Wednesday, March 13, 2019

CUTI TAHUNAN (ANNUAL LEAVE)

Cuti bermakna tidak hadir berkerja pada hari-hari berkerja (working days) yang telah ditetapkan majikan.

Tertakluk kepada had-had di bawah undang-undang, majikan berhak menentukan hari-hari berkerja. Sebagai contohnya Selasa hingga Khamis dan hari Rabu adalah hari rehat mingguan.

Sekiranya pekerja tidak mahu hadir selain hari Rabu, salah satu kaedah ialah dengan bercuti. Antara cuti yang berhak diperolehi oleh seorang pekerja terjadual ialah cuti tahunan (annual leave).

Ia digelar cuti tahunan kerana hanya boleh dinikmati atau diambil setelah seorang pekerja berkhidmat selama satu tahun. Ini bermakna sepanjang dua belas bulan pertama perkhidmatan seorang pekerja tiada cuti tahunan yang boleh diambil dan hanya boleh bercuti tanpa gaji.

Kelayakan cuti tahunan bergantung kepada tempoh perkhidmatan seorang pekerja :

1) kurang 2 tahun, 8 hari,
2) 2 hingga 5 tahun, 12 hari, dan
3) melebihi 5 tahun, 16 hari.

Kadar-kadar ini adalah kadar minima dan majikan bolehlah memberi jumlah cuti tahunan yang lebih banyak lagi.

Prinsip asas cuti tahunan ialah mengumpulkan kelayakan pada dua belas bulan dan menikmati atau bercuti tahun pada dua belas bulan berikutnya. Ini adalah kaedah terbaik yang dikanunkan.

Illustrasi:

S mula kerja pada 3.1.2018, pada 2.1.2019 S telah melengkapkan satu tahun perkhidmatan dan sepanjang tempoh 3.1.2019 hingga 2.1.2020 bolehlah bercuti tahunan di mana-mana hari berkerja. Ada 8 hari untuk dihabiskan sepanjang tempoh 3.1.2019 hingga 2.1.2020 itu.

8 comments:

  1. Nak tanya macam mana kalau pekerja dapat Cuti Sakit dari Oct 2018 sehingga 15 April 2019 atas sebab accident dan covered dengan PERKESO. Adakah pekerja masih layak untuk menerima cuti tahunan bagi 2019? Jika ia, bagaimanakan cara untuk mengiranya. Adakah secra pro rata?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERKESO ada, cuti sakit di bawah Akta Kerja 1955 tiada.

      Delete
  2. NAK TANYA MANGER LEVEL BERAPA HARI CUTI TAHUN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je,tetap bergantung pada tempoh perkhidmatan

      Delete
  3. Nak tanya jika tidak larat utk ambil mc blh ker terus minta AL Pd hari tersebut?

    ReplyDelete
  4. Salam..nak tanya kalw nak berhenti dari tempat kerja adakah baki AL yg tidak dipakai boleh dituntut.

    ReplyDelete
  5. saya nk tanya. sekiranya saya mula bekerja pada 14/2/2022. jadi bilakah annual leave saya akn start dikira ?

    ReplyDelete
  6. saya nak tanya adakah majikan atau pengurus berhak untuk memaksa pekerja mengguna kan annual leave ?

    ReplyDelete