Monday, February 26, 2018
BOLEHKAH MAJIKAN MENOLAK SURAT PERLETAKAN JAWATAN?
Hak meletak jawatan ini mutlak kepada pekerja, tidak boleh dihalang walaupun oleh kontrak bertempoh tetap, iaitu ikatan kontrak pekerjaan 3 bulan atau 2 tahun yang biasa berlaku. Sebelum menamatkan tempoh itu pekerja masih berhak meletak jawatan. Isu membayar penalti kerana gagal melengkapkan tempoh adalah isu lain yang perlu ditangani, namun prinsip asal masih jelas iaitu meletak jawatan hak mutlak pekerja dan majikan tidka boleh menolak walaupun dengan alasan yang dibenarkan yang munasabah.
Kemungkinan punca seolah-olah kelulusan perletakan jawatan ini perlu diberi majikan ialah amalan semasa sumber manusia untuk mengeluarkan surat penerimaan perletakan jawatan atau dalam bahasa inggeris "acceptance of resignation". Amalan ini adalah amalan yang baik supaya majikan dapat memaklumkan secara rasmi kedudukan kerja-kerja tertunggak, cuti-cuti berbaki lain-lain keperluan. Cuma ia bukanlah halangan atau surat keputusan menerima atau menolak surat perletakan jawatan atau tindakan meletak jawatan itu sendiri.
Ini adalah salah satu ciri sebuah kontrak pekerjaan iaitu tempoh notis. Kontrak pekerjaan boleh ditamatkan, dilupuskan atau diputuskan dengan pemberian notis perletakan jawatan. Walaupun ada kontrak-kontrak lain yang memberikan tempoh notis sebagai kaedah penamatan, notis penamatan bagi suatu kontrak perkhidmatan diberi penekanan khusus dibawah undang-undang dengan memberikan sifat-sifat seperti gaji ganti notis, tempoh-tempoh jika kontak pekerjaan tidak menyebut peruntukan berkaitan notis, malah tuntutan gaji ganti notis adalah tuntutan yang biasa di Mahkamah Buruh.
Adalah disimpulkan majikan tidak boleh menghalang pekerja yang hantar notis perletakan jawatan dan kelulusan majikan tidak diperlukan untuk meletak jawatan.
Wednesday, February 21, 2018
Siasatan Dalaman Yang Baik
Perjalanan siasatan dalaman/ domestic inquiry (DI) sepatutnya hanya membabitkan isu-isu salahlaku dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan lebih awal (pre-defined) dan mengurangkan unsur kejutan (suprise) untuk memberi gambaran majikan telah memberi amaran awal perlanggaran peraturan yang ditetapkan akan mengundangkan hukuman.
Adalah amalan yang baik, melantik seorang juru catat yang akan mengurangkan beban panel siasatan. Jika tulisan tangan digunakan ia boleh dipindahkan kepada bentuk bertaip, seterusnya laporan DI tulisan tangan dan bertaip dimajukan sekali sebagai bukti untuk memudahkan pihak berkuasa membuat keputusan jika pekerja mencabar keputusan majikan.
Pengendalian DI ini tiada betul salahnya (no right or wrong) memandangkan hakim atau pengawai pendengar kes tidak mengharapkan majikan akan bertidak adil, namun sebagai majikan bagi memperolehi peluang membela diri lebih baik salah satu pertimbangan yang boleh diambilkira ialah sejauhmana majikan sanggup kelihatan sebagai pihak yang adil dan tindakan tambahan (extra mile) ke arah itu sebagai contoh membenarkan pihak luar membantu pekerja yang dituduh itu. Selamat ber'DI'.
Monday, February 19, 2018
MITOS : MUDAH MEMECAT PEKERJA TANPA KONTRAK PEKERJAAN BERTULIS
Sunday, February 11, 2018
SIASATAN DALAMAN/ DOMESTIC INQUIRY (DI) : LANGKAH AWAL
PENETAPAN KESALAHAN KECIL ATAU KESALAHAN BESAR : MINOR OR MAJOR MISCONDUCT.
Adalah lebih mudah untuk menyabitkan seorang pekerja atas kesalahan yang jelas dan diketahui berbanding sesuatu yang kabur. Salah satu kaedah ialah penetapan jenis kesalahan yang secara umum dibahagikan kepada dua;
1. salahlaku kecil (minor misconduct)
2. salahlaku besar (major misconduct)
Contoh salahlaku kecil; tiada
Contoh salahkalu besar; bergaduh di tempat kerja, merokok, bermain telefon waktu kerja
KAEDAH PENYAMPAIAN
Beberapa kaedah dicadangkan untuk menyampaikan maklumat termasuk;
1. dimasukkan sebagai sebahagian surat lantikan atau sebagai lampiran
2. disampaikan semasa sesi orientasi,
3. melalui memo edaran dalaman,
4. di papan notis, dan
5. lain-lain kaedah
PAPAN NOTIS/ NOTICE BOARD
Bolehlah diletakkan dalam papan notis am, namun lebih baik diwujudkan satu papan notis khas untuk maksud kawalah disiplin pekerja untuk menggambarkan ketegasan majikan menguatkuasakan peraturan syarikat..
MELETAKKAN KUASA MAJIKAN MENAMBAH SENARAI ATAU MENGURANGKAN SENARAI JENIS SALAHLAKU DARI MASA KE SEMASA.
Umum mengetahui majikan boleh menambah atau mengurangkan sebarang peraturan syarikat selagi tidak bertentangan undang-undang semasa. Adalah lebih mengigit jika dibuat dalam bentuk bertulis dalam surat lantikan, lampiran-lampiran atau pada papan notis sendiri. Ayat seperti, "pihak majikan berhak menambah atau mengurangkan senarai salahlaku kecil atau besar dari masa ke semasa bolehlah digunakan"
TARIKH KUATKUASA
Tarikh kuatkuasa senarai jenis kesalahan akan memainkan peranan menguatkan tindakan ke atas pekerja. Ini berlaku jika pekerja mempunyai akses kepada senarai lama dan senarai baru yang ditambah. Meletakkan tarikh kuat kuasa mengurangkan risiko ia menjadi hujah mematahkan dakwaan ke atas kekuatan berdasarkan masa material kesalahan berlaku.
KESIMPULAN
Pekerja sukar mencabar dakwaan salahlaku oleh majikan atas kesalahan yang jelas dinyatakan dalam senarai salahlaku kecil besar yang mempunyai tarikh kuatkuasa yang secara tanggapan asalnya diketahui oleh pekerja-pekerja.