Komisen
: Upah atau bukan
Seksyen 2 Akta Kerja
1955 (Akta 265) menafsirkan upah terdiri dari dua komponen iaitu
upah pokok
semua
pembayaran lain dengan wang tunai.
Seterusnya bagi
menilai sesuatau pembayaran tunai itu adalah upah atau tidak, syarat
perlu dipatuhi, syarat utama ialah dibayar kepada seorang pekerja
bagi kerja yang dibuat mengenai kontrak perkhidmatannya.
Komisen hanya
disebut sekali di bawah Akta Kerja iaitu di bawah tafsiran 'upah'
Jadual Pertama. Merujuk kepada seksyen 2, tiada tafsiran komisyen di
berikan maka dari segi otoriti pengunaan tafsiran Kamus Dewan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bolehlah digunakan.
Jika tafsiran DBP
digunakan bagi Akta Kerja , komisen (ejaan rasmi Dewan Bahasa Dan
Pustaka) ia merujuk kepada, sejumlah (peratusan) bayaran (tunai) yang
dibayar kepada pekerja kerana perkhidmatannya, juga merujuk wang upah
yang dibayarkan kepada pekerja kerana menjual barang-barang. Komisen
adalah terjemahan langsung dari perkataan Inggeris 'commission',
bahasa Malaysia komisen ialah 'dalal'. Bagi maksud pemfailan kes
buruh penggunaan 'komisen' adalah lebih sesuai kerana DBP juga
mengiktiraf ialah boleh digunakan menggantikan perkataan 'dalal'.
Berbanding 'dalal', komisen digunakan secara meluas dalam perhubungan
perusahaan di Malaysia untuk merujuk kepada sejumlah (peratusan)
bayaran (tunai) yang dibayar kepada pekerja kerana perkhidmatannya,
juga merujuk wang upah yang dibayarkan kepada pekerja kerana menjual
barang-barang.
Komisen
dan Jadual Pertama
Perkara 3 Jadual pertama menyatakan;
"...3. Bagi tujuan Jadual ini "upah" ertinya upah
sepertimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2, tetapi tidak meliputi
mana-mana bayaran secara komisen, elaun nafkah dan bayaran
lebihmasa..."
Jadual Pertama telah mengesahkan di bawah seksyen 2, komisen,
elaun nafkah dan bayaran lebihmasa adalah komponen kedua upah iaitu
semua pembayaran lain dengan wang tunai, tetapi bagi maksud
menetapkan seorang pekerja adalah pekerja di bawah Jadual atau tidak,
tiga pembayaran lain dengan wang tunai iaitu komisen, elaun
nafkah dan bayaran lebihmasa itu jika ada dijanjikan atau dibayar
majikan kepada pekerja tidak akan diambil kira.
Illustrasi : A dibayar gaji pokok RM 1,900.00 dan komisen RM
200.00. Maka A masih pekerja di bawah Jadual Pertama kerana komisen
tidak diambil kira untuk menentukan status pekerja terjadual.Upah
bagi pekerja ini mengikut Jadual Pertama ialah RM 1,900.00
Komisen dan Seksyen 60I (Kadar Upah Biasa/ ORP)
Berbanding Jadual Pertama Seksyen 60I, mengeluarkan sebarang
pembayaran yang dibuat di bawah skim gaji galakan yang diluluskan
atau apa-apa pembayaran untuk kerja yang dilakukan pada hari rehat
atau pada hari kelepasan am yang diwartakan yang diberikan oleh
majikan di bawah kontrak perkhidmatan atau mana-mana hari yang
digantikan bagi hari kelepasan am yang diwartakan. Jika menggunakan
illustrasi yang sama maka di bawah Seksyen 60I (Kadar Upah Biasa/
ORP) komisen ialah;
Illustrasi : A dibayar gaji pokok RM 1,900.00 dan komisen RM
200.00. Maka kadar ORP bagi A di bawah seksyen 60I ialah RM 2,100.00
dibahagi 26 iaitu RM 80.76.
Kesimpulan
Komisen
adalah komponen kedua 'upah' di bawah seksyen 2 Akta Kerja iaitu
termasuk dalam semua pembayaran lain dengan wang tunai dibayar kepada
seorang pekerja bagi kerja yang dibuat mengenai kontrak
perkhidmatannya.