada seksyen 12(4) Akta Kerja 1955 berkenaan kepada memberi notis penamatan kerja secara bertulis, adakah emel boleh dikategorikan di bawah kumpulan bertulis itu.

Seksyen 2, bahagian II, atau mana-mana seksyen Akta Kerja 1955 tidak menafsirkan apa dimaksudkan dengan bertulis di bawah seksyen 12(4) itu.

Sebagai disiplin ilmu akta parlimen lain digunakan untuk menafsirkan apa maksud 'bertulis'. Akta yang paling hampir dengan tafsiran akta-akta parlimen lain tentulah Akta Tafsiran 1948 & 1967.

Akta ini menafsirkan bahawa kaedah penyimpanan maklumat secara elektronik juga termasuk dalam tafsiran 'bertulis'.

Oleh itu bolehlah menghantar notis melalui emel yang merupakan satu bentuk komunikasi secara elektronik kerana ia mematuhi kehendak seksyen 12(4) Akta Kerja 1955 mengenai keperluan memberi notis secara bertulis.

Sekadar pandangan peribadi ;p .

------------------------
INTERPRETATION ACTS 1948 AND 1967

Definitions
3. The following words and expressions have the meanings hereby respectively assigned to them, that is to say—
....
“writing” or “written” includes typewriting, printing, lithography, photography, electronic storage or transmission or any other method of recording information or fixing information in a form capable of being preserved;
.....

---------------------------------
EMPLOYMENT ACT 1955

SECTION 12

Notice of termination of contract

12. (1) Either party to a contract of service may at any time give to the other party notice of his intention to terminate such contract of service. ...

(4) Such notice shall be written and may be given at any time, and the day on which the notice is given shall be included in the period of the notice.
-----------------------------------