Kontrak perkhidmatan, kontrak pekerjaan dan lain-lain variasinya merujuk kepada hubungan majikan dan pekerja yang diformalisasikan. Rujukan kepada akta-akta parlimen dibuat untuk mewajarkan hak pihak-pihak khusus yang terlibat iaitu majikan dan pekerja.
Melalui akta parlimen juga 'privity' atau kekhususan pihak-pihak direntas, sebagai contoh kuasa kerajaan mencampuri perlaksanaan syarat-syarat perkhidmatan dengan memasukkan syarat seperti gaji minima, hak maksima waktu berkerja dan seumpamanya. Hak mengarahkan caruman/ potongan wajib ke atas gaji pekerja seperti KWSP, LHDN dan PERKESO. Mengarahkan 'matching contribution' seperti KWSP dan PERKESO. Walaupun masih mengambil semangat asal 'master & servant', namun penyesuaian dibuat bergantung kepada situasi semasa.
Memahami kontrak perkhidmatan sebagai suatu 'perjanjian yang boleh dikuatkuasakan undang-undang' kadang-kala mudah kerana adanya terma rujukan jelas berdasarkan akta-akta parlimen. Kadang-kala sukar jika akta parlimen tidak menetapkan ' tafsiran'.
Maka adalah lebih mudah untuk memahami hubungan 'master & servant' yang mengandungi lima tonggak asas atau The Five Pillars of Master & Servant relationship.
No comments:
Post a Comment