Monday, February 19, 2018
MITOS : MUDAH MEMECAT PEKERJA TANPA KONTRAK PEKERJAAN BERTULIS
Thursday, September 1, 2016
KELAYAKAN PEKERJA KONTRAK DIBAYAR PAMPASAN SETELAH TEMPOH KONTRAK MATANG
Secara umum ada pembahagian dibuat majikan-majikan berkaitan pekerja kontrak dan tetap.
Walaupun bukan ketetapan pejabat buroh, ia diterima secara umum, sebagai syarat perkhidmatan yang tidak melanggar undang-undang. Ia merujuk secara langsung kepada golongan pekerja bertempoh tetap dan seksyen 11 Akta Kerja.
Rujukan seksyen 11, juga adalah tafsiran tersirat apa yang dimaksudkan dengan penamatan kontrak perkhidmatan. Kontrak perkhidmatan tamat jika;
1. Kerja telah siap,
2. tempoh kontrak matang
3. ditamatkan mengikut bahagian itu.
Mengambil pendekatan longgar, pekerja kontrak yang kontraknya matang layak dibayar penamatan di bawah Peraturan-peraturan Kerja 1980 (Faedah penamatan dan Renti Kerja Sentara) tertakluk kepada syarat-syarat peraturan berkaitan kerana berlaku penamatan di bawah seksyen 11.
Monday, June 20, 2016
Mekanik penciptaan pekerja.
Salah satu kaedah penyelesaian pertikaian perhubungan perusahaan ialah dengan memahami bagaimana hubungan majikan pekerja boleh wujud. Bagaimana ia dicipta, di mana asalnya.
Masih lagi menggunakan teori fungsi majikan, dan mengambil model entiti perniagaan untuk memudahkan kefahaman. Peringkat awal suatu perniagaan, terutamanya milik tunggal seperti perniagaan nasi lemak. Setiap fungsi dilaksanakan sendiri.
Bermula dengan pembelian (purchase) bahan mentah, pembuatan (production), jualan dan pemasaran ( sale and marketing) kemudian kira-kira(book keeping) hinggalah kawalan kualiti (QC) dilaksanakan sendiri. Sehingga berlaku pertambahan dalam permintaan (surplus demand) maka bekalan/ penawaran (supply) perlu ditingkatkan. Pada peringkat inilah, ruang wujud, perniagaan perlu memutuskan mana-mana fungsi perlu diserahkan kepada pihak lain. Keputusan perlu dibuat di peringkat ini untuk mewujudkan kontrak perkhidmatan/ pekerjaan atau lain-lain bentuk hubungan seperti kontraktor bebas (independent contractor) atau sumber luar(out-source)
Jika memilih kontrak perkhidmatan, maka wujudlah pekerjaan. Begitulah wujudnya hubungan majikan pekerja.