Thursday, July 9, 2015

Kenapa pekerja wanita bergaji melebihi RM 5,000.00 tidak boleh membuat tuntutan di bawah seksyen 69 Akta Kerja 1955.

       Umum tahu dengan pindaan 2012, pekerja wanita tanpa mengira gaji berhak mendapat cuti bersalin 60 hari di bawah Akta Kerja 1955. Setelah meneliti akta berkaitan saya mendapati pekerja-pekerja wanita yang bergaji melebihi RM 5,000.00 tidak boleh memfailkan tuntutan kes buruh di bawah seksyen 69 Akta Kerja 1955.
Kaedah umum pemakaian tafsiran 'pekerja' di bawah seksyen 2 akta ialah 'pekerja' di bawah Jadual Pertama dan melalui perintah menteri. Sehingga hari ini dan sepanjang pengetahuan saya menteri tidak pernah mengeluarkan perintah berhubung tafsiran 'pekerja' di bawah seksyen 2. maka adalah selamat untuk menyatakan 'pekerja' setiap kali disebut dalam mana-mana seksyen akan hanya merujuk kepada pekerja di abwah “Jadual Pertama”
Pengeculian kepada kaedah umum ini hanya berlaku beberapa kali didalam akta, pada perlindungan bersalin, gangguan seksual, seksyen 63(2) dan seksyen 69B. Pengeculian ini samaada membuka terus shilling gaji atau memberi had seperti seksyen 69B.
Seksyen 69 Akta Kerja 1955 yang memberi kuasa Ketua Pengarah mendengar dan memutuskan tuntutan kes buruh masih mengekalkan tafsiran seksyen 2 dan 'Jadual Pertama' masih terpakai untuk menafsirkan 'pekerja' yang disebut dalam seksyen berkenaan menyebabkan pekerja di bawah seksyen 44A yang terkeluar dari “Jadual Pertama” tidak boleh memfailkan tuntutan di bawah seksyen 69 Akta Kerja 1955.

Seksyen 69B memanjangkan pemakaian seksyen 69(1)(a) Akta Kerja 1955 untuk pekerja-pekerja bergaji melebihi RM 2,000.00 hingga RM 5,000.00, masalah yang timbul jika dalam kontrak perkhidmatan tidak disebut berkaitan perlindungan bersalin, maka kuasa Ketua Pengarah juga terhalang kerana seksyen 69(1)(b) adalah kuasa mendengar dan memutus khusus berkaitan mana-mana peruntukan akta yang tidak dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment