Saturday, November 23, 2019

MAJIKAN MEMBAYAR BAKI CUTI TAHUNAN

Mungkin ada yang bertanya kenapa perlu memasukkan bayaran baki cuti tahunan dalam pengiraan tuntutan gaji ganti notis dan faedah penamatan sedangkan cuti tahunan luput jika tidak diambil pada tempoh kelayakan itu.

Ini kerana peruntukan 60E(3A) yang membezakan antara cuti tahunan yang layak tetapi tidak diambil kerana berlakunya suatu penamatan perkhidmatan maka ia tidaklah luput tetapi hendaklah dibayar setiap hari itu dengan kadar upah biasa (ORP) berbanding keadaan biasa cuti tahunan luput jika tidak diambil pada tahun semasa sedangkan tahun berikutnya pekerja itu masih dalam perkhidmatan. 
-----------------------
Seksyen 60E Akta Kerja 1955

(3A) If the contract of service has been terminated by either party before an employee has taken the paid annual leave to which he is entitled under this section, the employer shall pay the employee his ordinary rate of pay in respect of every day of such leave:

Provided that this subsection shall not apply where an employee is dismissed under paragraph 14(1)(a).
-------------------------
Malah pekerja terjadual yang seumur hidup tidak pernah tahu beliau layak cuti tahunan juga akan menggunakan peruntukan seksyen ini untuk mewajarkan tuntutan baki cuti tahunan.

Cuti tahunan adalah isu sensitif dan penjelasan dan penerangan lanjut perlu diperolehi dari pejabat buroh. Saya hanya meletakkan kerangka dan ada persoalan yang tidak dapat diselesaikan lagi mengenai cuti tahunan ini.

Cuma selepas ini jika meletakkan jawatan dan tahu ada baki cuti tahunan belum sempat diambil, minta majikan rujuk:

Seksyen 60E(3E) Akta Kerja 1955

supaya boleh dibayar baki cuti tahunan yang LAYAK tetapi belum sempat diambil hingga hari terakhir perkhidmatan.

1 comment:

  1. Salam Sejahtera,

    Tuan/Puan,

    Mohon penjelasan sedikit dari pihak tuan/puan

    Salah seorang pekerja saya akan berhenti kerja seperti berikut:

    Mula kerja = April 2017
    Kelayakkan cuti setahun = 12 hari
    Mengikut kontrak kerja beliau perlu memberi 3 bulan notis berhenti kerja.
    Tetapi pekerja memberi notis 1 bulan berhenti kerja pada 29hb Januari 2021 dan baki 2 bulan dibayar sebagai bayaran gantian notis. Tarikh akhir kerja beliau adalah 28hb Februari 2021.

    1) Berapakah cuti tahunan yang beliau layak ambil sebelum 28hb Februari 2021?

    2) Adakakah cuti tahunan perlu diberi untuk 2 bulan yg dibayar sebagai gantian notis? Atau untuk 1 bulan sahaja?

    Saya keliru sama ada kelayakkan beliau adalah 2 hari mengikut tempoh kerja beliau atau perlu beri 4 hari termasuk 2 bulan yg dibayar sebagai gantian notis.

    Terima kasih

    ReplyDelete