Tuesday, March 29, 2011

Pinjaman Peribadi Pekerja

Undang-undang terpakai
Seksyen 22 Akta Kerja 1955 (Akta 265)- Pendahuluan Upah
Seksyen 24 Akta Kerja 1955 (Akta 265)- Potongan Gaji

Pekerja kadangkala memohon pinjaman peribadi dari majikan dan bersetuju pembayaran melalui potongan gaji. Bagi memastikan jaminan pembayaran majikan bolehlah menggunakan peruntukan undang-undang sediaada. Bagi memenuhi kehendak undang-undang, majikan bolehlah menyatakan dengan jelas kepada pekerja, majikan menganggap pinjaman itu sebagai PENDAHULUAN di bawah Seksyen 22 Akta Kerja 1955

Tujuan pinjaman haruslah seperti berikut sahaja,
1. Beli, bina atau baiki rumah
2. Beli tanah
3. Beli ayam, itik (ternakan)
4. Beli Kereta, motorsikal atau basikal
5. Beli syer perniagaan majikan
6. Lain-lain (Kelulusan tertakluk kepada kebenaran bertulis Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Kerja)

Apabila ditafsirkan sebagai pendahuluan di bawah Seksyen 22 Akta Kerja 1955 (Akta 265), pembayaran balik lebih mudah, jika pekerja berhenti atau diberhentikan majikan. Bolehlah memotong gaji akhir bersamaan dengan nilai BAKI pinjaman atau dianggap pendahuluan itu dan dianggap sebagai "potongan sah"

2 comments:

  1. Hi En. Rusli,
    Saya nak mintak pandangan & tips tentang masalah saya dan majikan. agak complicated dan jika saya nak cerita kat sini terlalu panjang.. boleh ke saya hantar ke email En Rusli? itu pun jika tak keberatan..

    Terima kasih

    ReplyDelete