Sunday, December 30, 2018

WAKTU KERJA (HAD-HAD JAM)

Secara umum had-had jam kerja diperuntukan di bawah seksyen 60A Akta Kerja 1955(Akta 265). Semasa mahu menetapkan operasi syarikat, salah satu pertimbangan adalah berkaitan waktu kerja yang tidak melanggar undang-undang.

8 jam sehari, 48 jam seminggu adalah had asas penetapan waktu kerja, tanpa melibatkan bayaran lebihmasa. Selain itu terdapat had tempoh masa (spread over period) 10 jam, berehat sekurang-kurangnya 30 selepas kerja 5 jam berterusan. Had 12 jam berkerja sehari. Semua ini perlu dipertimbangkan sebelum menetapkan tempoh operasi perniagaan. Bermula jam 8.00 pagi atau 9.00 pagi. Berakhir jam 5.00 petang atau 6.00 petang.

Hanya setelah meneliti had-had di bawah undang-undang barulah boleh menetapkan waktu operasi selari dengan waktu kerja yang dibenarkan undang-undang.

1 comment:

  1. Bagaimana Jika Hari biasa bekerja 10jam (7.30-6.30) dan sabtu 8 jam (7.30-4.30) seminggu dan Hari rehat pd ahad.

    ReplyDelete