Tuesday, July 28, 2015

POTONGAN GAJI UNTUK CUTI TANPA GAJI, PONTENG

Pekerja bergaji bulan dijanjikan dibayar sejumlah bayaran untuk satu bulan. Persoalan timbul jika tarikh mula kerja bukan 1 haribulan, contohnya 15 haribulan. Adakah majikan wajib membayar gaji penuh satu bulan kerana sudah menjanjikan akan membayar satu jumlah untuk gaji satu bulan atau boleh membayar satu jumlah lain. Isu jumlah bayaran juga akan timbul sekiranya pekerja bercuti tanpa gaji atau ponteng.

Gaji pekerja dilindungi oleh peruntukan seksyen 24 Akta Kerja 1955 (Akta 265), maka sebarang 'potongan' gaji perlu diperhalusi, sama ada melibatkan seksyen 24 atau tidak.
Berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah seksyen 15(1) Akta Kerja 1955 'gaji' adalah komponen penting dalam suatu kontrak perkhidmatan. Sangat penting jika tidak dibayar, pada hari ketujuh selepas tempoh penggajian terdahulu akan dianggap suatu 'pecah kontrak perkhidmatan' di pihak majikan.

Menangani isu cuti tanpa gaji dan ponteng, majikan sebagai salah satu pihak dalam kontrak perkhidmatan telah menetapkan tanggungjawab/ obligasi pekerja untuk mematuhi hari-hari berkerja. Tertakluk kepada had-had di bawah undang-undang seperti jumlah maksima waktu kerja normal, cuti-cuti, pekerja perlu mematuhi atau hadir untuk berkerja. Kehadiran berkerja juga komponen penting dalam suatu kontrak perkhidmatan kerana ketidakhadiran dua hari berturut-turut tanpa kebenaran awal, tanpa memberitahu atau cuba memberitahu dan tanpa alasan munasabah akan dianggap 'pecah kontrak perkhidmatan' di pihak pekerja.

Maka apabila pekerja ponteng atau memohon cuti tanpa gaji, majikan berhak secara asas membuat variasi ke atas jumlah bayaran gaji yang dipersetujui dengan tanggapan pekerja tidak mematuhi sebahagian tanggungjawab/ obligasi kontrak perkhidmatannya untuk hadir berkerja pada hari-hari berkerja yang telah ditetapkan majikan.
Terdapat tiga kaedah yang diamalkan, menggunakan pembolehubah 26, jumlah hari pada bulan berkaitan atau jumlah hari-hari berkerja pada bulan berkaitan.

1. Membahagi dengan 26
Seksyen 60I Akta Kerja 1955, menafsirkan upah satu hari untuk waktu normal bagi pekerja bergaji bulan ialah membahagikan gaji dengan 26. Mana-mana majikan yang menggunakan formula ini untuk mengira satu hari cuti tanpa gaji atau satu hari ponteng tidaklah melakukan kesalahan.

2. Membahagi dengan jumlah hari pada bulan berkaitan (28,29,30 atau 31)
Selaras dengan tafsiran bergaji bulan, bulan yang dirujuk adalah bulan Gregorian meliputi Januari hingga Disember. Maka tanggapan setiap hari dibayar gaji digunakan, membahagikan dengan 28,29,30 atau 31 bergantung kepada bulan berkaitan akan mendapatkan gaji sehari cuti tanpa gaji atau ponteng.

3. Membahagi dengan jumlah hari-hari berkerja
Kurang diamalkan, namun masih ada majikan membuat tanggapan, walaupun dipersetujui dalam kontrak bertulis gaji bergaji bulan, pekerja hanya dibayar pada hari-hari berkerja dan membahagi jumlah hari berkerja pada bulan berkaitan akan mendapatkan gaji sehari cuti tanpa gaji atau ponteng.

Ketiga-tiga kaedah pengiraan jika sudah diamalkan sekian lama oleh majikan, tiada perubahan perlu dilakukan. Secara umum kaedah kedua iaitu membahagi dengan jumlah hari pada bulan berkaitan (28,29,30 atau 31) adalah kaedah yang disyorkan oleh pengamal undang-undang buruh.

Kini terdapat pandangan lebih keras, tiada potongan gaji boleh dilakukan kerana bertentangan dengan seksyen 24 Akta Kerja 1955, bagi isu ponteng perlu ditangani melaui seksyen 14 Akta kerja 1955. Cuti tanpa gaji pula tertakluk kepada seksyan 24, Akta Kerja 1955 dan adalah suatu potongan tidak sah.

Saya secara peribadi menganggap ketidakpatuhan atau ketidakupayaan pekerja untuk hadir berkerja yang merupakan komponen penting kontrak perkhidmatan, memberikan hak majikan membuat variasi ke atas jumlah gaji yang perlu dibayar pada bulan-bual adanya cuti tanpa gaji atau ponteng. Tertakluk kepada sekatan-sekatan dan alasan-alasan munasabah satu kaedah pengiraan perlu digunakan. Majikan tidaklah pula sesuka hati mengurangkan bayaran gaji bulanan tanpa mengikut tiga kaedah di atas yang sudah menjadi amalan industri di Malaysia.


Pendekatan sama boleh digunakan untuk kiraan gaji pekerja yang tidak memulakan tugas pada 1 haribulan atau berhenti bukan pada hari terakhir bulan berkaitan.

57 comments:

  1. Selamat pagi.. saya nak tnya.. jika pekerja tersebut ponteng.. adakah perlu tolak gaji basic dia selama seminggu.. contoh rm1000/4mggu=rm250.. jadi basic pekerja tersebut dh tinggal rm750.. adakah betul kaedah pengiraan seperti ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik jika berkadaran dengan berapa hari ponteng, satu hari ponteng dan lucutkan satu hari gaji

      Delete
    2. Saya nak tanya klo ada kematian nenek saya meningal dan kami sekeluarga kena baik ke melaka.. adakah gaji saya akn di potong pada Hari trsebut.?

      Delete
    3. Hi kalau kita ambil cuti tanpa gaji selama 4hari..betul ke majikan boleh menolak selama 8hari cuti tanpa gaji kita tu

      Delete
  2. adakah pekerja yg mengambil cuti tanpa gaji pada Jumaat, Sabtu, Isnin dan Selasa yg merupakan hari kerja bergaji dipotong juga " cuti tanpa gaji" ( potong gaji) pada hari Ahad yg merupakan hari rehat bergaji..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti tanpa gaji adalah permohonan pekerja, hari rehat mingguan adalah kewajipan undang-undang yang dipaksakan ke atas majikan. Majikan perlu mematuhi undang-undang dengan membayar pada hari Ahad itu. Namun jika majikan secara khusus menganugerahkan cuti tanpa gaji untuk Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa maka Mahkamah perlu menimbangkan hujah-hujah majikan kenapa berbuat demikian.

      Delete
    2. tuan boleh ke majikan memotong gaji pekerja semasa pekerja mengambil cuti tahunan...triple pemotongan jika dua hari jadi 4 hari potong gaji

      Delete
  3. Assalam boleh tak majikan ambil keputusan untuk potong gaji basic pekerja dgn alasan syarikat ada masalah kewangan

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam bolehkah majikan memotong gaji sehari dgn alasan pekerja ponteng sehari sedangkan cuti tahunan masih ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ponteng boleh potong gaji kerana pekerja tidak patuh kontrak tidak hadir pada hari berkerja yang telah ditetapkan. Isu cuti tahun berbeza, kerana melibatkan kelulusan majikan sedangkan ponteng ialah tidak hadir tanpa kelulusan.

      Delete
  6. Assalamualaikum..
    Syarikat saya baru mengambil seorang pekerja kontrak pada bulan March 18. Gaji sebulan rm3,700 dan elaun kedatangan rm100 sebulan.
    Beliau mula bekerja pada 3 March 18 dan ambil cuti sakit pada 26 March 18.
    Dalam surat tawaran jawatan, dinyatakan elaun kedatangan akan dipotong sekiranya pekerja tidak hadir pada mana-mana hari bekerja.
    Soalan:
    1. Bagaimana untuk mengira gaji sehari beliau pada bulan March 18 tersebut.
    2. Sekiranya beliau cuti sakit (beliau ada sertakan surat cuti sakit), bolehkah ditolak elaun kedatangannya?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunalah mana-mana pengiraan di atas untuk gaji sehari. Potonglah elaun kedatangan jika syarat tidak sebut cuti sakit tak potong.

      Delete
    2. Saya nak tnya bole majikan membagi cuti tanpa gaji walaupun bukan atas kehendak pekerja itu sendiri

      Delete
  7. Kalau kerja tidak perlu punch card ataupun homebase.Bolehkah majikan potong gaji dan alasanya perkerja tidak kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya homeworking ada reports atau jumlah barang tertentu yang dianggap setara dengan 1 hari berkerja. Jika awal telah dipersetujui syarat-syarat begitu, gagal patuh syarat akan menyebabkan gaji dipotong hari reports gagal dikemuka, kouta tidak dipenuhi.

      Delete
  8. Sseorang pekerja itu pergi bercuti selama 5 hari tanpa mendapat kelulusan majikan. Baki cuti tahunan pekerja tersbut masih ada 5 hari.
    Majikan memberikan surat amaran diatas tindakan tersebut dan memotong gaji pekerja tersebut sebanyak 5 hari bagi bulan tersebut.
    Adakah majikan boleh ambil tindakan memotong gaji sedangkan cuti tahunan pekerja tersebut masih ada 5 hari?

    ReplyDelete
  9. Majikan boleh potong 5 hari gaji bulan itu, dengan syarat cuti tahunan 5 hari itu tidak luput selepas potongan gaji 5 hari itu.

    ReplyDelete
  10. seorang pekerja pada bulan tersebut hanya boleh mengambil 4 hari cuti tetapi dia telah terlebih ambil cuti 2 hari, bolehkah majikan memotong 2 hari gaji untuk bulan tersebut sedangkan cuti tahunan masih berbaki, alasan majikan, sekiranya pekerja berhenti tanpa notis dan pekerja sudah tentu tidak akan membayar semula cuti yang telah terlebih ambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majikan boleh potong, dengan alasan silap membenarkan cuti lebih diambil. Syarat terperinci boleh rujuk seksyen 24 Akta Kerja 1955.

      Delete
    2. Terimakasih. Tuan.

      Delete
  11. Sekiranya majikan memotong elaun ada sebab....kerana cuti kematian,bolehkah majikan dikenakan tindakan? Adakah pekerja diberi hak untuk bertanggungjawab kepada majikan?

    ReplyDelete
  12. Saya mengambil cuti selama sebulan Dari 11/4-12/5..adakah saya tidak berhak untuk cuti umum seperti 1/5(hari perkerja)'9/5 (cuti pilihanraya)10/5-11/5(cuti khas PRU14) kerana gaji saya tetap ditolak

    ReplyDelete
  13. Jika majikan mengambil cuti tanpa gaji selama 4 hari bermula hari khamis, jumaat, sabtu dan ahad, cuti majikan adalah pada hari rabu sebelum cuti tanpa gaji dan isnin selepas cuti tanpa gaji . Akan tetapi pihak atasan mengatakan bahawa hari cuti itu tidak dikira hari cuti bergaji kerana harus bkerja 6 hari barulah ada 1 hari cuti, jadi dia menyuruh majikan tersebut apply unpaid leave untuk 6 hari . Adakah ini benar? Mohon penjelasan. Jika benar ini bermakna majikan berada dalam keadaan rugi kerana sebulan hanya mendapat cuti 2 hari sahaja .. .

    ReplyDelete
  14. sekiranya pekerja tidak hadir ke tempat kerja selama sebulan akibat daripada masalah kesihatan, adakah beliau berhak ke atas cuti umum dan cuti tahunan pada bulan berkenaan?

    ReplyDelete
  15. jika pekerja datang lewat ke tempat kerja atas sebab tertentu..adakah salah jika majikan memotong gaji pekerja tersebut?dalam akta mana yg boleh dirujuk?

    ReplyDelete
  16. Salam....anak sy warded 5 hari mggu lpas, sy dah report duty mggu nie, harini anak sy demam semula & sy bgtau majikan sy EL...majikan call sy & paksa sy tulis surat cuti tanpa gaji selama sebulan utk jage anak. Apa perlu sy buat?

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum. sy nak tanya. contoh kalau hari tu hari bekerja tapi boss buat family day untuk untuk staff, gaji untuk hari yang staff bercuti tu dikira macam mana?

    ReplyDelete
  18. Salam..saya nk tanya sekiranya pekerja memohon cuti tanpa gaji selama 5 hari tetapi di dalam tempoh tersebut terdapat 1 hari cuti umum adakah pekerja tersebut layak untuk mendapat cuti umum tersebut ataupun cuti umum tersebut di kira sebagai cuti tanpa gaji?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum, gaji sy 2900. Sy ambik cuti tanpa gaji utk 5 hari sbb alahan mengandung. Gaji sy ditolak sehingga 7 hari dgn alasan sabtu & ahad dikira berkerja sedangkan sy mmg cuti pada hari tersebut

    ReplyDelete
  20. Adakah salah jika majikan memotong gaji pekerja melebihi gaji sehari atas kesalahan disiplin... contoh gaji sehari dikira rm60 tetapi dipotong utk kesalahan disiplin berjumlah rm100 pada hari yg sama..

    ReplyDelete
  21. Assalam sya sblm nie telah memohon cuti tahunan utk 5 hari,tetapi tidak d luluskan oleh majikan,memandagkan hal klurga lebih penting,sya tetap jg tidak turun krja selama 5 hari,so sya nk tnya majikan sya berhak ka potobg gaji sya selama 5 hari tu dgn jumlah terlalu besar iaitu RM187 potogan utk sehari,sedagkan sya pnya gaji hanya RM1400 1 bulan..?

    ReplyDelete
  22. sabtu dan ahad cuti.. adakah cuti tanpa gaji dikira utk wanitA lepas bersalin menyambung cuti selama satu bulan. adakah sabtu dan ahad dikira cuti tanpa gaji juga?

    ReplyDelete
  23. salam...staff sy telah letk jawatan pada tarikh yg ditetapkan tetapi die telah tidak mghadirkan diri lagi sblum tarihk tamat khidmat.. hperlu atau tidak utk sy bayar gaji dia?

    ReplyDelete
  24. saya nak bertanya, untuk potongan gaji terlebih cuti dikira sama ada gaji basic atau gaji kasar?

    ReplyDelete
  25. Staff full time diberhentikan kerja atas sebab tidak hadir 3 Hari berturut turut . Adakah dia ada hak untuk tuntut gaji sebelum dia diberhentikan kerja itu?

    ReplyDelete
  26. Saya nak bertanya..boleh kan kita membuat aduan sekiranya majikan tidak memberitahu baki cuti tahunan..dan bila di tanya.. macam cuba menyelindungi sesuatu..sampai masa ingin mengambil cuti..majikan cakap kita sudah lebih menggunakan cuti tahunan itu..

    ReplyDelete
  27. saya nak tanya bolehkah majikan tidak membayar elaun kehadiran jika pekerja mengambil cuti tahunan

    ReplyDelete
  28. Mohon bntan/pndangan/pendapt. Sy pekrja swasta berstatus tetap & tlh memohon cuti tnpa gaji selama 2bulan atas urusan peribadi. Soalan sy, adakah cuti thnan sy akan di tolak disebabkan oleh permohonan unpaid leave tersebut

    ReplyDelete
  29. Salam.
    Cuti tahunan saya dah habis dek mengurus masalah keluarga kat hospital. Saya apply cuti tanpa gaji (unpaid leave) pada 24/12/2018 sehingga 2/1/2019.
    Apabila gaji saya mendapati majikan telah memotong gaji saya pada tarikh 25/12/2018 (cuti umum perayaan krismas) ,sabtu dan ahad (bukan hari bekerja).

    Adakah perkara ini sah disisi undang2 kerja/ordinan buruh?

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Bagaimana pula, ponteng satu hari tapi majikan potong untuk gaji 3 hari..? Satu hari ponteng potong gaji 3 hari, 2 hari ponteng potong gaji 6 hari... Memang ada ke undang2 mcm tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni sma kes dgn saya. berhuhu sja laa belum ada jwpan

      Delete
  32. Assalam Tuan,

    Ada sedikit pertanyaan, syarikat mengalami masalah kewangan akibat kurangnya tender diperolehi.. Pekerja hanya bekerja sebanyak 3 hari seminggu sahaja dan gaji telah dipotong sebanyak 20% daripada gaji basic.
    Persoalannya, adakah cuti masih kekal sama atau perlu dikurangkan.. jika dikurangkan bagaimana kaedah penggiraannya.

    * kami semua telah bekerja lebih dari 10 tahun perkhidmatan dan mendapat cuti maksimum sebanyak 21 hari.

    Terima kasih tuan

    ReplyDelete
  33. slmat pagi. patut ka majikan memotong gaji untuk 2 hari jika saya tidak datang kerja hanya sehari.? mohon bantuan untuk pengetahuan sy. terima kasih

    ReplyDelete
  34. kalua pegawai jabatan tenaga kata mesti ikut pengiraan calendar days (28,29,30,31). Bolekah kita buat aduan

    ReplyDelete
  35. Assalammualaikum tuan .. saya nak bertanya jika start keje 15hb bagaimana pengiraan gaji dikira

    ReplyDelete
  36. Hi, saya nak tanya kalau pekerja tak datang kerja tanpa inform dan tak jawab telefon dan tak reply msg bos, bolehkah bos tak keluar balance punya gaji pekerja itu?

    ReplyDelete
  37. Hi, saya ingin bertanya bagaimana cara pengiraan gaji yang betul jika pekerja berhenti dengan memberi notis 24 jam?

    ReplyDelete
  38. Hi...sy nk tny...jika mohon cuti tanpa gaji selama sebulan dan diluluskan. Majikan kemudian membuat tolakan cuti tahunan terlebih dahulu dan baki cuti tanpa gaji dikira selepas semua cuti tahunan di tolak. Namun begitu pengiraan cuti tanpa gaji termasuk hari ahad. Bolehkah di kira sedemikian?

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum .. saya memohon cuti unpaid leave dan cuti itu telah diluluskan oleh majikan .. company saya menawar elaun kehadiran setiap bulan .. adakah saya masih berhak atas elaun tersebut ?

    ReplyDelete
  40. Assalammualaikum..saya nak tanya,adakah cuti rehat@offday dianggap sbg cuti bergaji?sebab setahu sy formula pgiraan gji adalah basic bahagi 26 x dgn brpe hari pkerja bkerja kan??brmaksud gaji dikira bdasarkan kehadiran..dan cuti rehat adalah cuti tak bergaji..betul ke?minta pnerangan atau ada pihak mne2 yg boleh sy rujuk bkenaan ini..terima kasih

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum...saya ingin bertya sekira nya saya memohon cuti tanpa gaji (EN). Apa yang saya tahu gaji pasti akan dipotong sebanyak mana saya mohon cuti tersebut. Persoalan nya adakah disebab EN tersebut juga akan melibatkan permotongan (mengikut percentage berapa hari cuti) Allowance, EPF, Socso dan EIS. Terima ksh.

    ReplyDelete
  42. Salam saya nak bertanya sekiranya perkerja mengambil cuti tanpa gaji...boleh kah majikan mengeluarkan surat amaran sedangkan gaji sudah dipotong

    ReplyDelete
  43. Selamat malam.. saya nak bertanya, saya mohon cuti tapi cuti saya sudah tiada dan majikan meluluskan cuti tersebut tetapi jadi unpaid leave. Disbabkan sy cuti tanpa gaji majikan menyekat gaji pertengahan bulan saya(advance) kerana saya mengambil unpaid leave trsebut.. boleh ke majikan melakukan hal tindakan tersebut..adakah unpaid leave itu satu kesalahn jika ade hal yang xdapat dielakkan

    ReplyDelete
  44. Selamat malam saya nk bertanyaa .. situasi saya macam ni untuk hari sabtu asalnya adalah hari bekerja tapi disebabkan ramai operator yg bercuti boss bertanyaa .. u maw kerja atau cuti .. kalau cuti UPL tp masih tolak gaji cm kita absent too???

    ReplyDelete