Wednesday, November 20, 2019

KONTRAK PEKERJAAN v KONTRAKTOR BEBAS

Menjadi majikan akan menyebabkan pengusaha dibebani oleh perbelanjaan tambahan. Bayaran lebihmasa, bayaran cuti sakit, bayaran elaun bersalin dan lain-lain yang serupa dengannya. Kemudian ditambah pula caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan macam-macam lagi yang yang meningkatkan kos operasi.

Jalan keluar singkat ialah mengupah kontraktor bebas. Tapi adakah ia adalah benar-benar kontraktor bebas atau tafsiran sebelah pihak oleh majikan sahaja seperti yang dinasihatkan oleh konsultan.

Kontraktor bebas sepatutnya rakan kongsi atau entiti setara dengan majikan. Jika kedudukan 'kontraktor' itu masih dalam kawalan majikan maka ia adalah manipulasi pengusaha untuk melarikan diri dari tanggungjawab sebagai seorang majikan.

Soalnya adakah ada seorang kontraktor bebas, atau pekerja yang dimanipulasi oleh pengusaha?

No comments:

Post a Comment