Friday, November 29, 2019

TIADA KEPERLUAN MENANTI SURAT PENERIMAAN PERLETAKAN JAWATAN A.K.A "ACCEPTANCE OF RESIGNATION"

Bukan berniat menghasut pekerja tidak menghormati majikan-majikan. Tetapi melihat dari sudut undang-undang berkaitan kehendak undang-undang dalam urusan perletakan jawatan dan perkara berkaitan dengannya.
------------------
Notice of termination of contract

12. (1) Either party to a contract of service may at any time give to the other party notice of his intention to terminate such contract of service.
...
(4) Such notice shall be written and may be given at any time, and the day on which the notice is given shall be included in the period of the notice.
---------------------
Meletakkan jawatan bermakna tidak mahu lagi menjadi pekerja kepada majikan itu sama ada memilih majikan lain atau meninggalkan dunia pekerjaan.

Adalah amalan baik majikan yang mengeluarkan surat penerimaan perletakan jawatan yang kemudian akan menghilangkan banyak keraguan berhubung status gaji, cuti tahunan, hutang-piutang, kerja belum selesai, peringatan tertentu dan lain-lain perkara. 

Tidak kurang juga surat penerimaan perletakan jawatan akan membangkitkan banyak persoalan baki cuti tahunan, hari terakhir kerja dan macam-macam lagi perkara.

Berdasarkan undang-undang, hari surat perletakan jawatan turut dikira sebagai permulaan notis. Jika tidak menerima apa-apa surat penerimaan perletakan jawatan, notis bermula pada hari surat perletakan jawatan diberi dan seterusnya lengkap tempoh notis pekerja bolehlah meninggalkan majikan itu.

Jika menerima surat pengesahan penerimaan perletakan jawatan dari majikan yang mengarahkan notis bermula dari surat majikan pun pekerja masih boleh memilih tarikh surat oleh pekerja disampaikan dengan sempurna kepada majikan. Salah satu cara ialah pekerja menyediakan dua salinan surat perletakan jawatan dan salah satu salinan surat pekerja dichop akuan terima kaunter syarikat.

Bukti chop akuan terima atau tandatangan bertarikh orang menerima surat perletakan jawatan pekerja itu adalah penting untuk bukti memulakan tarikh notis berhenti bermula iaitu hari surat perletakan diberi, bukan tarikh diputuskan majikan dalam surat akuan penerimaan perletakan jawatan oleh majikan.

Jika majikan berdegil, bolehlah berhujah tiada dalam akta yang memerlukan majikan meluluskan perletakan jawatan. Majikan pula bolehlah berhujah tiada dalam akta yang menghalang majikan meletakkan syarat notis perlu kelulusan.

Jika berlaku percanggahan pendapat begini molek dibawa ke mahkamah buruh untuk diputuskan.

1 comment:

  1. Salam, boleh ke kita pekerja menolak surat confirm majikan? Surat confirm perlu persetujuan pekerja ke?

    ReplyDelete