Monday, July 25, 2011

Alasan Keputusan

Fakta kes
1. Pengurus cawangan bergaji RM 3,600.00 sebulan.
2. Gaji bulan terakhir sebelum berhenti termasuk tunggakan lain-lain bayaran RM 13,000.00
3. Potongan oleh majikan RM 12,500.00, kerana cawangan seliaan bekas pekerja 'short' kutipan. Rekod kutipan dan wang dibank-in tidak selari/ 'tally'.
4. RM 500.00 sahaja telah dibayar majikan.
5. Bekas pekerja menuntut kembali RM 12,500.00 yang dipotong bekas majikan.

Alasan Keputusan
1. Menolak tuntutan bekas pekerja dengan alasan, tiada bidangkuasa untuk memutuskan potongan sebagai potongan sah atau tidak, kerana tidak tertakluk di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265).
2. Pemakaian seksyen 24 Akta Kerja 1955 (Akta 265) tidak meliputi bekas pekerja ini, maka tidak boleh memerintahkan pembayaran balik kepada bekas pekerja untuk gaji yang dipegang/ 'retain' bekas majikan.
3. Jika perintah bayar akan melampau bidangkuasa/ bertindak 'ultra-vires'.

Pandangan bertentangan (Dissenting View)
1. Perintah bekas majikan membayar kembali RM 12,500.00 kepada bekas pekerja kerana, berdasarkan Seksyen 69C, Akta Kerja 1955 (Akta 265) hanya gaji ganti notis adalah potongan dibenarkan undang-undang. Lain-lain potongan dibuat perlu kembalikan kepada bekas pekerja.

1 comment:

  1. {\rtf1\ansi\ansicpg1252
    {\fonttbl\f0\fswiss\fcharset0 Helvetica;}
    Salam,,
    Saya agent,,setiap hari kedai buka pukul 10am-9:30pm,,rehat ada 2kli bagi yang kerja 9jam setgh dan 1 kali rehat bagi yg kerja 6jam,,rehat sepatut hanya 45 minit tetapi saya bagi 1jam dan cuti 2 kali seminggu,ada epf,sokso,komisyen,elaun makan,elaun prjlanan bgi yg confirm staff,,3bln tempoh percubaan dan lepas 3buln staff automatik jadi confrim staff,,pada 1 hari saya ada masalah dan telah beritahu (staff 2) yang saya lewat,,tba2 pukul 11:30 saya dpt msg dari (staff1) #masuk kerja tak,nak balik pukul 12:30 ad maslah#,,saya terus pergi kedai dalam pukul 12:15 saya sampai dan menanya (staff 2) mana (staff 1) dan apa dia buat bila masok kerja,,(staff 2) cakap yang dia tunggu (staff 1) datang kedai pukul 10:28 kerna (staff 2) tak ada kunci lepas tuh (staff 1) duduk dekat depan cashier main handphone dan tak ada buat kerja apa2 hanya (staff 2 ) yang sapu,mop,lap cermin,susun selipper dan lln,,dan tibe2 (staff 1) cakap sama (staff 2) yang dia ad masalah dan (staff1) terus masok stor baring dan main handphone sehingga saya dan (staff 2) datang jumpa (staff1) dan berkata akk ada maslah ye tak apalah akk balik pukul 12:30 dan saya bagi akk cuti esok sebab tak elok kalau boss dtg tgok akk tak buat kerja dan nanti saya kena marah,,bersaksikan (staff2)..(staff1) tinggikan suara pada saya dan cakap kau kenapa tak puas hati ke kalau macam tuh aku berhenti lagi bagus dan dia ambil beg dia dan semua brg dia terus keluar pergi ke moto dia yang dia park depan kedai dan hempas beg dia dalam bakul dengan kuat,,disebabkan hati saya kecewa dengan sikap dia saya bangun terus pergi dekat dia dan cakap kalau ni kputusan akk sy trima dan jgn risau walau akk tak ad bg notis sy ttp bayar gaji hujung buln ini dan saya masuk dalam sambil (staff 2) berkata kenapa dia naikkan suara,mana budibahasa dia,,dalam 1 jam kmudian (staff1) dtg bersama tunangnya dan dia tibe2 cakap yang sy halau dia keluar dari kedai macam anjing,saya berhentikan dia tanpa sebab,,,(staff 2) terus berkata jangan fitnah orang sebab (staff2) dengar semua apa yang berlaku..kerna dia tidak puas hati dia pergi pejabat buruh membuat aduan yang saya berhentikan dia,,semoga allah beri hidayah padanya agar berlaku jujur pada hari perjumpaan nanti,,saya berlaku jujur dan adil pada semua staff saya walaupun saya pernah ada staff yang mencuri tapi saya lepaskan dia dengan baik bukan menghukum,,}

    ReplyDelete